Monday, July 25, 2011

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

Pagi tadi (25 Julai) aku telah dilamar oleh GPK koko untuk menggantikan setiausaha koko yang berpindah ke sekolah lain. Mungkin antara ramai calon yang ada aku ler kot yang paling free untuk memegang jawatan neh. Aku tak kata apa... tak menolak dan tak jugak mengiakan .. balik rumah aku pon cari le senarai tugas dan skop tugas seorang s/u koko. Kenapa cari kat internet? Sebab kat tempat aku keje takder senarai tugas / bidang tugas seseorang yang memegang apa-apa jawatan. Pembahagian tugas dibuat secara 'lebih kurang' dan 'mengikut kelaziman'. So antara dapatan aku ialah seperti berikut...

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

Yang atas neh carian pertama. Ada juga senarai dari carian yang lain iaitu seperti berikut:

Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum:
  • Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum
  • Menyediakan takwim aktiviti kokurikulum sepanjang tahun
  • Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat kokurikulum
  • Menyelaras.menyelia dan menilai pelaksanaan semua program kokurikulum sekolah
  • Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik
  • Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum sentiasa kemaskini dan mencukupi
  • Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum
  • Membantu berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal berkaitan aktiviti kokurikulum
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk disampaikan kepada pihak sekolah bagi tindakan selanjutnya
  • Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
  • Mengurus Buku Penilaian Kokurikulum
  • Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum
  • Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi persatuan/kelab/unit beruniform tentang cara-cara menggerakkan aktiviti kokurikulum
  • Merekod semua pencapaian sekolah dalam pertandingan kokurikulum
Selain tugas s/u kokurikulum, disertakan sekali ialah tugas dan tanggungjawab penyelaras persatuan / kelab / unit beruniform dan permainan.
Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Unit Beruniform:
  • Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform
  • Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat kelab/persatuan/badan beruniform
  • Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
  • Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid menyertai aktiviti kokurikulum
  • Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan
  • Mengumpul buku aktiviti/fail aktiviti untuk rujukan dan rekod
  • Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kelab/persatuan/unit beruniform
  • Mengurus buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum seperti mengagihkab buku kepada guru untuk diedarkan kepada murid.
  • Mengumpulkan buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum semula pada akhir tahun

No comments:

Post a Comment