Monday, July 18, 2011

E-Disiplin Kurangkan Masalah Disiplin Pelajar

PUTRAJAYA – Sistem Kawalan Disiplin Murid atau e-Disiplin yang dilaksanakan di beberapa buah sekolah terbukti berjaya mencatatkan penurunan masalah disiplin murid dengan ketara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setakat ini sebanyak 317 sekolah termasuk 97 sekolah menengah Felda di seluruh negara menggunakan sistem tersebut.

“Sistem ini bertujuan mengesan dan mengawal tingkah laku murid secara dalam talian dan bakal diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat,” katanya pada pelancaran e-Disiplin di sini hari ini.

Abd. Ghafar berkata, e-Disiplin merupakan aplikasi maklumat komunikasi dan teknologi (ICT) berasaskan web iaitu guru disiplin akan melapor salah laku pelajar mereka secara dalam talian.

Menurutnya, sistem yang dibangunkan oleh Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu memudahkan pihaknya mengukur, mengesan dan mengawal selia disiplin murid sebelum melaksanakan tindakan lanjut.

Bagaimanapun, kata beliau, pihak sekolah diminta supaya mengisi maklumat ke dalam sistem itu dengan jujur kerana kadang-kadang sekolah tidak lapor sesuatu kes disiplin tetapi masyarakat melaporkannya.

Terdahulu, beliau menyerahkan sebanyak komputer riba kepada 97 buah sekolah menengah Felda seluruh negara yang terlibat dalam pelaksanaan e-disiplin hari ini.

Katanya, sumbangan tersebut bertujuan memudahkan tugas guru-guru disiplin sekolah menengah Felda dalam melaksanakan pembangunan disiplin murid dengan lebih fokus dan tersusun.

sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/07/18/e-disiplin-kurangkan-masalah-disiplin-pelajar/

Komen : Sebarang inovasi sangat dialukan.. maka bertambah lah beban keje cikgu disiplin nanti. Namun, inovasi yang canggih macam mana pun kalau tak menepati akar umbi sebenar masalah murid pun tidak akan menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi murid. Sebagai seorang guru, saya melihat keampuhan nilai disiplin murid terletak pada jati diri dan motivasi mereka. Ada sesuatu yang hilang dalam diri mereka.. dan kita gagal 'mengadakan' kembali 'benda' yang 'hilang' itu..

2 comments:

  1. padan muke ckgu disiplin..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gak guru displin yg emosi...pakai bubuh je laporan..kalau dia dh anti ngn murid tu....

      Delete