Monday, January 3, 2011

Jadual Waktu 2011


Selamat kembali mengajar kepada semua guru dan kembali belajar kepada semua murid. Hari neh adalah hari pertama sesi persekolahan tahun 2011 bagi negeri Johor dan yang sewaktu dengannya. Jadual waktu mengajar aku tahun neh mengalami perubahan drastik apabila aku tak mengajar tahun 6 untuk subjek teras seperti tahun-tahun sebelum neh. Tahun neh aku fokus kepada murid tahun 5. Subjek PJK juga boleh dikatakan kembali semula ke dalam jadual aku kerana pada tahun lepas aku tak dapat mengajar PJK. Berikut adalah jadual waktu aku untuk tahun neh:

Saturday, January 1, 2011

TOV ~ Take Off Value

TOV adalah asas untuk pengiraan headcount. Apa itu headcount? Headcount adalah sasaran secara terancang dan tersusun pada suatu masa. Bagi murid tahun 6, sasaran mereka ialah UPSR. TOV bagi murid tahun 6 pula adalah markah peperiksaan akhir tahun semasa mereka di tahun 5. Markah tersebut (TOV) menjadi tapak permulaan mereka meningkatkan markah dari masa ke semasa.

Jika markah TOV seorang murid ialah 70, maka dari markah permulaan 70 itulah murid sepatutnya berada dan terus meningkatkan markahnya hingga mencapai sasaran markah upsr (atau gred).

Untuk tahun 2001 neh aku ditugaskan untuk mengajar murid tahun 5. Just 2 kelas jer iaitu kelas 5 UKM dengan kelas 5 UTM. Tapi aku sediakan (upload) headcount untuk semua kelas tahun 5 kat blog neh..
5 UKM

5 UPM
5 USM

5 UTM