Friday, July 22, 2011

Negara masih ketinggalan dalam ilmu sains, matematik

Negara masih ketinggalan dalam ilmu sains, matematik
22/07/2011 7:55pm

PULAU PINANG 22 Julai – Negara masih ketinggalan dalam pencapaian ilmu pengetahuan berkaitan sains dan matematik berbanding negara-negara maju lain.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, masalah itu menyebabkan prestasi mata pelajaran Sains dan Matematik sukar dipertingkatkan hingga menyebabkan masih ada pelajar sukar mempelajarinya.

"Kita perlu pastikan tiada sesiapa lagi yang menghadapi masalah pencapaian sains dan matematik.

"Saya menyeru para pensyarah supaya tidak sekadar mengajar sains dan matematik di universiti secara bulat-bulat tetapi perlu mengkaji kandungan dan falsafah yang disalurkan agar berkesan kepada penuntut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas syarahan khas yang disampaikan oleh Profesor Sains Matematik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. C.K. Raju di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin memberitahu, satu kumpulan penyelidik tempatan telah ditubuhkan bulan lalu bagi mengkaji sistem pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan di negara ini.

Menurutnya, ia bertujuan memastikan pelajar dapat menyerap ilmu pengetahuan sains dan matematik secara lebih berkesan. – Utusan

00Oo ------------------------------------------------------------------- 00Oo

komen : Sebagai seorang guru matematik, peranan untuk meninggikan ilmu sains dan matematik hendaklah bermula dari sekolah di mana seorang kanak-kanak mula mendapat ilmu secara formal. Ayuh bersama mengorak langkah meninggikan ilmu sains dan matematik..

No comments:

Post a Comment