Friday, July 15, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ~ versi online

Sekarang neh dah ada plak sistem analisis peperiksaan secara online. Satu perubahan dan inovasi yang sangat dialukan untuk menambah baik taraf sistem pendidikan negara. Syabas diucapkan kepada team yang membuat sistem neh. Cuma nak komen sket la.. dari segi teknikal tuh ada salah dan error tuh kira adat la... tp silalah upgrade dan tambah baik lagi untuk kemudahan akan datang. Jangan jadikan sistem neh gajah putih macam sistem pendaftaran upsr masa tahun 2009/2010 dulu.. dah penat key-in semua pandaftaran murid tetibe tak jadi plak nak gune sistem online tuh... tahun depannyer kena plak isi balik secara offline...

Sistem neh boleh di akses di sini : http://saps.moe.gov.my

1 comment:

  1. slm semua.

    SAPS online merupakan program online yang gagal. Perekabentuknya wajib mengakui kegagalannya dan penyokong-penyokongnya dalam kalangan pegawai JPN yang meminta SU Peperiksaan berhenti kerja jika tidak boleh memasukkan data tersebut adalah orang yang sama-sama pening dan gagal.

    Saya sarankan agar pihak yang terlibat dengan pembangunan laman ini perlu dipotong gaji kerana gagal mencapai objektif dan keberkesanan program tersebut.

    Lain kali jika hendak membangunkan sesuatu program, mesti ada ujian rintis dahulu. Jangan menetapkan tarikh untuk dilaksanakan. Bila sistem dah stabil dan efisien barulah aplikasi ini digunakan sepenuhnya.

    Harap saya dapat melihat golongan yang gagal tersebut meminta maaf di atas kenaifan mereka.

    ReplyDelete