Saturday, July 16, 2011

Guru Cemerlang : suatu pengalaman & kisah benar diri sendiri; untuk panduan kekawan

13 Julai 2011 (Rabu) merupakan tarikh penilaian dari pihak Nazir untuk permohonan yang aku kemukakan. Pemberitahuan tentang kehadiran pemantauan dan penilaian telah diberitahu lebih kurang 1 minggu sebelum tuh. Maka bermulalah episod tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah. Macam-macam nak dibuat. Maklumlah buat keje last minit terutama bab-bab dokumentasi. Sebenarnyer tak banyak info pasal cara dan teknik untuk menghadapi situasi neh. Ni sebab pemantau dan penilaian sebegini adalah berbentuk subjektif. Lain orang mempunyai lain pandangan. Nak dapatkan tips pon susah jugak sebab takder garis panduan tetap. So aku kongsi sikit la pengalaman yang aku dapat hasil menempoh sendiri situasi tuh.. rasanya neh la temuduga paling lama yang aku tempuh. Hampir 2 jam 30 minit bersoal jawab + 1 jam pemantauan mengajar = 3 jam 30 minit dari jam 9.30 sampai jam 1.. tanpa henti..

Semasa menguruskan permohonan

1. Pastikan semua dokumen lengkap. Usahakan sendiri untuk mendapatkan dokumen tersebut. Jangan terlalu mengharap bantuan orang lain. Bukan nak tuduh atau pandang serong tapi lebih baik berhati-hati dan pastikan semuanya lengkap. Ingat yerk ...usahakan sendiri.. bukan mengharap kata atau janji manis pihak lain.. ianya mungkin hanya menimbulkan salah faham / salah komunikasi.

Seminggu sebelum pemantauan berlaku

1. Biasanya dia akan beritahu sebelum datang. Nih berdasarkan pengalaman kawan-kawan lar. Ada yang dia inform seminggu awal, dua minggu awal dan ada setakat 3 hari awal jerk. Tengok nasib la. Maka buat la apa yang patut. Tambah baik semua maklumat yang ada. Buat latihan mengajar seolah-olah dia datang. So dari situ kita dah tau sedikit sebanyak kelemahan dan kemungkinan masalah yang akan berlaku. Paling tidak pun akan mengurangkan rasa gemuruh yang melanda.

Semasa pemantauan

1. Dia akan suruh kita 'jual ubat'. Promote diri sendiri. Terangkan apa yang kita buat. Dia tanya diri kita ni ada trademark tak yang ditunggu-tunggu anak murid. Maksudnya kalau sebut je nama kita pasti murid akan terbayang karakter kita, sesuatu yang unik tentang diri kita. Kemudian dia akan tanya kelebihan diri kita banding orang lain yang ada kat tempat kerja kita neh.

2. Terangkan modul yang kita ada. Tunjukkan manual modul tuh. tunjukkan bukti bergambar modul tuh telah dilakukan. Sertakan hasil kerja murid. Dia akan kemukakan soalan seperti : Ada tak kajian yang awak buat untuk membuktikan modul yang awak guna nih berkesan? Senarai nama murid yang menggunakan modul nih ada tak? Rakan sekerja lain ada tolong buat modul nih tak? Rakan lain guna tak modul nih? Sekolah ada bantu tak?

3. Kalau bab aktiviti panitia, dia pon akan tanya soalan yang hampir sama la. Contohnya katakan kita ada buat aktivit 'kem motivasi'. Biasanya kita hanya ada kertas kerja dan laporan program. Tapi kita jarang buat post mortem. Lebih teruk lagi bila kita tak pernah dan tak terfikir pon nak buat kajian sama ada objektif tersebut tercapai atau tidak. Katakanlah kem motivasi tuh tujuannya untuk meningkatkan motivasi murid, jadi apa bukti motivasi murid tuh meningkat? kajian ada? Bukti beb... benda tuh subjektif ...tapi dia nak bukti... kesan sesuatu aktiviti tuh kekadang bukan serta-merta tapi ada juga yang ambil masa berminggu, bulan malah bertahun baru ada kesan.

4. Dia akan tanya dan banyak bersoal jawab pasal pnp.. dari konsep, kaedah, strategi, hasil dan respon murid serta pihak lain. Jadi kena tau la apa itu construktisme, pupils centred, material centred dan macam-macam lagi la.. kemudian dia akan bagi situasi... kita kena jawab la kalau situasi tuh berlaku pada diri kita, apakah tindakan kita.. Tujuan dia tanya soalan macam neh ialah untuk memastikan kita guna pelbagai kaedah pnp sepanjang masa. Ada murid yang suka belajar dengan cara explorasi, ada yang suka tengok video baru paham, ada yang guna kaedah 1 to 1 baru boleh paham, ada yang suka cara permainan dan sebagainya. So kepelbagaian kaedah neh kena aplikasikan kat kelas. Salah satu buktinya ialah dalam buku rekod mengajar tuh kena tulis la penggunaan strategi yang kita guna. Laporan bergambar dan hasil aktiviti murid sangat dialukan.

5. Buku rekod mengajar kena lengkap. Kalau boleh jangan la tulis ringkas sangat. kalau kelas 1 jam tuh buat la rekod mengajar 1 muka. Ya ! 1 muka untuk 1 subjek untuk 1 jam mengajar. Tulis penuh. Impak tulis secara objektif. Contohnya : 30 murid berjaya mencapai objektif. Kalau guna peratus kena hati-hati. Kat situ ada perangkap. Peratus tuh kena tepat. Jangan peratus tuh kalau tukar ke bilangan menjadi 25.6 murid. Tak logik kan 25.6 murid tuh.. so tulislah 80.35 % dan bukan dibundarkan menjadi 80% sahaja.

6. Antara soalan lain dia akan tanya sumbangan kepada organisasi. Jadi terangkan dan buktikan sumbangan tuh. Sama ada bukti bergambar atau bukti lain. Macam aku .. aku bagi la (antaranya) buat laman web ... so dia nak tengok .. kemaskini atau tidak.. berapa ‘hits’ yang ada... apa kesan penggunaan terhadap peningkatan prestasi murid.

7. Dia akan tanya pasal buku rujukan yang kita baca. Ada tak buku tuh. Jadi, bawak dan tunjukkan semua buku rujukan yang kita ada. Jangan segan nak bawak 1 kotak besar buku rujukan yang kita ada. Koleksi buku tuh jangan buat pameran jer sebab dia akan suruh kita bagi sinopsis buku tuh. Kalau tak baca macam mana nak bagi sinopsis. Jangan gabra, nanti dia akan tengok isi buku tu, contohnya bab 3, kemudian dia suruh kita terangkan apa isi kandungan bab 3 buku tuh. Nih nak perangkap lar neh. Antara soalan maut lain ialah : Apa kesan isi kandungan buku tu terhadap diri anda? Apa kebaikan yang murid dapat hasil dari pnp berdasarkan buku tuh? Kalau kita jawab "ada" dia akan minta bukti pulak..

8. Pastikan anda tahu hal ehwal semasa berkaitan bidang anda. Contohnya interview pada 13 Julai, tapi bagi jawapan perkembangan pada bulan Mei pun dia kata "itu isu lama dah".. so isu terkini dalam seminggu dua kot...

9. Dia juga akan tanya apa trademark diri anda kat sekolah ? ...sesuatu yang bila orang sebut jer nama anda, maka satu skolah dah tau ciri atau keunikan diri anda.. contohnya “anda dikenali kerana setiap hari mesti ada menyanyi kat dalam kelas (subjek bukan muzik la ! )” atau “anda dikenali kerana suka buat teka teki setiap hari di kelas”.. eh macam sama plak dengan nombor 1 kat atas. Ulang story neh.

10. Dia akan tanya perancangan masa depan. Jika anda guru ICT contohnya, maka dia akan tanya apa perancangan anda untuk melakukan sesuatu inovasi terhadap organisasi. Terangkan.. kalau setakat buat kerja hantar laporan seperti diminta pihak atasan tuh kira perkara biasa. Semua orang pun boleh buat benda biasa-biasa neh.

11. Terangkan dan kaitkan tahap / pengalaman belajar anda dengan situasi semasa. Jika anda degree bidang perakaunan, maka apa kaitan kemahiran tu dengan organisasi sekarang. Contohnya jadi bendahari PIBG dan sebagainya.

12. Kenapa anda membuat permohonan ini? Yang neh kena terangkan la ..walau dah ada cerita dalam borang permohonan tuh..

13. Kalau korang ada blog sendiri lagi bagus untuk korang persembahkan. Aku rugi plak rasa sebab masa awal tahun 2011 rasa nak buat blog pasal semua pnp aku kat kelas tapi aku tangguhkan blog tuh. Last-last terkurang la markah aku neh nanti. Moral of the story: kalau nak buat sesuatu yang baik tuh teruskan jerk jangan tangguh-tangguh. Aku promote facebook aku jerk la.. nasib baik dalam fb aku ada groups GC Maths group.. haha...

14. Korang buat la powerpoint untuk persembahan masa interview tuh ... senang dan mudah dia memahami kita. Pastikan laptop bersambung dengan internet kalau ada benda yang kat internet yang kita nak tunjukkan. Jangan jadi macam aku... konfident giler laptop sendiri boleh link internet tapi tetiba plak ada problem... kelam kabut jugak la... nasib baik ada kawan yang bagi laptop dia.. hehe..

15. Korang ada buat diagnostik test? Baik korang buat dari masa ke semasa. Pastikan analisa ujian neh korang simpan dan buat satu analisa yang teratur... nyatakan kekuatan dan kelemahan murid dalam setiap ujian. Pelaksanaan diagnostik test adalah salah satu soalan yang disoal.

Antara persiapan yang anda boleh buat ialah seperti berikut (persediaan fail):

1. Folio mengajar tahun semasa yang mengandungi

o Maklumat diri sendiri

o Maklumat murid

o Analisa / headcount / pencapaian murid

o Surat masuk / keluar

2. Fail hasil penulisan / kajian / pembentangan yang pernah dilakukan.

3. Fail manual modul dan bukti.. hasil kerja murid menggunakan modul tu dan kajian keberkesanan penggunaan modul tuh. 1 modul = 1 fail dah kira ok lah..tapi amat terbaik jika ada 1 lagi fail tentang kajian terhadap penggunaan modul tuh.

4. Fail aktiviti sekolah...senarai ajk yang biasa diedarkan masa sesuatu program berlangsung tuh pon dah bole buat 1 fail khas untuk menambah koleksi.

5. Sediakan 1 fail khas untuk semua sijil yang korang ada. Letak profil diri kat fail tuh untuk mudah disemak.

6. Fail pekeliling dan surat pekeliling ikhtisas pon sangat bagus untuk diwujudkan walaupun korang boleh beli buku khas yang cerita pasal pekeliling neh.

Soalan-soalan kebanyakkannya adalah bersifat spontan. Soalan akan bergantung kepada jawapan anda. So bersiap sedialah untuk menjawab semua soalan secara spontan tuh.


Kawan admin pon ada mohon untuk GC neh. Bawah neh admin sertakan cetakan skrin catatan kawan admin tuh.. sila klik untuk 'tumbesaran'...


Nota neh akan dikemaskini dari masa-kesemasa bergantung kepada daya ingatan penulis. Hehehe...

18 comments:

  1. TQ, KERANA SUDI BERKONGSI PENGALAMAN.......

    ReplyDelete
  2. TQVM ATAS PENGALAMAN YG DIBERI.BARU JELAS TTG SITUASI N MAKLUMAT YG DIPERLUKAN UNTK PERSEDIAAN BG YG NK MOHON GC. BILA TANYA MEMBER YG DH KENA PANTAU UNT GC, PENERANGAN MEREKA TIDAK JELAS OR SPT NAK XNAK JER KONGSI.

    ReplyDelete
  3. Anonymous

    Bagaimana keputusannya cikgu? Telah dapatkah tahu untuk permohonan GC cikgu ? Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  4. thank u. you are a wonderful soul.

    ReplyDelete
  5. saya berjaya .. lantikan bermula 21 disember 2011.. tapi surat bulan april 2012 baru dapat..

    ReplyDelete
  6. Tahniah cikgu ...semoga cikgu xputus2 aplikasikan apa yang cikgu buat selepas ni

    ReplyDelete
  7. tahniah cikgu Shamsudin, (kongsi pengalaman) saya br dipantau pd 07/08/2012 (mohon GCDG44- subjek BM) intipatinya ;
    1. p&p berjalan lancar (banyak guna powerpoint/media)
    nazir puas hati.
    2. dokumentasi ok - fail ind. fail bahan terancang bm & panitia .
    3. sesi soal jawab rasenya - ko
    3.1 gagal terang dgn baik NKRA
    3.2 x ingat sangat teori pembelajaran
    4. murid x mewakili peringkat tertinggi pertandingan koakademik
    5. katanye tiada markah untuk ruangan anugerah.
    Lastly, nazir kata cubalah mohon lagi . aku pun down rasenye . takut dah ndak mencuba tapi bahan modul bm aku dicopynya ..

    ReplyDelete
  8. kadang ada nazir kata gitu tapi last2 berjaya... kena tengok persaingan tahun tuh kot... harap berjaya.. kalo jadi ketua panitia memang agak berat nak mohon gc sebab kecemerlangan panitia jadi salah satu sumber soalan / penilaian.. last time untuk interview sy nazir minta salinan target tov-etr-atr sbg bukti sy dah berjaya mencapai sasaran untuk upsr. nasib baik memang ada kenaikan antara 40 ke 50 % prestasi murid.. biasalah subjek matematik neh memang % rendah masa sblm upsr tapi bila keputusan upsr sebenar akan naik tinggi..

    ReplyDelete
  9. t/kasih skali lg cikgu shamsudin beri perangsang. apa2 pun saya teruskan usaha membina bahan p&p yg lain. saya rase terhutang budi, izinkan saya downloads soalan2 praupsr lain2 negeri. moga cikgu & anak didik terus gemilang.......

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian..saya diminta untuk mengisi borang GC pada tahun depan (2013), tapi masih memikirkan dahulu...doakan saya cikgu. terima kasih :)

    ReplyDelete
  11. saya pernah dpantau utk gcdg44 bidang kemahiran hidup. sy disoal banyak terutama berkenaan dgn panitia kh.kalu kita buat apa2 dokumentasi, pastikan kita tahu apa isi kandungannya sebaik mungkin. cthnyer sy ada dokumentasikan perekacipta yg tersohor, jd kan buku skrap. memang soalan yg ditanya diluar jangkaan. siapa yg kuarkan formula e=mc kuasa 2..apa dia atom...hahaha...memang xleh nak jwb...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..

    Saya nak tanya kalau tahun ni kita akan sambung belajar bolehkah kita memohon untuk Guru Cemerlang?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  13. pelantikan GC melibatkan jawatan 'penyandang' kup / memangku. jika kita cuti belajar sepenuh masa jawatan tuh akan gugur sebab dikira tidak memangku. tuh yang saya faham.. status cuti belajar tidak akan melayakkan untuk dicerap oleh nazir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk makluman Cikgu Shamsudin, saya telah menerima surat pemangkuan GC Dg44 pada 21.03.2013 . Ingatkan tak dpt. dah..

      Delete
  14. Ckg yusra yusof...tahniah diucapkan atas lantikan sbg Gc Bm..wah sgt teruja membaca luahan masing2..trtma ckg yusra sb kita sama bidang bm..tiba2 rasa nak mohon jd gc bm juga..ckg yusra bole bg emel atau hubungi sy d emel scrat80@yahoo.com utl bokongsi ilmu mengajar bm sehingga mjadi cemerlang..mohon jasa ckg ya..

    ReplyDelete
  15. tahniah cikgu... selamat maju jaya....
    jemput singgah blog saya ya.:)
    www.maryati2you.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. tahniah cikgu sham. Pengalaman cikgu sangat membantu.

    ReplyDelete
  17. Thanks cikgu sham for your sharing.Hope this info will help me to apply for gc

    ReplyDelete