Saturday, April 16, 2011

Mendaki Gunung Pulai bersama Farazi

GUNUNG PULAI setinggi 2147 kaki ini terletak dalam Daerah Pontian, Johor. Gunung Pulai merupakan satu-satu gunung yang tiada trek hutan untuk ke puncak. Di puncak gunung terdapat Menara Pemancar Telekomunikasi, jadi sebatang jalan bertar dibina untuk ke puncak gunung. Oleh itu untuk mendaki Gunung Pulai hanya perlu mengikut jalan yang disediakan itu dan tidak perlu bersusah payah menebas semak samun. Untuk ke Gunung Pulai, pendaki perlu memandu keluar Lebuhraya Plus arah ke Kulai, kemudian masuk ke jalan Pontian atau Pekan Nenas sehingga jumpa Kampung Seri Gunung Pulai. Itulah jalan masuk ke Gunung Pulai, ikut terus jalan tersebut hingga tiba ke kawasan Perkelahan Air Terjun Gunung Pulai.

Di sini terdapat 4 tingkat air terjun dan yang paling tinggi tingkat ke-3, setinggi lebih 150 kaki. Untuk ke puncak gunung, pendaki boleh meletakkan kenderaan di tempat meletak kereta air terjun. Dari sini pendaki boleh mendaki melalui jalan tar ke puncak sejauh 5 km yang mengambil masa antara 1 setengah jam hingga 2 jam. Anda akan sampai di satu kawasan viewpoint pada aras 1800 kaki.Dari situ jika cuaca baik anda akan dapat melihat Selat Melaka dan Pulau Pisang berhampiran Bandar Pontian Kecil. Puncak sebenar Gunung Pulai terdapat Menara Stesen Telekomunikasi yang dikawal oleh tentera, pendaki tidak dibenarkan masuk. Dari puncak tertinggi pendaki boleh melihat Bandar Kulai dengan jelas pada arah Timur.

Catatan masa aktiviti ini :

Keluar rumah : 7.40 pagi
Sampai ke destinasi : 8.10 pagi
Memulakan pendakian : 8.15 pagi
Sampai di aras paling atas untuk orang awam : 10.15 pagi (berhenti 2 minit jer)
Sampai di aras bawah semula : 11.30 pagi
Memulakan perjalanan pulang : 12.10 tengah hari
Sampai ke rumah semula : 1.30 tengah hari (sebab hujan lebat)















post mortem "suatu misi yang gagal" ~ temuduga HLP

Nak share kat kekawan. Ambil pengajaran dan bersedialah untuk masa depan. Ni antara bende yang aku ingatlah... yang dah terdelete dari memori tuh tak sempat nak share. Neh pengalaman menghadiri temuduga biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk sambung PHD.

Tajuk terlalu umum. Perlu spesifik dan fokus kepada satu bidang sahaja. Kecilkan skop kajian - sedalam mungkin.

Perlu mahir dalam bidang yang hendak dikaji secara mendalam. Contohnya jangan hendak mengkaji atau membuat model sesuatu program (komputer) tetapi tidak tahu software secara teknikal (programming).

Proposal mestilah lengkap. Bukan hanya terbatas kepada 1 000 patah kata (5-6 halaman). Tuliskan sumber rujukan yang banyak. Terangkan kajian tersebut akan menggunakan model, teori dan konsep apa secara jelas.

Objektif kajian mestilah berada pada peringkatnya. Bukan hanya "mengenal pasti" yang boleh dikaji oleh pelajar sarjana muda.

Boleh menerangkan faedah kajian tersebut kepada organisasi terutama pada peringkat kementerian.

Persediaan perlu mantap. Buat kajian terlebih dahulu. Adakan perhubungan dengan pensyarah terlebih dahulu untuk menjelaskan konsep atau latar belakang kajian tersebut. Hubungan dengan pensyarah terlebih dahulu perlu dinyatakan sebagai sumber rujukan kajian.

Bawa semua sijil yang ada termasuk buku atau apa sahaja hasil penulisan.

Penampilan perlu juga dijaga. Ini adalah persaingan peringkat tinggi. Bawa kot /blazer untuk penampilan yang lebih profesional.

Antara soalan yang ditanya :

1. Pembukaan sesi dimulakan dengan anda dikehendaki menerangkan latar belakang diri anda dan juga pengalaman profesional anda.

2. Objektif, matlamat, kaedah dan lain-lain berkaitan kajian dihuraikan satu persatu. Soalan secara spontan oleh penemuduga akan diajukan berdasarkan huraian orang yang ditemuduga.

3. Kaitkan kajian dengan pengalaman dan bidang kerja sekarang. Apakah sumbangan yang boleh diberikan kepada bidang profesional sekarang.

4. Bagaimanakah kajian tersebut akan dijalankan. Huraikan.

Ada juga soalan pengetahuan am tapi terlalu sedikit. 99% soalan adalah fokus kepada kajian yang hendak dijalankan. Ia bukan hanya satu sesi temuduga biasa tetapi lebih kepada pembentangan "viva" !.

Soalan dalam BM dan juga BI. Jika tidak tahu tentang soalan yang diajukan, maka dengan jujur terus saja menjawab "maaf, saya tidak membuat kajian tentang hal itu" dan soalan berikutnya akan diajukan.

So, cadangan aku... mulalah menulis mulai sekarang ! kumpul sebanyak mungkin data yang perlu. Pastikan proposal dah cecah 100 helai.... dan bahan sokongan dah 2 fail baru gi jumpa dr dr tuh ... (yg temuduga ialah lepasan phd) ..selamat maju jaya..

Jika anda lulus tapisan temudaga neh, anda akan diminta menghadiri satu kursus. Selepas itu barulah anda akan diiktiraf sebagai penerima HLP.

sori yer kalo gune bahasa aku-kau.. post yg akan datang gune 'admin' plak..


Selepas admin menguruskan hal berkaitan HLP, admin teruskan juga usaha untuk meningkatkan tahap kerjaya admin dengan memohon GC (Guru Cemerlang). Jika anda berminat untuk mengetahui pengalaman admin dinilai / temuduga / dicerap bolehlah klik di sini --> Guru Cemerlang : suatu pengalaman & kisah benar diri sendiri; untuk panduan kekawan.