Sunday, July 31, 2011

UTM teratas di Malaysia,100 terbaik Asia

KUALA LUMPUR 30 Julai - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan terus memberi tumpuan kepada strategi kepelbagaian dan berprestasi tinggi bagi membolehkan institusi pengajian tinggi (IPT) itu berfungsi dengan lebih lancar, terarah dan berdaya saing.

Hal ini berikutan kenyataan oleh dua laman web yang menjalankan kajian mengenai kedudukan universiti dunia iaitu Webometrics (www.webometrics.info) dan 4 International Colleges & Universities (www.4icu.org) mendapati UTM menduduki tempat teratas dalam kedudukan IPT di Malaysia.

Berdasarkan kedua-dua laman web itu, universiti tersebut juga berjaya melakar sejarah baharu dalam bidang pendidikan negara apabila menjadi satu-satunya IPT negara dalam senarai 100 Universiti Terbaik di Asia dan berada di tempat ke-280 dalam penarafan dunia.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kejayaan UTM menduduki tangga teratas di Malaysia dalam kedua-dua ranking itu adalah hasil kerja berpasukan dan semangat kerja yang tinggi di kalangan warga IPT itu termasuklah golongan akademik, bukan akademik dan mahasiswa.

Katanya, kajian tersebut dijalankan menggunakan kaedah penilaian laman web untuk menentukan pencapaian universiti dari segi kandungan bahan, rujukan, visibiliti dan kesarjanaan menerusi aktiviti yang menggunakan ruang siber.

"Andaiannya, universiti yang menduduki ranking terbaik selalu dirujuk dan dijadikan panduan berdasarkan kepada kandungan dan kesarjanaan warga universiti tersebut. Dalam konteks moden, kaedah rujukan dilakukan secara maya.

"Penarafan tersebut bukan sahaja merupakan kejayaan kepada UTM tetapi ia juga adalah satu kebanggaan kepada negara," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kejayaan UTM menduduki tempat teratas dalam kalangan IPT di Malaysia dan menempatkan diri dalam kelompok 100 terbaik Asia serta berada pada kedudukan ke-280 dalam senarai universiti terbaik dunia.

Penarafan webometrik melibatkan 20,000 institusi pengajian tinggi di seluruh dunia di mana 10 tangga teratas dibolot oleh universiti dari Amerika Syarikat menerusi Institut Teknologi Massachusetts (MIT), disusuli oleh Harvard, Stanford, Cornell, Berkeley, Michigan, Wisconsin Madison, Washington, Minessota dan Pennsylvania.

Sementara itu, penarafan 4icu pula melibatkan 10,200 IPT di 200 negara di mana MIT berada di kedudukan pertama, diikuti Universiti Texas, Universiti Michigan di tempat ketiga manakala Universiti Harvard dan Cambridge pula masing-masing di kedudukan ketujuh serta kesepuluh.

00Oo ------------------------------------------------------------------- 00Oo

komen : kalau sebelum neh UTM juga berada di kelompok 3 terbaik (baca sini), kali neh UTM juga mendapat nama berada di kedudukan terbaik yang sudah pastinya membanggakan sesiapa saja yang pernah belajar di situ. Memang anugerah ini sesuai untuk UTM kerana di UTM memang banyak jurnal atau hasil kajian yang boleh dicari di internet dan ianya percuma.

Lagi info ada di http://www.nst.com.my/nst/articles/35utm-2-2a/Article#ixzz1TcF3LFqt

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan 2011 M; 1432 H

Bulan puasa @ Ramadhan datang lagi. Kali neh 1 Ramadhan jatuh pada 1 Ogos. Satu tarikh yang cantik. Kecantikan tarikh tuh pulak ditambah dengan kedudukannya yang jatuh pada hari Isnin. Maknanya cuti hujung minggu akan menjadi 3 hari (bergantung kepada negeri juga). Bagi tempat kerja penulis, cuti ditambah sehari lagi pada 02 Ogos kerana cuti khas 1M 1S 1Malaysia. Maka cuti menjadi 4 hari.

Kebiasaan bagi sekolah dua sesi, sesi petang akan disingkatkan waktu pnp. Maka semua akan pulang awal. Selain itu, aktiviti lasak dan berbentuk fizikal seperti kokurikulum akan ditangguhkan. Pelbagai ragam boleh kita lihat semasa bulan puasa neh. Biasanya kalau murid tahun 1 tuh ramai juga yang tak puasa. Siap makan dengan selambanya di kantin. Tak kisah lah sebab belum kewajipan untuk mereka. Kemeriahan berpuasa ditambah dengan kehadiran bazar ramadhan @ Param yang sudah semestinya menjadi lubuk untuk pelbagai juadah berbuka dan juga bersahur.

Untuk menyambut Ramadhan kali neh disertakan beberapa panduan untuk adik-adik kecik kita...

1. Niat puasa..



2. Doa berbuka puasa..




Musim puasa neh ada satu lagu yang paling diingati. Lagu si Rafique. Neh drama kat tv masa zaman dulu.. teringat sampai sekarang.. rasa Rafique dah besar sekarang...



dan untuk klip video terbaik yang aku dapat untuk puasa tahun neh ialah movie dari IniAnwarHadi...




Friday, July 29, 2011

Jadual Waktu Baru Mulai 03 Ogos 2011 (Rabu)

Klik gambar untuk zoom.

Selepas perpindahan keluar beberapa orang guru iaitu Pn. HABIBAH BINTI HUSSIN, Pn. LAU LENG HEONG, Pn. IZWIN IDHA BT MAS'OOD, dan kemasukan guru baru iaitu Pn. RABIATONADAWIYAH BINTI SHAMSUDIN, maka perubahan jadual waktu tidak dapat dielakkan. Mulai 03 Ogos juga saya diamanahkan untuk mengajar matematik kelas 5 usm (kelas Pn. Lau sebelum ini). Jika sebelum ini kelas matematik hanya ada 2, maka selepas ini akan ada 3 kelas matematik yang perlu dipantau.

Subjek kajian tempatan (KT) yang sebelum ini diajar iaitu kelas 6 ukm dan kelas 5 utm, kedua-duanya telah digugurkan. KT kelas 6 ukm akan di ambil-alih oleh Pn. Fazilah, manakala KT kelas 5 utm diambil-alih oleh Pn. Zaliffah.

Tiada perubahan untuk kelas pendidikan jasmani dan kesihatan.

Perubahan jadual waktu ini hanya melibatkan pertukaran jadual waktu guru-guru yang terlibat. Setakat ini; dalam pengetahuan saya, tiada perubahan jadual waktu kelas.

Wednesday, July 27, 2011

Keputusan Peperiksaan : PKSR 2 Tahun 5 (Julai 2011)

Secara keseluruhan terdapat peningkatan positif untuk kedua-dua kelas namun masih lagi berada di bawah tahap sasaran (rujuk headcount di sini). Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai sasaran tahun ini. Harap semua pihak berusaha lebih gigih lagi.

Bagi murid yang tidak hadir kerana masalah kesihatan atau mengikuti aktiviti luar, sila ambil ujian PKSR ini secepat mungkin sebaik sahaja anda kembali ke sekolah.

Rekod markah di bawah akan dikemas kini dari masa ke semasa bergantung kepada masa / perbincangan di dalam kelas.



kelas 5 UKM (klik untuk zoom)


kelas 5 UTM (klik untuk zoom)


Disebabkan guru mata pelajaran matematik untuk kelas 5 USM telah berpindah, maka penandaan telah dilakukan oleh saya. Saya akan ambil alih kelas 5 USM ini mulai 03 Ogos. Rujuk gambar di bawah untuk melihat keputusan kelas 5 USM (klik untuk zoom).





Tuesday, July 26, 2011

Galak pelajar minati Matematik, Sains

TEKNIK belajar sambil bermain atau edutainment kini semakin meluas penggunaannya dalam meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.

Justeru, Hezmedia Interactive Sdn. Bhd. (Hezmedia Interactive) dengan kerjasama Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) menggunakan pendekatan tersebut untuk Fun Math Camp 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Hezmedia Interactive, Mohd. Hezri Amir Abd. Latiff berkata, bengkel yang dijalankan selama satu hari itu merupakan satu pembaharuan daripada teknik pembelajaran konvensional kepada konsep edutainment.

"Bengkel ini diadakan bertujuan membangkitkan minat dan kesedaran tentang kepentingan subjek Matematik di kalangan pelajar seterusnya menjurus kepada pencapaian akademik yang lebih baik untuk jangka masa panjang," jelasnya.

Menurut beliau, pihaknya cuba menyumbang dengan memberi impak di dalam sistem pendidikan melalui pembelajaran secara interaktif selaras dengan arus kepesatan zaman teknologi dan inovasi masa kini.

Pada program itu, 227 pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan diberi peluang merasai pengalaman menjalani aktiviti bengkel yang padat dengan permainan interaktif menggunakan komputer dan aktiviti menarik yang dikendalikan oleh beberapa fasilitator berpengalaman.

Mohd. Hezri memberitahu, pelajar digalakkan untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Sains yang biasa dilalui dalam aktiviti seharian dan cuba mempraktikkan konsep-konsep yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah secara berkumpulan.

"Bengkel ini bukan sahaja menggalakkan peserta menggunakan pemikiran kritis tetapi juga meningkatkan kemahiran interpersonal dan sifat berdaya saing di kalangan para peserta," terangnya.

Sementara itu, Pengetua SMK Seri Bintang Selatan, Roaini Jaafar berkata, bengkel Fun Math Camp ini dapat memupuk kaedah pendidikan awal secara inovasi kepada generasi muda.

"Mata pelajaran Sains dan Matematik penting bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan sesebuah negara maju.

"Peranan ilmu sains dan matematik dalam memajukan tamadun manusia menjadikannya suatu bidang yang dinamik dan dianggap sebagai jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi," katanya.

Utusan Malaysia : 25/07/2011

00Oo ------------------------------------------------------------------- 00Oo

Komen : Memang murid akan tertarik dan tidak mudah untuk berasa tertekan jika menggunakan teknik permainan. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Murid akan lebih seronok dan dapat menambah kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi antara rakan. Pastikan aktiviti berkumpulan disertai oleh murid yang berlainan kelompok. Maklum sajalah ada dikalangan murid ini mempunyai 'klik' tersendiri dan tidak mudah bercampur dengan rakan yang lain. Namun guru perlu membuat persediaan rapi sebelum aktiviti melalui permainan dilakukan.


Monday, July 25, 2011

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

Pagi tadi (25 Julai) aku telah dilamar oleh GPK koko untuk menggantikan setiausaha koko yang berpindah ke sekolah lain. Mungkin antara ramai calon yang ada aku ler kot yang paling free untuk memegang jawatan neh. Aku tak kata apa... tak menolak dan tak jugak mengiakan .. balik rumah aku pon cari le senarai tugas dan skop tugas seorang s/u koko. Kenapa cari kat internet? Sebab kat tempat aku keje takder senarai tugas / bidang tugas seseorang yang memegang apa-apa jawatan. Pembahagian tugas dibuat secara 'lebih kurang' dan 'mengikut kelaziman'. So antara dapatan aku ialah seperti berikut...

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

Yang atas neh carian pertama. Ada juga senarai dari carian yang lain iaitu seperti berikut:

Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum:
  • Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum
  • Menyediakan takwim aktiviti kokurikulum sepanjang tahun
  • Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat kokurikulum
  • Menyelaras.menyelia dan menilai pelaksanaan semua program kokurikulum sekolah
  • Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik
  • Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum sentiasa kemaskini dan mencukupi
  • Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum
  • Membantu berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal berkaitan aktiviti kokurikulum
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk disampaikan kepada pihak sekolah bagi tindakan selanjutnya
  • Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
  • Mengurus Buku Penilaian Kokurikulum
  • Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum
  • Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi persatuan/kelab/unit beruniform tentang cara-cara menggerakkan aktiviti kokurikulum
  • Merekod semua pencapaian sekolah dalam pertandingan kokurikulum
Selain tugas s/u kokurikulum, disertakan sekali ialah tugas dan tanggungjawab penyelaras persatuan / kelab / unit beruniform dan permainan.
Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Unit Beruniform:
  • Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform
  • Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat kelab/persatuan/badan beruniform
  • Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
  • Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid menyertai aktiviti kokurikulum
  • Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan
  • Mengumpul buku aktiviti/fail aktiviti untuk rujukan dan rekod
  • Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kelab/persatuan/unit beruniform
  • Mengurus buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum seperti mengagihkab buku kepada guru untuk diedarkan kepada murid.
  • Mengumpulkan buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum semula pada akhir tahun

Saturday, July 23, 2011

SPI Bil 7 Tahun 2011 : Pelaksanaan SOP Menangani Isu Disiplin

Isu disiplin merupakan isu yang sensitif disekolah dan memerlukan komitmen semua pihak. Dengan adanya SOP neh, adakah masalah disiplin akan berkurangan? Adakah komitmen guru disiplin terhadap pnp akan berkurangan disebabkan komitmen terhadap masalah disiplin perlu ditingkatkan?



SPI Bil 07 Thn 2011 - SOP Disiplin
Guru kena bijak manfaatkan Facebook
2011/07/23 : Berita Harian

SEBAGAI ahli akademik, saya berpendapat sebelum teknologi digunakan sebagai alat bantuan pendidikan, ia hendaklah terlebih dulu dijadikan satu budaya dalam masyarakat sekolah.

Guru mungkin boleh mengambil kesempatan daripada laman sosial, Facebook yang sedang melanda remaja pada hari ini termasuk pelajar sekolah. Saya yakin majoriti pelajar sekolah mempunyai akaun Facebook masing-masing.

Justeru, guru boleh mengemukakan sesuatu topik dan soalan yang boleh dibincangkan sesama pelajar. Saya yakin pelajar akan teruja untuk menjawab soalan dikemukakan guru mereka sendiri.

Pendekatan berbentuk forum di atas talian ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di universiti, malah pembabitan pelajar dalam forum itu juga turut dikira dalam pemberian markah kursus secara keseluruhan.

Jadi saya rasa tiada salahnya pendekatan sedemikian dipraktikkan di sekolah, apatah lagi dalam era teknologi maklumat pada hari ini. Penggunaan laman sosial Facebook ini juga mendatangkan impak baik dari segi pengetahuan pelajar terhadap komputer.

Guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan alat bantu mengajar termasuk perisian pembelajaran disediakan Kementerian Pelajaran untuk belajar secara bersendirian supaya ia menjadi kebiasaan dan seterusnya dianggap sebagai bantuan dan bukannya bebanan.

Perdana Menteri ketika Konvensyen Guru Muda 2011 baru-baru ini menyatakan pelajar sekolah perlu dielakkan daripada belajar secara menghafal atau rote learning. Menurut beliau, guru perlu memiliki kebolehan tinggi dalam soal adaptasi dan melakukan penambahbaikan dalam tugas supaya murid mereka tidak menjadi bosan dalam proses pembelajaran.
Salah satu adaptasi ialah menggunakan teknologi maklumat kerana guru muda hari ini dibesarkan dan dididik dalam era teknologi maklumat.

Jadi menjadi tanggungjawab mereka untuk meneruskan kesinambungan penggunaan teknologi maklumat khususnya dalam pembelajaran kerana mereka penggerak transformasi pendidikan negara yang memberi penekanan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

ABDUL HALIM ABDULLAH,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

00Oo ------------------------------------------------------------------- 00Oo

komen : Satu idea yang bagus untuk memastikan murid tidak tertumpu kepada buku semata-mata tapi jangan sampai jadi tekanan kepada murid yang tidak ada komputer / internet..

Friday, July 22, 2011

Negara masih ketinggalan dalam ilmu sains, matematik

Negara masih ketinggalan dalam ilmu sains, matematik
22/07/2011 7:55pm

PULAU PINANG 22 Julai – Negara masih ketinggalan dalam pencapaian ilmu pengetahuan berkaitan sains dan matematik berbanding negara-negara maju lain.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, masalah itu menyebabkan prestasi mata pelajaran Sains dan Matematik sukar dipertingkatkan hingga menyebabkan masih ada pelajar sukar mempelajarinya.

"Kita perlu pastikan tiada sesiapa lagi yang menghadapi masalah pencapaian sains dan matematik.

"Saya menyeru para pensyarah supaya tidak sekadar mengajar sains dan matematik di universiti secara bulat-bulat tetapi perlu mengkaji kandungan dan falsafah yang disalurkan agar berkesan kepada penuntut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas syarahan khas yang disampaikan oleh Profesor Sains Matematik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. C.K. Raju di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin memberitahu, satu kumpulan penyelidik tempatan telah ditubuhkan bulan lalu bagi mengkaji sistem pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan di negara ini.

Menurutnya, ia bertujuan memastikan pelajar dapat menyerap ilmu pengetahuan sains dan matematik secara lebih berkesan. – Utusan

00Oo ------------------------------------------------------------------- 00Oo

komen : Sebagai seorang guru matematik, peranan untuk meninggikan ilmu sains dan matematik hendaklah bermula dari sekolah di mana seorang kanak-kanak mula mendapat ilmu secara formal. Ayuh bersama mengorak langkah meninggikan ilmu sains dan matematik..

Thursday, July 21, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 10, Tahun 2011

Kejohanan sukan ini walaupun diadakan secara rasminya selama sehari pada hari ini (21 Julai), tetapi memerlukan komitmen semua pihak selama lebih dari sebulan bermula dengan latihan rumah sukan pada 13 Jun 2011 (latihan 2 kali seminggu bagi setiap rumah sukan), diikuti dengan acara padang, sukan tara dan saringan. Raptai pula diadakan sehari sebelum 21 Julai bermula dari jam 8 hingga jam 11.30.

Rumah kuning (satria) berjaya mengekalkan kedudukan johan keseluruhan, manakala rumah biru (kembara) juga mengekalkan kedudukan sebagai naib johan keseluruhan. Rumah merah pula memperbaiki kedudukan di tangga ke tiga, diikuti dengan rumah hijau ditangga ke empat. Rumah ungu (persona) sebagai pasukan baru telah berjaya membuktikan semangat kesukanan mereka dengan memberi saingan yang hebat walaupun hanya berjaya menduduki tempat kelima. Tahniah kepada semua murid, guru, ibu bapa / penjaga dan semua pihak yang terlibat di dalam kejohanan sukan ini.






Tuesday, July 19, 2011

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia 2011

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.

komen : Bangga jugak lar bila bekas tempat study dapat rank ke 2. Kira ada persaingan yang sihat antara ipt kat Malaysia neh. Biasa kalau dulu asyik UM jerk yang tangga 3 ke atas. Apa pon UTM memang terbaaaeekk.. !

Monday, July 18, 2011

E-Disiplin Kurangkan Masalah Disiplin Pelajar

PUTRAJAYA – Sistem Kawalan Disiplin Murid atau e-Disiplin yang dilaksanakan di beberapa buah sekolah terbukti berjaya mencatatkan penurunan masalah disiplin murid dengan ketara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setakat ini sebanyak 317 sekolah termasuk 97 sekolah menengah Felda di seluruh negara menggunakan sistem tersebut.

“Sistem ini bertujuan mengesan dan mengawal tingkah laku murid secara dalam talian dan bakal diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat,” katanya pada pelancaran e-Disiplin di sini hari ini.

Abd. Ghafar berkata, e-Disiplin merupakan aplikasi maklumat komunikasi dan teknologi (ICT) berasaskan web iaitu guru disiplin akan melapor salah laku pelajar mereka secara dalam talian.

Menurutnya, sistem yang dibangunkan oleh Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu memudahkan pihaknya mengukur, mengesan dan mengawal selia disiplin murid sebelum melaksanakan tindakan lanjut.

Bagaimanapun, kata beliau, pihak sekolah diminta supaya mengisi maklumat ke dalam sistem itu dengan jujur kerana kadang-kadang sekolah tidak lapor sesuatu kes disiplin tetapi masyarakat melaporkannya.

Terdahulu, beliau menyerahkan sebanyak komputer riba kepada 97 buah sekolah menengah Felda seluruh negara yang terlibat dalam pelaksanaan e-disiplin hari ini.

Katanya, sumbangan tersebut bertujuan memudahkan tugas guru-guru disiplin sekolah menengah Felda dalam melaksanakan pembangunan disiplin murid dengan lebih fokus dan tersusun.

sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/07/18/e-disiplin-kurangkan-masalah-disiplin-pelajar/

Komen : Sebarang inovasi sangat dialukan.. maka bertambah lah beban keje cikgu disiplin nanti. Namun, inovasi yang canggih macam mana pun kalau tak menepati akar umbi sebenar masalah murid pun tidak akan menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi murid. Sebagai seorang guru, saya melihat keampuhan nilai disiplin murid terletak pada jati diri dan motivasi mereka. Ada sesuatu yang hilang dalam diri mereka.. dan kita gagal 'mengadakan' kembali 'benda' yang 'hilang' itu..

Sunday, July 17, 2011

Lesson Study = Kajian Pembelajaran ?

Lesson study is a professional development process that Japanese teachers engage in to systematically examine their practice, with the goal of becoming more effective. This examination centers on teachers working collaboratively on a small number of "study lessons". Working on these study lessons involves planning, teaching, observing, and critiquing the lessons. To provide focus and direction to this work, the teachers select an overarching goal and related research question that they want to explore. This research question then serves to guide their work on all the study lessons.

While working on a study lesson, teachers jointly draw up a detailed plan for the lesson, which one of the teachers uses to teach the lesson in a real classroom (as other group members observe the lesson). The group then comes together to discuss their observations of the lesson. Often, the group revises the lesson, and another teacher implements it in a second classroom, while group members again look on. The group will come together again to discuss the observed instruction. Finally, the teachers produce a report of what their study lessons have taught them, particularly with respect to their research question.

*"Derived from the Japanese word jugyokenkyuu, the term 'lesson study' was coined by Makoto Yoshida...it can also be translated in reverse as 'research lesson' [coined by Catherine Lewis], which indicates the level of scrutiny applied to individual lessons." --RBS Currents, Spring/ Summer 2002

0OO0 --------------------------------------------------------------------- 0OO0

Itu adalah sedikit sebanyak definisi Lesson Study atau Kajian Pembelajaran (KP) yang aku dapat kat internet. Bagi sekolah yang ada Guru Cemerlang (GC), KP neh memang kena buat. Surat arahan dari JPN Johor bertarikh 1 Jun 2011 jelas menerangkan pelaksanaan KP neh. Rujuk Garis panduan Pelaksanaan Program Kajian Pembelajaran (Lesson Study) Johor.


Lesson-study - Arahan JPN

Untuk memahami sedikit sebanyak KP neh, bolehlah menonton video neh yang ada kat youtube.

Saturday, July 16, 2011

Kad keahlian NUTP !

NUTP atau nama penuhnyer National Union of the Teaching Profession, Malaysia dan dalam Bahasa Melayu ialah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Malaysia. Walaupun aku dah join dalam perkhidmatan perguruan sejak 2005, tapi baru jer aku terima kad keahlian neh. Bukan salah mereka tapi salah aku sendiri la sebab aku baru jer join NUTP neh tahun neh... hehehe... rasa gembira jugak la sebab dapat kad keahlian neh..

Guru Cemerlang : suatu pengalaman & kisah benar diri sendiri; untuk panduan kekawan

13 Julai 2011 (Rabu) merupakan tarikh penilaian dari pihak Nazir untuk permohonan yang aku kemukakan. Pemberitahuan tentang kehadiran pemantauan dan penilaian telah diberitahu lebih kurang 1 minggu sebelum tuh. Maka bermulalah episod tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah. Macam-macam nak dibuat. Maklumlah buat keje last minit terutama bab-bab dokumentasi. Sebenarnyer tak banyak info pasal cara dan teknik untuk menghadapi situasi neh. Ni sebab pemantau dan penilaian sebegini adalah berbentuk subjektif. Lain orang mempunyai lain pandangan. Nak dapatkan tips pon susah jugak sebab takder garis panduan tetap. So aku kongsi sikit la pengalaman yang aku dapat hasil menempoh sendiri situasi tuh.. rasanya neh la temuduga paling lama yang aku tempuh. Hampir 2 jam 30 minit bersoal jawab + 1 jam pemantauan mengajar = 3 jam 30 minit dari jam 9.30 sampai jam 1.. tanpa henti..

Semasa menguruskan permohonan

1. Pastikan semua dokumen lengkap. Usahakan sendiri untuk mendapatkan dokumen tersebut. Jangan terlalu mengharap bantuan orang lain. Bukan nak tuduh atau pandang serong tapi lebih baik berhati-hati dan pastikan semuanya lengkap. Ingat yerk ...usahakan sendiri.. bukan mengharap kata atau janji manis pihak lain.. ianya mungkin hanya menimbulkan salah faham / salah komunikasi.

Seminggu sebelum pemantauan berlaku

1. Biasanya dia akan beritahu sebelum datang. Nih berdasarkan pengalaman kawan-kawan lar. Ada yang dia inform seminggu awal, dua minggu awal dan ada setakat 3 hari awal jerk. Tengok nasib la. Maka buat la apa yang patut. Tambah baik semua maklumat yang ada. Buat latihan mengajar seolah-olah dia datang. So dari situ kita dah tau sedikit sebanyak kelemahan dan kemungkinan masalah yang akan berlaku. Paling tidak pun akan mengurangkan rasa gemuruh yang melanda.

Semasa pemantauan

1. Dia akan suruh kita 'jual ubat'. Promote diri sendiri. Terangkan apa yang kita buat. Dia tanya diri kita ni ada trademark tak yang ditunggu-tunggu anak murid. Maksudnya kalau sebut je nama kita pasti murid akan terbayang karakter kita, sesuatu yang unik tentang diri kita. Kemudian dia akan tanya kelebihan diri kita banding orang lain yang ada kat tempat kerja kita neh.

2. Terangkan modul yang kita ada. Tunjukkan manual modul tuh. tunjukkan bukti bergambar modul tuh telah dilakukan. Sertakan hasil kerja murid. Dia akan kemukakan soalan seperti : Ada tak kajian yang awak buat untuk membuktikan modul yang awak guna nih berkesan? Senarai nama murid yang menggunakan modul nih ada tak? Rakan sekerja lain ada tolong buat modul nih tak? Rakan lain guna tak modul nih? Sekolah ada bantu tak?

3. Kalau bab aktiviti panitia, dia pon akan tanya soalan yang hampir sama la. Contohnya katakan kita ada buat aktivit 'kem motivasi'. Biasanya kita hanya ada kertas kerja dan laporan program. Tapi kita jarang buat post mortem. Lebih teruk lagi bila kita tak pernah dan tak terfikir pon nak buat kajian sama ada objektif tersebut tercapai atau tidak. Katakanlah kem motivasi tuh tujuannya untuk meningkatkan motivasi murid, jadi apa bukti motivasi murid tuh meningkat? kajian ada? Bukti beb... benda tuh subjektif ...tapi dia nak bukti... kesan sesuatu aktiviti tuh kekadang bukan serta-merta tapi ada juga yang ambil masa berminggu, bulan malah bertahun baru ada kesan.

4. Dia akan tanya dan banyak bersoal jawab pasal pnp.. dari konsep, kaedah, strategi, hasil dan respon murid serta pihak lain. Jadi kena tau la apa itu construktisme, pupils centred, material centred dan macam-macam lagi la.. kemudian dia akan bagi situasi... kita kena jawab la kalau situasi tuh berlaku pada diri kita, apakah tindakan kita.. Tujuan dia tanya soalan macam neh ialah untuk memastikan kita guna pelbagai kaedah pnp sepanjang masa. Ada murid yang suka belajar dengan cara explorasi, ada yang suka tengok video baru paham, ada yang guna kaedah 1 to 1 baru boleh paham, ada yang suka cara permainan dan sebagainya. So kepelbagaian kaedah neh kena aplikasikan kat kelas. Salah satu buktinya ialah dalam buku rekod mengajar tuh kena tulis la penggunaan strategi yang kita guna. Laporan bergambar dan hasil aktiviti murid sangat dialukan.

5. Buku rekod mengajar kena lengkap. Kalau boleh jangan la tulis ringkas sangat. kalau kelas 1 jam tuh buat la rekod mengajar 1 muka. Ya ! 1 muka untuk 1 subjek untuk 1 jam mengajar. Tulis penuh. Impak tulis secara objektif. Contohnya : 30 murid berjaya mencapai objektif. Kalau guna peratus kena hati-hati. Kat situ ada perangkap. Peratus tuh kena tepat. Jangan peratus tuh kalau tukar ke bilangan menjadi 25.6 murid. Tak logik kan 25.6 murid tuh.. so tulislah 80.35 % dan bukan dibundarkan menjadi 80% sahaja.

6. Antara soalan lain dia akan tanya sumbangan kepada organisasi. Jadi terangkan dan buktikan sumbangan tuh. Sama ada bukti bergambar atau bukti lain. Macam aku .. aku bagi la (antaranya) buat laman web ... so dia nak tengok .. kemaskini atau tidak.. berapa ‘hits’ yang ada... apa kesan penggunaan terhadap peningkatan prestasi murid.

7. Dia akan tanya pasal buku rujukan yang kita baca. Ada tak buku tuh. Jadi, bawak dan tunjukkan semua buku rujukan yang kita ada. Jangan segan nak bawak 1 kotak besar buku rujukan yang kita ada. Koleksi buku tuh jangan buat pameran jer sebab dia akan suruh kita bagi sinopsis buku tuh. Kalau tak baca macam mana nak bagi sinopsis. Jangan gabra, nanti dia akan tengok isi buku tu, contohnya bab 3, kemudian dia suruh kita terangkan apa isi kandungan bab 3 buku tuh. Nih nak perangkap lar neh. Antara soalan maut lain ialah : Apa kesan isi kandungan buku tu terhadap diri anda? Apa kebaikan yang murid dapat hasil dari pnp berdasarkan buku tuh? Kalau kita jawab "ada" dia akan minta bukti pulak..

8. Pastikan anda tahu hal ehwal semasa berkaitan bidang anda. Contohnya interview pada 13 Julai, tapi bagi jawapan perkembangan pada bulan Mei pun dia kata "itu isu lama dah".. so isu terkini dalam seminggu dua kot...

9. Dia juga akan tanya apa trademark diri anda kat sekolah ? ...sesuatu yang bila orang sebut jer nama anda, maka satu skolah dah tau ciri atau keunikan diri anda.. contohnya “anda dikenali kerana setiap hari mesti ada menyanyi kat dalam kelas (subjek bukan muzik la ! )” atau “anda dikenali kerana suka buat teka teki setiap hari di kelas”.. eh macam sama plak dengan nombor 1 kat atas. Ulang story neh.

10. Dia akan tanya perancangan masa depan. Jika anda guru ICT contohnya, maka dia akan tanya apa perancangan anda untuk melakukan sesuatu inovasi terhadap organisasi. Terangkan.. kalau setakat buat kerja hantar laporan seperti diminta pihak atasan tuh kira perkara biasa. Semua orang pun boleh buat benda biasa-biasa neh.

11. Terangkan dan kaitkan tahap / pengalaman belajar anda dengan situasi semasa. Jika anda degree bidang perakaunan, maka apa kaitan kemahiran tu dengan organisasi sekarang. Contohnya jadi bendahari PIBG dan sebagainya.

12. Kenapa anda membuat permohonan ini? Yang neh kena terangkan la ..walau dah ada cerita dalam borang permohonan tuh..

13. Kalau korang ada blog sendiri lagi bagus untuk korang persembahkan. Aku rugi plak rasa sebab masa awal tahun 2011 rasa nak buat blog pasal semua pnp aku kat kelas tapi aku tangguhkan blog tuh. Last-last terkurang la markah aku neh nanti. Moral of the story: kalau nak buat sesuatu yang baik tuh teruskan jerk jangan tangguh-tangguh. Aku promote facebook aku jerk la.. nasib baik dalam fb aku ada groups GC Maths group.. haha...

14. Korang buat la powerpoint untuk persembahan masa interview tuh ... senang dan mudah dia memahami kita. Pastikan laptop bersambung dengan internet kalau ada benda yang kat internet yang kita nak tunjukkan. Jangan jadi macam aku... konfident giler laptop sendiri boleh link internet tapi tetiba plak ada problem... kelam kabut jugak la... nasib baik ada kawan yang bagi laptop dia.. hehe..

15. Korang ada buat diagnostik test? Baik korang buat dari masa ke semasa. Pastikan analisa ujian neh korang simpan dan buat satu analisa yang teratur... nyatakan kekuatan dan kelemahan murid dalam setiap ujian. Pelaksanaan diagnostik test adalah salah satu soalan yang disoal.

Antara persiapan yang anda boleh buat ialah seperti berikut (persediaan fail):

1. Folio mengajar tahun semasa yang mengandungi

o Maklumat diri sendiri

o Maklumat murid

o Analisa / headcount / pencapaian murid

o Surat masuk / keluar

2. Fail hasil penulisan / kajian / pembentangan yang pernah dilakukan.

3. Fail manual modul dan bukti.. hasil kerja murid menggunakan modul tu dan kajian keberkesanan penggunaan modul tuh. 1 modul = 1 fail dah kira ok lah..tapi amat terbaik jika ada 1 lagi fail tentang kajian terhadap penggunaan modul tuh.

4. Fail aktiviti sekolah...senarai ajk yang biasa diedarkan masa sesuatu program berlangsung tuh pon dah bole buat 1 fail khas untuk menambah koleksi.

5. Sediakan 1 fail khas untuk semua sijil yang korang ada. Letak profil diri kat fail tuh untuk mudah disemak.

6. Fail pekeliling dan surat pekeliling ikhtisas pon sangat bagus untuk diwujudkan walaupun korang boleh beli buku khas yang cerita pasal pekeliling neh.

Soalan-soalan kebanyakkannya adalah bersifat spontan. Soalan akan bergantung kepada jawapan anda. So bersiap sedialah untuk menjawab semua soalan secara spontan tuh.


Kawan admin pon ada mohon untuk GC neh. Bawah neh admin sertakan cetakan skrin catatan kawan admin tuh.. sila klik untuk 'tumbesaran'...


Nota neh akan dikemaskini dari masa-kesemasa bergantung kepada daya ingatan penulis. Hehehe...

Friday, July 15, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ~ versi online

Sekarang neh dah ada plak sistem analisis peperiksaan secara online. Satu perubahan dan inovasi yang sangat dialukan untuk menambah baik taraf sistem pendidikan negara. Syabas diucapkan kepada team yang membuat sistem neh. Cuma nak komen sket la.. dari segi teknikal tuh ada salah dan error tuh kira adat la... tp silalah upgrade dan tambah baik lagi untuk kemudahan akan datang. Jangan jadikan sistem neh gajah putih macam sistem pendaftaran upsr masa tahun 2009/2010 dulu.. dah penat key-in semua pandaftaran murid tetibe tak jadi plak nak gune sistem online tuh... tahun depannyer kena plak isi balik secara offline...

Sistem neh boleh di akses di sini : http://saps.moe.gov.my