Saturday, April 16, 2011

Mendaki Gunung Pulai bersama Farazi

GUNUNG PULAI setinggi 2147 kaki ini terletak dalam Daerah Pontian, Johor. Gunung Pulai merupakan satu-satu gunung yang tiada trek hutan untuk ke puncak. Di puncak gunung terdapat Menara Pemancar Telekomunikasi, jadi sebatang jalan bertar dibina untuk ke puncak gunung. Oleh itu untuk mendaki Gunung Pulai hanya perlu mengikut jalan yang disediakan itu dan tidak perlu bersusah payah menebas semak samun. Untuk ke Gunung Pulai, pendaki perlu memandu keluar Lebuhraya Plus arah ke Kulai, kemudian masuk ke jalan Pontian atau Pekan Nenas sehingga jumpa Kampung Seri Gunung Pulai. Itulah jalan masuk ke Gunung Pulai, ikut terus jalan tersebut hingga tiba ke kawasan Perkelahan Air Terjun Gunung Pulai.

Di sini terdapat 4 tingkat air terjun dan yang paling tinggi tingkat ke-3, setinggi lebih 150 kaki. Untuk ke puncak gunung, pendaki boleh meletakkan kenderaan di tempat meletak kereta air terjun. Dari sini pendaki boleh mendaki melalui jalan tar ke puncak sejauh 5 km yang mengambil masa antara 1 setengah jam hingga 2 jam. Anda akan sampai di satu kawasan viewpoint pada aras 1800 kaki.Dari situ jika cuaca baik anda akan dapat melihat Selat Melaka dan Pulau Pisang berhampiran Bandar Pontian Kecil. Puncak sebenar Gunung Pulai terdapat Menara Stesen Telekomunikasi yang dikawal oleh tentera, pendaki tidak dibenarkan masuk. Dari puncak tertinggi pendaki boleh melihat Bandar Kulai dengan jelas pada arah Timur.

Catatan masa aktiviti ini :

Keluar rumah : 7.40 pagi
Sampai ke destinasi : 8.10 pagi
Memulakan pendakian : 8.15 pagi
Sampai di aras paling atas untuk orang awam : 10.15 pagi (berhenti 2 minit jer)
Sampai di aras bawah semula : 11.30 pagi
Memulakan perjalanan pulang : 12.10 tengah hari
Sampai ke rumah semula : 1.30 tengah hari (sebab hujan lebat)















2 comments: