Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Wanita Malaysia; Sambutan Peringkat Kebangsaan Tahun 2011

TANGGAL 25 Ogos, sekali lagi, negara meraikan Hari Wanita. Sambutannya bertujuan memberi pengiktirafan terhadap peranan wanita di negara ini dengan menggemakan keupayaan mereka yang terus lantang dan yakin.

Dengan ledakan teknologi maklumat, proses globalisasi, transformasi politik serta perubahan iklim ekonomi, baik di peringkat nasional mahupun global memberikan pelbagai bentuk cabaran baru dan kewibawaan golongan Hawa ini tetap hebat dan menyinar.

Negara kini turut mengharungi perubahan alaf baru bertembung dan bergelut dengan nilai globalisasi, liberalisasi dan perubahan tradisi yang menimbulkan pelbagai dilema baru yang sekali gus menuntut pembabitan wanita yang lebih gitu.

Sejajar dengan tema Hari Wanita 2011 - “Wanita Penjalin Perpaduan” bukan saja memberikan makna tersendiri tetapi turut membawa amanah dan tanggungjawab lebih besar untuk direalisasikan.

Kemajuan dicapai wanita hari ini termasuk dari segi mengeratkan perpaduan adalah rentetan perjuangan wanita terdahulu. Malaysia dihuni penduduk berbilang bangsa, keturunan dan kebudayaan, memerlukan perpaduan yang kukuh.

Hakikatnya, peranan dan pengaruh wanita, terutama di dalam negara yang sedang pesat membangun, adalah besar. Peranan wanita bukan setakat menjadi suri rumah tangga, mendidik anak, atau menjaga makan dan pakaian suami tetapi juga dari segi sumbangan mental dan fizikal di dalam perkembangan ekonomi, pelajaran, dan lain-lain.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, berkata tema Hari Wanita Kebangsaan tahun ini - Wanita Penjalin Perpaduan memberi penghormatan kepada peranan wanita sebagai penggerak ke arah perpaduan.

Katanya, semua wanita Malaysia yang di dokong oleh bapa, walaupun mempunyai peranan masing-masing termasuk sebagai ibu, anak dan suri rumah juga berfungsi membawa perubahan.

“Wanita perlu bersatu padu kerana mereka pemangkin yang mengikat erat keluarga dan juga tulang belakang serta nadi negara. Dalam kehidupan seharian, wanita membesarkan anak supaya mengasihi dan menghormati mereka yang berbeza. Wanita juga bertindak berani menolak ketidakadilan dan mendidik untuk memperkasa dirinya sendiri dan orang lain.

“Melalui tindakan ini, wanita menghapuskan sempadan dan membina perpaduan. Mereka menyatukan kelompok masyarakat yang berbeza melalui jalinan penerimaan dan pemahaman, dicerminkan dalam keluarga yang berdaya tahan dan negara yang sihat. Tindakan inilah yang membina 1Malaysia,” katanya.

Sempena Hari Wanita, Shahrizat mengajak wanita sama ada individu dan melalui institusi untuk mengukuh dan memelihara hak wanita. Katanya, wanita yang berdaya upaya adalah aset kepada diri sendiri, keluarga dan negara.

Bagi Presiden Yayasan Suara Wanita (Yasnita), Tan Sri Zaleha Ismail, berkata tema Wanita Penjalin Perpaduan bagi sambutan Hari Wanita 2011 amat bertepatan dan sesuai.

Katanya, wanita sebagai ibu dan suri rumah boleh mendidik anak serta menyatu padukan jalinan kasih sayang antara keluarga dan institusi masyarakat.

“Pada masa kini, ada yang tinggal di bandar tidak mengenali saudara mara di kampung. Walaupun tinggal berjauhan, tidak bermakna tiada jalinan hubungan itu. Begitu juga dalam hidup bermasyarakat, warga di bandar khususnya ada yang langsung tidak mengenali jiran sebelah.

“Sebagai ejen perpaduan, wanita boleh berperanan besar mewujudkan pertalian hubungan erat antara satu sama lain, sama ada dalam keluarga mahupun masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat kita mulakan dengan jiran dan cuba mengenali dan ambil tahu antara satu sama lain. Dari situ hubungan boleh diperluaskan kepada masyarakat yang lebih besar, barulah keharmonian itu wujud,” katanya.

Zaleha yang juga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, berkata berbanding dulu peranan wanita terhad kepada keluarga asas saja tetapi kini lebih luas dan menyeluruh mencakupi komuniti yang pelbagai kaum serta peringkat usia.

Seiring itu, sewajarnya wanita mewujud dan menggerakkan perpaduan tulen serta terbuka dengan menunjukkan kasih sayang yang tulus bagi menyatu padukan semua.

Untuk menjadi ejen perpaduan yang sejati, paling penting dalam diri setiap wanita mesti ada perasaan suka dan sayang pada insan didampingi, sekali gus tidak memandang pada status, cantik atau tidak mahupun membezakan antara miskin dan kaya.

Bagi wanita generasi muda, Zaleha menasihatkan walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga, seharusnya kena bahagi masa mereka dalam komuniti.

“Generasi muda tidak boleh pisahkan diri dalam masyarakat walaupun kehidupan hari ini sudah serba lengkap, mereka masih ada tanggungjawab dan berperanan untuk menjalinkan hubungan dengan yang lain supaya perpaduan terus dikekalkan,” katanya.

P/S : Selamat Hari Wanita untuk semua!!!

sumber : klik sini

Perangkap Kelajuan ~ Speed Trap : hati-hati dikawasan ini...

SPEED TRAP LOCATION / LOKASI PERANGKAP LAJU

Plus North Highway (From KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


Plus South Highway:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak


Plus Center:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam


KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Ini hanyalah sumber dari kawan.. status akan dikemaskini dari masa ke semasa..
sumber : klik sini

Had laju jalan persekutuan, negeri dikurangkan
2011/08/25 : Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara dikurangkan sebanyak 10km/j dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan "balik kampung" untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata had laju bagi jalan persekutuan kini diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.
Beliau berkata, pengurangan kadar had laju itu bermula dua hari lalu sehingga 6 September.
"Walaupun kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak empat peratus sepanjang tempoh Januari-Jun tahun ini, namun langkah berjaga-jaga adalah penting diutamakan sebelum dan selepas perjalanan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan 2011 sempena perayaan Aidilfitri, di sini hari ini.

Mengenai tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang melanggar had laju itu, Kong berkata pelbagai badan penguatkuasa sudah mengambil langkah berhubung perkara itu.

Katanya, kementerian akan memantau keadaan sepanjang kempen itu bagi mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian. - BERNAMA


Rujuk juga artikel ini : Ops Sikap ke 24 & Panduan Lalu Lintas Hari Raya Puasa 2011

Bahaya Seven Colour Crystal Ball

Nampak tak pokok hiasan kat sebelah ?

Mesti ramai antara kita yang tahu dan mungkin ada benda hiasan neh kat rumah. Rumah admin pun ada juga benda hiasan neh.. bebola lembut berwarna biru. Ada banyak warna sebenarnya. Benda neh kena rendam kat dalam air dan akan mengembang. Sesuai untuk hiasan moden terutama untuk menyambut lebaran yang tak berapa lama lagi neh.

Tapi dalam keghairahan kita untuk menghias, sila pastikan langkah keselamatan diambil kerana Crystal Ball neh boleh membawa maut terutama untuk kanak-kanak. Sila baca berita kat bawah neh..


Larangan membekal, menjual seven colour crystal ball


PUTRAJAYA - Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.

Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.- Bernama

sumber : klik sini







Larangan jual Colour Crystal Ball
Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 25 Ogos 2011 - Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.

''Walaupun kandungan kimia dalam Colour Crystal Ball adalah pada tahap selamat namun masalahnya produk ini mampu mengembang 290 hingga 444 peratus selepas menyerap air selama dua jam.

''Ujian simulasi berdasarkan keadaan dan tahap asid perut pula mendapati ia boleh mengembang sebanyak 36 hingga 55 peratus dalam tempoh dua jam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, rupa Colour Crystal Ball yang berwarna-warni dan menyerupai agar-agar sering mendorong kanak-kanak menelannya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball akan mengalami tanda-tanda seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat dan yang paling serius usus pecah.

''Saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai produk ini supaya segera membuangnya, ia adalah berbahaya terutama terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun.

''Bagi peniaga pula, mereka tidak lagi dibenarkan menjual produk ini atau berdepan risiko denda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama di bawah Akta Perlindungan Pengguna," katanya.

Beliau berkata, pemantauan kementeriannya mendapati kebanyakan Colour Crystal Ball direka di Korea Selatan tetapi dikeluarkan di Jepun dan China.

''Malaysia bukan negara pertama yang melarang penjualan produk ini, Poland dan Itali telah mengenakan larangan sama pada tahun lalu.

''Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap pembekalan dan penjualannya kerana produk ini mudah menyebabkan kanak-kanak tercekik," katanya.


Wednesday, August 24, 2011

Jenis-jenis Ketupat

Sapa suka makan ketupat ? Admin pun suka.. (sangat suka) makan ketupat. Tapi admin suka makan ketupat nasi jer. Kalau ketupat palas yang biasanya guna pulut tuh admin tak suka sangat sebab rasa muak semacam jer. Biasa kalau kat Johor neh pon layan ketupat nasi jer. Jarang sangat orang Johor makan ketupat pulut.

Zaman dulu masa admin kecik-kecik, admin sempat belajar menganyam ketupat daun... sempat la belajar beberapa jenis ketupat. Tapi disebabkan admin dah jarang buat ketupat sendiri, maka kemahiran menganyam ketupat tuh dah turun sikit. Tapi masih ada lagi lar...

Maklum ler zaman sekarang semua segera... ketupat pun orang guna ketupat segera Nona atau Adabi jer... senang... tak payah panjat pokok kepala lagi...

Tapi semangat tuh akan lebih membara jika kita anyam ketupat sendiri. Ada banyak jenis ketupat sebenarnya. Kita jer yang tak tau sebab kemahiran tuh kekadang tak disebar luaskan.

Maka dengan ini admin sebarkan beberapa jenis design ketupat yang sempat admin cari untuk pengetahuan semua...

1. Ketupat bawang
Ketupat bawang adalah ketupat yang paling popular dan agak mudah untuk membuatnya. Reka bentuk ketupat neh pun agak menarik dan cantik. Bentuknya seperti sebiji bawang besar... sebab itu dinamakan ketupat bawang.



2. Ketupat satay / pasar
Admin diperkenalkan ketupat neh dengan nama ketupat satay. Bentuknya seperti bantal. Kenapa namanya ketupat satay ? Sebab selalu digunakan oleh penjual satay sebagai hidangan sampingan satay mereka.. sebab itu ia juga dikenali sebagai ketupat pasar... ketupat ini yang berbentuk segi empat (hampir segiempat) memudahkan kita memotong ketupat ini kepada bentuk segi empat yang lebih kecik sebelum dimakan.


3. Ketupat burung
Admin diperkenalkan ketupat jenis ini pula adalah ketupat burung. Mungkin sebab bentuknya seperti burung tapi tak ada sayap jer. Bentuknya juga agak ringkas dan mudah membuatnya. Tapi ketupat jenis ini sesuai jika daun kelapa tuh agak pendek. Jika daun kelapa tuh panjang, maka pembaziran daun kelapa akan berlaku.

Gambar yang bawah tuh ialah ketupat burung versi yang dah diubah supaya ada sayap sama macam burung sebenar.


4. Ketupat daun palas.
Ketupat daun palas biasanya menggunakan pulut. Admin tak pernah buat pun ketupat jenis neh. Cara nak ikat pon admin tak tau... biasa juga dapat ketupat neh masa raya tapi tak pernah cuba untuk membuatnya. Perbezaan ketupat neh ialah daun yang digunakan ialah daun palas dan bukan daun kelapa.

5. Ketupat jantung
Setahu admin sejak admin hidup neh pernah beberapa kali jer admin dapat ketupat neh masa jiran sekampung bagi. Rasanya nak buat ketupat neh memerlukan daun yang lebih.. bukan hanya sehelai daun jer.

6. Ketupat hati
Selain ada ketupat jantung, ketupat hati pun ada juga. Bentuknya seperti 'love' yang biasa kita lukis. Gambar yang menggunakan daun kelapa admin takder. Cuma ada yang versi guna reben jer.

7. Ketupat kotak
Yang neh admin rasa menggunakan kaedah menganyam seperti nak buat kotak. Cantik juga bentuknya dan senang nak makan kalau bersaiz kecil..


8. Ketupat kon / piramid
Agak menarik juga ketupat jenis neh. Secara nyata admin tak pernah jumpa lagi.



9. Ketupat ....
Admin pun tak tau ketupat ni namanya apa.... tapi kalau pandang 2 ke 3 kali rasa macam ketupat kembar siam untuk ketupat satay..

Untuk 9 jenis ketupat di atas, bentuknya agak 'biasa-biasa' jerk... tapi admin ada satu lagi ketupat yang bagi admin sangat istimewa...
jeng.. jeng..jeng....

diperkenalkan.... ketupat kucing dan ketupat bentuk haiwan...


Ini adalah ketupat kucing yang belum dimasak...siap dengan ekor dan telinga sekali... kaki jer yang agak kontot...


Yang neh ketupat kucing yang dah di masak.... siap berada di atas pinggan....


Selepas di belah, maka inilah isi ketupat kucing tersebut..... haha... tahniah kepada pencipta ketupat neh....

Kalau admin dapat ketupat kucing neh, admin rasa nak framekan jer... cute lar... tak sampai hati nak makan...

yang neh pulak adalah ketupat berbentuk kambing... rasanya kalau nampak macam kucing pun boleh.. berdasarkan maklumat yang admin dapat, ketupat kambing / lembu neh memerlukan 7 helai daun kelapa dan anggaran boleh dimakan oleh 5 orang. Dalam cerita Upin Ipin tajuk ‘Berkat’ pun ada cerita tentang Ketupat Lembu yang Tok Alang buat...

neh lah dia episod upin & ipin yang ada ketupat lembu tuh.. lihat pada minit ke 2:10


Bagi cikgu matematik, bolehlah gunakan ketupat di atas yang ada neh untuk tajuk 3 matra (3D)... hehe...


Cara-cara nak buat ketupat boleh tengok kat bawah neh:





Monday, August 22, 2011

Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Lebih Mudah Dengan PORTAL SISTEM PINJAMAN PERUMAHAN BERSEPADU (SPPB)

Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam merupakan kemudahan yang amat dinantikan oleh kakitangan awam terutama untuk pembeli rumah kali pertama. Ini kerana kadar faedah atau kadar keuntungan yang diambil oleh kerajaan adalah sangat rendah iaitu hanya 4 % dan ini merupakan kadar yang jauh lebih murah berbanding kadar yang diberi oleh pihak bank / institusi kewangan kepada kakitangan awam.

Berdasarkan pengalaman admin sendiri membeli rumah, bayaran ansuran sebanyak lebih kurang RM914 sebulan (pinjaman kerajaan) adalah berbaloi berbanding dengan bayaran RM1400 sebulan (pinjaman bank) untuk rumah dan harga pinjaman yang sama.

Kalau dulu semua permohonan adalah secara atas kertas, tetapi zaman telah berubah. Permohonan pinjaman boleh dipohon secara dalam talian. Pengalaman admin yang menggunakan permohonan secara atas kertas pon agak mudah dan berjalan lancar kerana hanya mengambil masa kurang 2 minggu untuk mendapat surat kelulusan. Itu zaman tahun 2006. Sekarang zaman 2011, permohonan dah guna online dan dikatakan permohonan boleh diluluskan dalam tempoh kurang 24 jam.

Link ke laman web tersebut ialah seperti berikut :


Laman web rasmi Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia :



Laman web Borang Permohonan Atas Talian : (pinjaman harta kali pertama)

https://sppb.treasury.gov.my/


Laman web Borang Permohonan Atas Talian : (pinjaman harta kali kedua)



Nasihat admin kepada kakitangan awam yang masih muda tuh, belilah rumah pada masa sekarang sebab harganya akan makin bertambah mahal pada masa akan datang sedangkan jumlah had pinjaman kakitangan awam agak susah hendak bertambah seiring dengan kenaikan harga rumah yang ada tersebut.


Baca berita pelancaran SPPB di sini :

Berita Semasa Pelancaran SPPB


Kadar kelayakan pinjaman kakitangan awam adalah seperti berikut :


Kelayakan Pinjaman Kakitangan Awam


Admin lihat kadar pinjaman neh dah naik !! Yesss... dah naik... ada harapan la nak duduk rumah yang lagi besar lepas neh... Alhamdulillah... syukur...

Untuk buat pinjaman neh jangan terburu-buru tanpa membuat penyelidikan. Rujuk laman web Perbendaharaan tuh. Kat situ ada banyak maklumat yang sangat berguna. Anda boleh klik sini.




Al-Kisah Di Bulan Ramadhan

Pada hari Sabtu yang lepas (20 Ogos), admin balik kampung di Batu Pahat untuk membeli beberapa kuih terutama kerepek yang sangat popular di Batu Pahat iaitu kawasan Parit Raja. Destinasi kebiasaan admin untuk membeli belah berkaitan kuih dan kerepek ialah di Md Shah & Asiah, t/a Perniagaan Ngasiah, SDD 2, Kg Seri Dalam, Mukim 10 Senggarang, 83200 Batu Pahat.

Neh admin upload gambar yang sempat admin snap semasa lawatan ke tempat tuh. Maaf ler kualiti gambar agak rendah.

Ini adalah deretan kuih yang ada. Harga dari serendah RM9 sebalang hinggalah yang berharga RM25 dan ke atas untuk sebalang.

Ada orang kata kalau buatan kilang neh rasa kurang sedap, tapi bagi admin semua kuih adalah sedap tak kira buatan kilang, buatan makcik-makcik mahupun buatan sendiri. Haha.. admin balun jer semua janji kuih tuh bernama kuih..


Neh pulak adalah longgokan kerepek. Harga kerepek sangat berpatutan iaitu untuk bungkusan 500 g, harganya antara RM3.50 (untuk kerepek ubi) hinggalah RM8 (untuk kerepek pisang tanduk).

Admin suka kerepek pisang, keladi, sukun, keledek, ubi dan semua kerepek yang asli tanpa bahan perisa tambahan.

Maklumlah zaman sekarang ada banyak kerepek yang dah jadi sama macam kepingan kentang makanan ringan tuh.

Harap maklum lah bahawa penggunaan serbuk perasa / MSG sangat tidak digalakkan. Maka makanlah kerepek yang asli sahaja.









Neh pilihan yang ada. Hanya sebahagian jer neh. Ada yang cantik, ada yang kurang cantik. Ada yang tradisional dan juga kuih moden. Pilih jer mana satu yang berkenan.









Neh suasana kurang ramai masa mula-mula admin sampai dalam jam 10 pagi. Selepas 15 minit admin sampai, jumlah manusia dah sekali ganda dari yang ada neh.









Admin sempat snap gambar untuk harga borong. Yang neh adalah bungkusan seberat 5 kg. Maka harganya juga sangat murah berbanding bungkusan untuk 500 g. Admin tak jumpa pulak bungkusan 1 kg.

Perbandingan harga bungkusan pukal dengan bungkusan 500 g agak berbeza. Sebagai contoh, harga sebungkus 500 g kerepek pisang tanduk ialah RM8. Tetapi jika anda beli bungkusan pukal 5 kg, kadar harga ialah RM13 sekilo. Maka kita akan untung RM3 bagi setiap kilo.

Admin juga ada lihat (dan membeli) kek lapis Indonesia. Ada 3 perisa iaitu yang biasa, perisa coklat dan yang ada kismis di atas kek tuh.

Harga tahun 2010 ialah RM24, tapi untuk tahun neh harga dah naik sikit menjadi RM25. Berat kek tuh dalam 1200 g berdasarkan apa yang tertera di kotak kek tuh.


Kerepek ubi pedas neh ada yang jual dalam pek 1 kg. Harganya dalam RM8 untuk 1 kg.











Kerepek ubi masin yang ringkas tapi tetap menjadi pujaan sepanjang masa. Yang neh akan admin beli masa pusingan kedua nanti.

Keropok kacang dhal pulak tak sempat beli hari tuh. Juga tunggu pusingan ke 2 nanti.







Markuli neh macam adik beradik muruku jugak lah. Ada rasa kari. Tapi admin tak beli sebab sekarang musim batuk... makan neh mesti nak batuk.









Di tempat neh sebenarnya tidak terhad kepada kuih dan kerepek jer. Tapi ada juga makanan jeruk dan juga air kordial. Ada juga jual snack yang admin tak tahu namanya.

Walaupun ada banyak pilihan jeruk, tapi admin nasihatkan waktu hari raya neh jangan ler makan jeruk. Tak elok untuk kesihatan.





Lihatlah betapa banyaknya pilihan kuih yang ada. Tengok jer pon dah boleh kenyang. Jika datang lambat, pilihan makin kurang sebab takder penambahan stok untuk kih neh. Masa kunjungan paling menarik ialah masa minggu ke 2 puasa. Kalau minggu akhir puasa tuh rasanya tinggal beberapa jenis jer nanti. Dah kurang pilihan pulak.





Neh anak sedara dan juga mak admin tengah buat pilihan na ambik mana satu. Kalau kat sini mesti rambang mata dah jadinya. Rasa semua nak ambil jer.









Mula-mula ambil sikit sana, sikit sini, jalan sana, jalan sini... akhirnya... satu troli penuh dah admin borong. Neh tak cukup lagi... perlu pusingan ke 2 untuk stok sebulan selepas raya pulak. Nanti boleh admin makan kerepek tuh sambil lepak layan fb. hehe..



Sunday, August 21, 2011

Laporan Penilaian Prestasi @ Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Cikgu pening kepala nak buat SKT (Sasaran Kerja Tahunan) untuk Laporan Penilaian Prestasi ? Jangan risau, admin sertakan beberapa contoh SKT dibawah. Lihat semua lampiran yang admin sertakan. Sesiapa pun boleh muat turun (download) contoh format di bawah dan edit mengikut keperluan sendiri.

Ada sekolah yang masih lagi perlu membuat SKT secara lengkap seperti di bawah, tetapi ada juga sekolah yang tidak perlu buat seperti SKT di bawah. Harap cikgu ikutlah arahan yang diterima. Jika sudah kena buat SKT yang lengkap, maka cikgu buatlah sedaya mungkin. Bagi sekolah admin, untuk tahun 2008, 2009, 2010 dah tak payah buat SKT lengkap seperti ini lagi sebab semuanya bergantung kepada Buku Rekod Mengajar. Tapi untuk tahun 2011, admin suka pulak nak buat SKT yang lengkap seperti tahun 2006 dan 2007 yang admin buat dulu.

Disenaraikan SKT (contoh) untuk kekawan rujuk... neh tahun 2007 punyer tapi format boleh digunakan lagi untuk tahun 2011..

SKT : LAMPIRAN 1

SKT : LAMPIRAN 2

SKT : LAMPIRAN 3

SKT : LAMPIRAN 4


~ CONTOH LAIN SKT YANG DAPAT DICARI ~


Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT


Contoh SKT guru

Ops Sikap ke 24 & Panduan Lalu Lintas Hari Raya Puasa 2011


Jadual Cadangan Perjalanan Bagi Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2011.

Masing-masing dah tak sabar nak balik kampung kan. Terutama bagi yang kampung nun jauh di mata. Ada yang kerja kat selatan tapi nak balik kampung kat utara. Jauh tuh. Yang duduk kat KL semua nak balik sampai KL pun dah lengang. Boleh baring atas jalan sampai berdengkur lagik kalo kat KL tuh.

Bagi mereka yang nak balik kampung, silalah rujuk jadual perjalanan yang dicadangkan oleh pihak PLUS. Pihak PLUS cuma memberi cadangan, terpulang pada korang nak ikut atau tidak. Tapi kalau semua ikut cadangan PLUS rasanya tak rugi pun. Perjalanan akan (harap) lebih lancar dan kurang kesesakan. Tapi bila bawak kereta tuh jangan ler macam siput .. bawak 60 jer kat highway memang ler tak patut kecuali lah ada kecemasan yang menyebabkan korang perlu bawak kereta tuh secara perlahan.

Yang bawak laju sangat pun sampai melebihi had maksima pun tak patut juga sebab semakin laju anda memandu, makin tinggi risiko yang perlu dihadapi.

OK tak mau cakap banyak, rujuk jadual perjalanan kat atas tuh. Korang juga boleh baca kat bawah neh. Ada beberapa artikel pasal Ops Sikap ke 24 neh kat bawah...

PLUS perkenal jadual perjalanan sempena Aidilfitri, kemerdekaan
sumber : klik sini

PETALING JAYA, 24 Ogos, 2011: PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid, berkata langkah itu bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September ini.

“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap.

“Bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Noorizah berkata, bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.

Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan.

Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :

  • Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum jam 12 tengah hari;
  • Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;
  • Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;
  • Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.

Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:

  • Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;
  • Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;
  • Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;
  • Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
  • Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

PLUS juga memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara yang ingin pulang ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 September ini.

  • Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh antara 1 hingga 6 petang;
  • Ipoh, Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim antara 4 hingga 6 petang.
  • Dari Melaka melalui Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tampin melalui Simpang Ampat ke Senawang, Port Dickson dan Seremban antara 4 petang dan 6 petang.

Noorizah berkata, ketika perayaan Aidilfitri tahun lalu, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.

PLUS menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.

Noorizah berkata, seramai 3,000 kakitangan PLUS dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan selama 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol.

Pegawai Turus Penguat kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Superintendan Hamzah Ahmad, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan terpilih mulai semalam hingga 6 September bagi mengawasi keadaan lalu lintas.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.



~ ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN ~



Ops Sikap ke 24 : Pendekatan Berbeza
sumber : klik sini

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Ops Sikap ke-24 yang akan dijalankan pada 22 Ogos ini akan menggunakan pendekatan yang berbeza daripada Ops Sikap yang sebelumnya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pendekatan yang digunakan kali ini akan melibatkan perubahan dari segi strategi dan akan diumumkan pada 22 Ogos ini.

“Perubahan yang dilakukan itu adalah bertujuan mengurangkan kadar kemalangan maut di samping memastikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati terutamanya menjelang musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Berbuka Puasa dan Makan Malam Mesra 1Malaysia, di sini hari ini.

Dalam majlis anjuran Hata Industry itu, sumbangan diberikan kepada lima anggota polis yang mempunyai anak kurang upaya serta yang terlibat dengan kemalangan.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berhubung sindiket penjualan senjata api tiruan yang berjaya ditumpaskan di sebuah kediaman mewah Park Ville Garden House di Petaling Jaya, beliau mencadangkan syarikat-syarikat kurier perlu mewujudkan sistem alat pengimbas bagi mengesan barangan yang dibawa masuk dan dihantar keluar seperti yang digunakan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

“Sistem alat pengimbas ini digunakan bertujuan untuk mengesan kandungan barangan. Jika barangan seperti senjata api tiruan ini berjaya dibawa masuk, tidak mustahil mercun serta barang-barang berbahaya lain juga boleh dibawa masuk,” katanya. – BERNAMA ONLINE


LARANGAN PENGGUNAAN KENDERAAN BARANGAN SEMASA CUTI PERAYAAN

HARI RAYA AIDILFITRI 2011 ( 27, 28 OGOS DAN 03, 04 SEPTEMBER 2011 )

Jadual Larangan Kenderaan Berat 2011


KEMASKINI : 22 OGOS 2011 (ISNIN)

Pengguna PLUSMiles, Touch n Go nikmati rebat tol ketika Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan menikmati rebat tol sehingga 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada hari tertentu semasa cuti Hari Raya Aidilfitri kelak.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata rebat tol itu akan diberikan kepada pengguna kad PLUSMiles dan 'Touch n Go' ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.

"Pengguna yang membayar tol secara elektronik pada Khamis dan Jumaat ini akan menerima rebat tol sebanyak 20 peratus manakala pengguna yang membayar tol dengan sistem sama pada 30 dan 31 Ogos akan menerima rebat sebanyak 10 peratus.

"Pada 1 dan 2 September pula, orang ramai yang membayar menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles dan 'Touch n Go' pula akan menerima rebat sebanyak 20 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, rebat itu boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad PLUSMiles dan Touch N Go mereka bermula 15 Oktober hingga 31 Disember ini.

"Tuntutan rebat tol selepas tempoh tersebut tidak akan diterima," katanya.

Noorizah berkata, langkah itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan sistem pembayaran elektronik yang mudah dan pantas.

"Langkah itu juga diambil untuk membolehkan orang ramai merancang perjalanan dan menggalakkan mereka bergerak di luar waktu puncak kerana rebat diberikan sepanjang hari," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan rebat itu tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

Selain itu, PLUS menjangka jumlah trafik meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari pada musim cuti yang akan datang, katanya. - BERNAMA


KEMASKINI : 22 OGOS 2011 (ISNIN)

Guna kamera berteknologi tinggi

PETALING JAYA 22 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kamera pengesan kesalahan trafik berteknologi tinggi bagi mengesan pengguna kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas sepanjang Ops Sikap Ke-24 yang bermula esok hingga 6 September depan.

Kamera itu akan dipasang di kebanyakan laluan utama termasuk yang berisiko tinggi berlaku kemalangan di seluruh negara.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, pihaknya juga akan meletakkan tanda amaran awal sebelum kawasan yang dipasang kamera itu sebagai peringatan kepada pengguna kenderaan agar tidak melakukan kesalahan lalu lintas.

"Melalui kamera ini, tiada lagi kamera atau polis yang bersembunyi untuk merakamkan kesalahan pemandu. Sebaliknya, ia lebih efisien dengan penggunaan tenaga kerja yang sedikit, sekurang-kurangnya seorang anggota polis.

"Teknologi kamera yang lebih maju ini mampu merekod kesalahan pemandu dengan lebih tepat dan cepat. Namun, tujuan sebenar pengunaan kamera ini adalah lebih kepada usaha mendidik pengguna jalan raya," katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Sikap ke-24 dan Kempen Rumah Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Telekom Malaysia (TM), Datuk Dr. Halim Shafie; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid serta Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid.

Mengulas lanjut, kata Khalid, pesalah trafik yang dirakamkan kesalahan lalu lintas mereka akan menerima saman berserta gambar yang direkod menggunakan kamera berteknologi tinggi ini dengan lebih pantas.

Sepanjang Ops Sikap kali ini juga, kata beliau, PDRM akan mengadakan konsep 'Ronda dan Statik' di 40 lokasi lebuh raya serta 160 lokasi di jalan persekutuan.

"Bagi menjayakan Ops Sikap ini, seramai 10,000 pegawai dan anggota trafik akan bertugas di seluruh negara, malah khemah kanopi pelbagai guna akan diletakkan di hentian Rehat dan Rawat bagi membantu pengguna kenderaan yang menghadapi masalah dalam perjalanan," katanya.

Beliau turut mengulangi, PDRM akan mengeluarkan kompaun maksimum ke atas mereka yang melakukan beberapa kesalahan sepanjang Ops Sikap kali ini dan saman itu perlu dibayar penuh tanpa sebarang diskaun atau rundingan.


KEMASKINI : 25 OGOS 2011 (KHAMIS)

PLUS perkenal waktu perjalanan ikut nombor pendaftaran kenderaan

PETALING JAYA 24 Ogos - PLUS Expressways Berhad memperkenalkan cadangan waktu perjalanan dengan membahagikan nombor pendaftaran kenderaan digit terakhir ganjil dan genap dalam usaha meningkatkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang diguna pakai pada musim perayaan sebelum ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata, ia melibatkan perjalanan pulang kenderaan dari arah utara dan selatan ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September.

Selain itu, katanya, pembahagian mengikut nombor pendaftaran juga untuk perjalanan dari Singapura ke Johor Bahru melalui Tambak Johor dan Linkedua pada 27 hingga 29 Ogos, yang mana kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran ganjil pada digit terakhir disarankan memulakan perjalanan pada waktu ganjil.

"Begitu juga kepada kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran genap pada digit terakhir dinasihatkan agar memulakan perjalanan pada waktu genap seperti pukul 10 pagi dan 2 petang.

"Kaedah ini diperkenalkan berikutan jumlah trafik dijangka meningkat sebanyak 30 peratus menjadi 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak musim perayaan berbanding 1.1 juta pada hari biasa.

"Pada perayaan Aidilfitri tahun lalu, kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS dan ia telah membantu mengurangkan kesesakan. Kita tidak boleh memaksa pengguna tetapi kita menggalakkan mereka mengikut apa yang telah dicadangkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang berlangsung di Menara Korporat, Persada PLUS di sini hari ini.

Turut hadir Pegawai Turus Trafik Bukit Aman, Supritendan Hamzah Ahmad, Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Datuk Ir. Ismail Md. Salleh dan Pengurus Jualan Redbull, Eng Swee Peng.

Dalam pada itu, PLUS turut memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta pengguna dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 September ini.

Turut diperkenalkan ialah jadual perjalanan pada tarikh yang sama bagi pengguna dari arah selatan iaitu dari Melaka, Tampin dan Alor Gajah menuju ke Seremban, Port Dickson dan Senawang.

"Langkah ini bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya yang menuju ke destinasi utama dengan pengguna yang ingin pulang ke Lembah Klang.

"Oleh itu, kami berharap agar orang ramai akan terus memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual yang disediakan," katanya.

Antara persiapan lain yang disediakan PLUS bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keselamatan pengguna lebuh raya tersebut ialah membuka lebih daripada 1,000 kaunter tol serta menghentikan sebarang kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan antara 25 Ogos hingga 6 September.

Seramai 432 anggota pasukan keselamatan termasuk polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ditempatkan di 12 lokasi dan dibantu oleh 500 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).


KEMASKINI : 25 OGOS 2011 (KHAMIS)

Ops Sikap masih relevan untuk kurangkan kemalangan maut
Oleh Wan Faizal Ismayatim
Berita Harian : 2011/08/25

WALAUPUN pada mulanya timbul ura-ura Ops Sikap ke-24 yang bermula Selasa lalu hingga 6 September ini akan ditukar kepada nama baru dengan pelbagai pendekatan berbeza selepas 10 tahun dilancarkan, ia tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengekalkan Ops Sikap yang masuk siri ke-24 sempena Aidilfitri kali ini dengan pendekatan yang tidak banyak bezanya sejak kali pertama dilancarkan pada 8 Disember 2001 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai bagi menggantikan Ops Statik.
Ada pihak menganggap Ops Sikap tidak lagi menggerunkan pengguna jalan raya dan kaedah pelaksanaannya perlu diberi nafas baru, namun apa yang penting sebenarnya bukan pada nama kerana tukarlah kepada apa-apa nama atau apa juga pendekatan sekalipun, kemalangan maut tetap berlaku setiap kali musim perayaan jika mentaliti dan sikap pemandu tidak berubah.
Ops Sikap ke-24 selama 15 hari bermula 23 Ogos hingga 6 September ini menyaksikan lebih 10,000 anggota polis bertugas di seluruh negara dengan matlamat memastikan perjalanan selesa dan selamat buat pengguna jalan raya pulang ke kampung halaman menerusi sasaran pengurangan lima peratus kemalangan maut berbanding sebelumnya.

Walaupun ia lebih bertujuan mendidik serta memberi ingatan kepada pengguna jalan raya agar lebih berhemah ketika memandu, PDRM awal-awal lagi memberi amaran tidak akan berkompromi sesiapa saja yang melakukan kesalahan hingga membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Sempena Ops Sikap kali ini, PDRM akan menggunakan kamera perangkap laju berteknologi tinggi terbarunya yang dipasang di kebanyakan laluan utama dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kemalangan maut di seluruh negara.

Pengguna jalan raya yang dikesan melakukan kesalahan akan dirakam oleh kamera berkenaan yang dikendalikan seorang anggota sebelum notis saman bersama bukti bergambar kesalahan yang dilakukan itu dihantar ke alamat pemandu secepat mungkin.
Menerusi Ops Sikap kali ini, PDRM sekali lagi menggunakan pendekatan yang memastikan orang ramai merasai kehadiran anggota polis (omnipresence) di sepanjang laluan pulang ke kampung melalui konsep Ronda dan Statik di 40 lokasi lebuh raya serta 160 lokasi jalan Persekutuan seluruh negara.

Konsep itu menggunakan kanopi di R&R sebagai tempat pertemuan petugas polis trafik dan agensi lain selain dijadikan pusat sumber maklumat asas bagi pengguna jalan raya yang menghadapi masalah sepanjang perjalanan. Malah, ia juga menjadi pusat ‘tindakan pantas bantuan’ sekiranya berlaku kecemasan.

Bagi memudahkan orang ramai membuat laporan kesesakan atau kemalangan serta mendapatkan maklumat trafik dan bantuan, PDRM dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) menyediakan talian bebas tol 1800 88 1412 yang boleh dihubungi 24 jam.

Sesuatu kelainan pada ciri Ops Sikap kali ini, PDRM turut melancarkan Kempen Rumah Selamat yang menekankan keselamatan harta benda atau rumah yang ditinggalkan selama beberapa hari bagi tujuan balik kampung.

Bagi memudahkan orang ramai, PDRM menyediakan Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh dimuat turun menerusi laman facebook rasmi PDRM sebelum maklumat itu dihantar ke IPD tempat tinggal pemilik rumah bagi membolehkan polis membuat rondaan dan ‘memerhatikan’ rumah mereka sepanjang musim perayaan.



Jika anda telah disaman, maka sila rujuk untuk jumlah saman / kompaun seperti berikut:


Kadar Kompaun Kesalahan (Motosikal 250 Cc) - Vol 1


Kadar Kompaun Kesalahan(Selain Motosikal 250cc) - Vol 1



Rujuk juga artikel ini : Perangkap Kelajuan ~ Speed Trap : hati-hati dikawasan ini...


Gemuk Itu Cantik ?

Jika anda diberi pilihan sama ada nak kurus atau nak gemuk, yang manakah pilihan korang ?

Korang nak obes ker atau nak oh best ?

Tapikan ada juga minah saleh neh yang suka gemuk. Katanya dia lebih yakin dan seksi apabila gemuk. Huhhhh ??? ade jugak manusia macam neh... korang baca kat bawah neh ek...


Sasar berat 730 kg

sumber : klik sini

KETIKA orang lain bertungkus-lumus mahukan bentuk badan kurus, Susanne Eman memilih sebaliknya.

Kini memiliki berat 330 kilogram, Susanne masih belum mencapai impiannya menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Matlamat akhir Susanne ialah mencapai berat badan 730 kilogram dengan mengambil pelbagai makanan sekurang-kurangnya 20,000 kalori sehari.

Berasal dari Arizona, Amerika Syarikat, Susanne, 32, berharap mencapai separuh daripada berat impiannya itu menjelang akhir tahun ini.

Ibu tunggal yang kini membesarkan dua anak itu percaya, dia kini benar-benar bersedia mengambil alih tempat Donna Simpson, 43, dari New Jersey, sebagai wanita paling gemuk di dunia. Berat Donna yang dicatat dalam rekod dunia ialah 317.5 kilogram.

Tindakan Susanne mahu terus menambah berat badannya memang mencetuskan polemik kepada peminat wanita berbadan besar.

Kata Susanne, dia tertanya-tanya jika ada manusia mampu mencapai berat badan satu tan.

“Rekod wanita paling berat di dunia ialah 730 kilogram.

“Untuk mencapai impian, saya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya berat sama seperti itu,” katanya.

Menurut Susanne, berdasarkan perkembangan semasa, dia yakin berjaya mencapai berat 730 kilogram ketika berusia 41 atau 42 tahun kelak.

Disebabkan keadaan tubuhnya itu, Susanne hanya keluar ke pasar raya membeli barang keperluan rumah sekali sebulan.

Itu pun, ditemani anak lelakinya, Gabriel, 16, dan Brendin, 12.

Mereka biasanya menghabiskan masa sehingga lapan jam di sesebuah pasar raya bagi memenuhkan enam troli yang dibawa.

“Ia memang penat - seperti bekerja seharian,” katanya.

Di sebalik tubuh badannya yang besar itu, Susanne percaya dia mampu kekal sihat walaupun mengambil makanan berkalori tinggi.

“Semakin saya gemuk, semakin saya rasa yakin dan seksi.

“Mengapa tidak saya mencuba ke tahap maksimum dan melihat sejauh mana saya mampu pergi dan kekal sihat,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, Susanne berkata, dia mula memikirkan impian menjadi wanita paling gemuk di dunia selepas gagal mengawal dirinya daripada terus membesar secara semula jadi.

“Dua tahun lalu saya mencapai berat 222 kilogram selepas gagal dalam usaha menguruskan badan.

“Sejak itu, saya mula perasan - dengan berat badan begitu, semakin ramai lelaki tertarik dan ia memang menyeronokkan,” katanya.

Kini menganggur disebabkan berat badannya, Susanne mendakwa, dia kekal aktif dengan melakukan senaman ringan setiap hari dan kerap menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Otot perlu dikuatkan bagi menampung berat badan,” katanya.

Setiap minggu, kata Susanne, dia memeriksa tekanan darahnya, manakala setiap hari selepas bersenam, dia meluangkan masa membaca.

Dia juga menggunakan alat tertentu bagi menyukat kadar oksigen dalam darahnya.

“Saya juga memeriksa kadar gula dalam darah seperti seorang penghidap diabetes.

“Jika ada bacaan mencatatkan kadar tinggi, serta-merta saya menghubungi doktor untuk mendapatkan nasihat,” katanya.

Pada ketika tertentu, Susanne berkata, dia memang mengalami masalah kesihatan.

Ketika itu, katanya, dia meminta bantuan adik-beradiknya bagi menjaga dua anaknya.

Walaupun menerima amaran demi amaran daripada doktor supaya memikirkan kesan tindakannya menaikkan berat badan melampau, Susanne tetap bertegas mahu memecahkan rekod dunia.

Menurut Dr Patrick Flite, Susanne mengambil risiko sangat besar apabila menetapkan matlamat mahu mendapatkan berat badan lebih 700 kilogram.

“Ada banyak bukti menunjukkan obesiti membawa pelbagai komplikasi kepada seseorang,” katanya.

Doktor peribadi Susanne itu berkata, setakat ini memang wanita terbabit tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Susanne boleh berfikir sendiri untuk masa depannya dan dia tidak menghadapi masalah psikologi,” katanya.

Menyedari ada risiko yang dihadapi, Susanne berkata, dia mengambil langkah perlu untuk masa depan dua anak lelakinya.

“Saya memberitahu Gabriel, dan Brendin, setiap seorang sukakan sesuatu yang berbeza.

“Jika saya memasak makanan yang berlemak dan mereka mahukan hidangan lebih sihat, saya menyiapkan masakan khas untuk mereka,” katanya.

Pada masa sama, Susanne berkata, dia mahu mengubah tanggapan masyarakat bahawa gemuk adalah sesuatu yang buruk.

“Mesej yang mahu saya sampaikan ialah - tidak ada salahnya jika berbadan besar dan kita perlu menerima keadaan orang lain seadanya,” katanya.

Senarai Kuih Raya Zaman Dulu-Dulu

Majoriti dari kita mesti tahu apa itu kuih raya. Ya ! Kuih raya ialah kuih muih yang dihidangkan semasa hari raya. Hahaha... Walaupun pada kebanyakkan hari lain, kita boleh juga mendapat bekalan untuk memakan kuih-kuih tersebut, tetapi suasananya tetap berbeza dan semangat atau mood untuk memakan kuih tersebut juga akan berlainan.

Bagi ganerasi sekarang, mereka sudah tentu lebih mengenali kuih seperti almond london, tat gulung, biskut oat, biskut marble, mama carie dan macam-macam lagi. Kandungan kuih zaman sekarang pula biasanya berasaskan mentega, marjerin dan tepung gandum.

Agak susah nak lihat ganerasi sekarang mengenali kuih-kuih zaman dulu. Jadi, admin dengan ini memperkenalkan kuih-kuih zaman dulu. Ada antaranya yang masih kekal sampai sekarang dan ada juga yang telah mengalami evolusi.

1. Kuih baulu / bahulu.
  • Kuih baulu neh ada macam-macam jenis. Tapi bahan asas dia yang utama ialah telur ayam yang dipukul sehingga berbuih. Berbuih ? haha... itulah pengalaman admin masa kecik dulu.
Inilah dia pemukul baulu. Lenguh tangan kalau guna alat neh.








Inilah dia rupa kuih baulu tuh yang dah siap. Zaman moden telah mengalami perubahan dengan adanya inti coklat, strawbery, nenas dan macam-macam perisa lagi.






Ini kuih baulu yang versi kek. Tapi bahan tetap sama.








Yang neh kuih baulu versi gulung. Ada jem kat dalam gulungan tuh.









2. Kuih bangkit
  • Bahan asas utama kuih bangkit ialah santan kelapa, tepung ubi, telur.
Ini adalah rupa paras kuih bangkit yang asal. Zaman sekarang dah ada yang pelbagai versi. Ada yang berwarna hijau sebab letak daun pandan atau pewarna. Ada juga sekarang yang berwarna merah dan rupa bentuknya juga telah berubah. Tapi yang admin letak neh rupa paras asal masa admin kecik lagi.



3. Kuih benderam / cincin / peneram
  • Bahan utama kuih neh ialah tepung beras, tepung gandum dan gula merah. Tiada bahan sampingan yang dicampurkan. Kuih neh akan digoreng.
  • Dikawasan pantai timur, kuih neh dikenali sebagai 'kuih telinga keling'.
Inilah dia rupa kuih benderam neh. Ini versi kat semenanjung Malaysia. Kuih neh sedap dimakan semasa panas. Bila dah sejuk dan terlalu lama, rasanya akan keras dan tidak lembut lagi.







Yang neh kuih cincin versi Sabah. Rasanya neh adik beradik yang telah terpisah dari semenanjung punye versi. Kalau tengok bentuknya pun seakan sama jer.







4. Kuih rotan.
  • Dinamakan sebagai kuih rotan sebab bentuknya macam buah rotan yang terdapat dihutan. Admin pon sebenarnya tak pernah tengok buah rotan yang sebenar.
  • Bahan asas kuih ini ialah tepung pulut, telur, santan, gula dan bijan sebagai hiasan dipermukaan luar.
Untuk membentuk bulat-bulat macam neh memerlukan kesabaran yang tinggi. Admin tak taulah jika ada yang guna mesin untuk buat kuih neh kat rumah. Tapi untuk memastikan saiznya sama atau hampir sama, maka kemahiran untuk menggentel tepung neh memang diperlukan. Kuih ini akan digoreng.



5. Kuih rengginang / inang.
  • Kuih neh merupakan adik beradik dengan keropok. Tapi dia adik beradik berlainan mak dan bapak sebab bahan asas dia ialah beras pulut yang telah dimasak menggunakan santan.
  • Selepas pulut dimasak, ia akan dibentuk bulat-bulat. Ada juga yang dibentuk secara empat segi sama atau empat segi tepat. Bentuk lain jarang dilihat.
  • Pulut yang dibentuk akan dikeringkan. Untuk memasaknya perlulah digoreng sama seperti keropok.

Inilah rupa bentuk kuih rengginang. Ia merupakan snek yang sedap dimakan. Warna yang terjadi adalah hasil pulut yang telah diwarnakan. Ada yang berwarna-warni dalam satu kepingan. Saiz kuih ini akan berkembang menjadi hampir sekali ganda apabila digoreng. Jadi amat elok jika pulut yang dibentuk tersebut adalah dalam saiz yang comel-comel sahaja.


6. Penyek / rempenyek / tumpi.
  • Bahan asas utama ialah tepung beras, udang kering, santan, jintan manis, jintan putih dan garam (secukup rasa).
Inilah rupa bentuk rempenyek yang dah siap. Ada yang berbentuk abstrak jika tidak menggunakan acuan. Rempenyek telah dipelbagaikan dengan kacang tanah tersebut telah digantikan dengan kacang hijau, kacang dal, udang kering dan ikan bilis.



7. Putu kacang / koyer.
  • Bahan asas kuih ini ialah kacang hijau dan gula sebagai perasa manis. Sangat ringkas tetapi agak susah untuk mendapat kuih yang tahan lama terutama jika kadar kelembapan kuih masih tinggi. Maka kuih ini perlu dijemur (zaman dulu) tapi zaman sekarang admin tak tahu sama ada ianya tetap masih dijemur atau ada kaedah lain untuk mengeringkannya.
  • Kalau zaman dulu kuih neh akan dijemur sangat lama untuk memastikan kesegarannya terjamin.
Ini adalah hasil kuih putu kacang. Yang neh rasanya menggunakan kacang tanah.

Masa admin kecik dulu rasanya cuma ada 2 jenis jer iaitu jenis kacang hijau dan juga kacang tanah.





Ini adalah acuan untuk putu kacang tuh. Ada banyak bentuk. Yang dalam gambar neh ialah acuan yang diperbuat dari kayu. Sangat klasik. Admin masa kecik dulu pernah merasa sendiri memegang acuan kayu neh. Bebudak zaman sekarang rasanya acuan yang plastik pon tak pernah sentuh sebab mak tak pernah buat kuih neh sendiri kat rumah.
Kita kena ketuk secara perlahan untuk mengeluarkan kuih putu neh dari acuannya.


8. Pisang salai.
  • Bahan asas sudah tentulah pisang yang akan disalai. Admin tak pasti pisang apa yang sesuai untuk disalai.
Inilah rupa pisang salai. Biasanya pisang tuh akan dibelah secara memanjang. Seingat admin, pisang tuh akan dibelah 2 atau 3 sahaja. Ianya berwarna perang tua sama macam pisang sira.

Admin cuba cari pisang salai neh tapi tak jumpa. Maklumlah kebanyakkan pisang telah diproses menjadi kerepek pisang.
p/s : zaman dulu banyak kat Parit Raja, Batu Pahat.


9. Kuih makmur.
  • Kuih makmur pun antara kuih zaman dulu-dulu walaupun zaman sekarang masih ada lagi.
  • Bahan asas kuih ini ialah tepung gandum, minyak sapi, mentega dan gula.
Ini adalah rupa kuih makmur yang diisi ke dalam bekas kertas. Tujuan diisi ke bekas ini ialah supaya ianya tidak hancur. Kuih neh sangat rapuh dan akan hancur jika disentuh. Mungkin sebab itu ianya dinamakan kuih makmur. Inti bagi kuih ini ada pelbagai. Orang dulu menggunakan inti buah kurma. Sekarang ada yang guna inti kacang merah, kacang tanah dan pelbagai inti lain termasuklah coklat. Ada juga yang berwarna hijau dan merah dan juga pelbagai warna pada masa sekarang.


10. Kuih ros
  • Bahan utama ialah tepung beras, santan, gula, telur. Garam dan gula pula ditambah sebagai perasa.
Ini adalah acuan kuih ros. Acuan neh diperbuat dari tembaga kerana ia perlu tahan panas. Sebelum acuan ini dimasukkan / direndam ke dalam adunan tepung yang agak cair tersebut, acuan ini perlu terlebih dahulu direndam di dalam minyak yang panas supaya adunan tepung boleh melekat di acuan ini.




Awas, jangan rendam keseluruhan acuan kuih ini ke dalam adunan tepung yang cair tersebut.

Ini adalah gambar kuih ros yang telah siap.







11. Kuih tiram / lidah buaya.
  • Bahan utama ialah tepung gandum, margerin, gula dan garam sesedap rasa. Ada juga zaman sekarang yang letak pewarna.
  • Gula halus pula dijadikan sebagai salut untuk kuih neh. Maka gula hanya diperlukan sedikit sahaja dalam adunan tepung itu. Nanti double kemanisan pula.
Ini adalah kuih tiram versi moden sebab telah diwarnakan. Zaman dulu ianya warna kekuningan sahaja hasil dari kekuningan tepung yang digoreng dan bukan sebab diwarnakan. Rasa kuih ini ialah manis.






12. Kuih sepit / gapit.
  • Bahan asas sama macam kuih ros iaitu tepung gandum, gula, santan, telur, garam.
Inilah hasil kuih sepit yang cantik. Ada versi yang tidak dilipat tetapi digulung.








13. Kuih karas
  • Bahan asas ialah tepung beras dan air. Gula pula secukup rasa bergantung kepada minat masing-masing sama ada nak yang manis atau tidak. Sangat mudah dan ringkas.
Inilah dia kuih karas. Ianya sangat mudah disediakan. Boleh dijadikan snek harian.







14. Kuih batang buruk
  • Cara pembuatan kuih neh zaman dulu guna tepung gandum yang dijadikan sebagai kepingan (kulit). Tapi zaman sekarang sudah senang. Hanya gunakan kulit popia. Bahan lain ialah kacang hijau atau kacang tanah dan gula.
Yang neh rasanya adik-beradik dengan kuih putu kacang. Hanya kaedah yang berbeza. Kuih neh masih lagi menjadi kegemaran hingga hari ini.

Awas, jangan bercakap banyak semasa memakan kuih ini. Takut nanti tersembur dari mulut tuh.




15. Kuih Cakar Ayam
  • Ini adalah snek yang digemari ramai walaupun diluar waktu raya. Bahan yang boleh digunakan ialah ubi kayu, keledek atau keladi. Gula digunakan sebagai gam yang melekatkan bahan utama itu.
Inilah hasil kuih cakar ayam yang telah siap. Ia dibentuk bulat-bulat. Ada juga yang dibentuk empat segi bergantung kepada kreativiti masing-masing.








16. Kuih Kerepek
  • Kerepek adalah makanan kegemaran ramai dan sepanjang masa. Ada banyak kerepek pada masa sekarang iaitu kerepek pisang, kerepek ubi, kerepek keladi, sukun, kerepek nangka kering dan keledek.
  • Kerepek pada masa sekarang ada banyak perisa. Ada perisa kari, black paper, perisa mentega dan pelbagai lagi. Namun kegilaan manusia mencipta pelbagai perisa menyebabkan bahan kimia meracuni makanan tradisional kita. Admin tetap suka kerepek asli yang tidak ada perisa walaupun hanya ditambah gula atau garam.
Admin suka makan kerepek pisang tanduk dan pisang nipah. Pusat pemprosesan kerepek yang terbesar sudah tentulah di kampung admin iaitu Batu Pahat.








17. Kuih siput
  • Bahan untuk membuat kuih ini ialah tepung gandum, margerin, telur dan rempah ratus. Pastikan ada daun kari semasa menggoreng.
Kuih siput pada sekarang telah mengalami evolusi. Dulu kuih siput adalah kering dan tidak ada perisa. Tapi sekarang sudah ada kuih siput pedas, perisa kari dan pelbagai lagi.






18. Kuih Semperit.
  • Bahan utama ialah tepung gandum. Ada yang dicampur dengan tepung kastard dan tepung jagung. Margerin diganti dengan mentega. Telur ayam sudah semestinya diperlukan.
Kuih semperit telah mengalami evolusi yang banyak. Ia sekarang terdiri dari pelbagai bentuk dan perisa. Namun, admin tetap teringat kuih semperit perisa milo yang mak admin buat masa kecik dulu. Yang pasti untuk mendapatkan ukuran yang seragam, mak admin gunakan lidi sebagai pengukur.

Kuih semperit zaman sekarang telah menjadi pelbagai perisa. Ada perisa pandan dan diatasnya ditabur dengan pelbagai serbuk yang menambahkan lagi kecantikan kuih tersebut.

19. Kuih Tat
  • Kuih tat yang asal adalah berbentuk leper. Tepung yang digunakan ialah tepung gandum. Kuih ini memerlukan banyak bahan sampingan seperti mentega / margerin, telur, dan perisa. Jem yang biasa digunakan ialah jem nenas. Tapi sekarang sudah ada jem strawberi, anggur dan pelbagai jem lagi.
  • Tat juga telah mengalami perubahan. Sekarang tat yang popular ialah tat gulung. Warnanya juga telah berubah kepada hijau, purple dan juga pink.
Kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk membentuk bunga-bunga ditepi kuih tersebut. Ia perlu disepit dengan teliti dan perlahan-lahan.

Ketahanan kuih tat terletak pada jemnya. Maka pemilihan dan pembuatan jem sangat dititik beratkan. Jem yang tidak elok akan menjadikan kuih tat cepat ditumbuhi kulapuk.


20. Kuih sugi
  • Bahan asas kuih ini sangat ringkas iaitu tepung gandum, gula aising dan minyak sapi. Sangat mudah.
Kuih ini tahan lama dan sedap dimakan. Rasanya manis dan boleh dipelbagaikan hiasannya dengan meletakkan potongan buah ceri di atasnya. Ada juga yang letak kacang tanah dan kismis. Untuk kelihatan moden bolehlah letak butiran gula manis khas yang boleh dibeli dikedai.





21. Dodol
  • Bahan membuat dodol ialah tepung pulut, tepung beras, santan dan gula melaka.
Dodol merupakan makanan tradisi yang memerlukan tempoh pemprosesan yang sangat lama terutama aktiviti menjadikan santan kelapa menjadi pekat. Keperluan santan kelapa sangat tinggi yang dimasak dan digaul di dalam kuali besar.

Dodol pada masa sekarang juga telah dipelbagaikan dengan perisa durian, perisa pandan dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.




Demikianlah 21 jenis kuih yang admin rasa tergolong di dalam kuih muih tradisi. Secara kasar, kuih zaman dulu neh agak ringkas bahan yang diperlukan tetapi memerlukan ketelitian yang tinggi terutama dari aspek pemprosesannya. Ada kuih yang memerlukan jangka masa lama untuk menyediakan bahannya dengan dijemur terlebih dulu dan sebagainya.

Secara umum, tepung yang digunakan juga adalah tepung beras. Maklum sahajalah zaman dulu belum banyak tepung gandum dipasaran. Kreativiti timbul dengan menggunakan beras yang menjadi makanan rugi penduduk Malaysia. Zaman dulu juga tidak menggunakan mentega secara meluas di dalam masakan. Mereka kreatif menggunakan sumber dari persekitaran seperti telur ayam dan buah kelapa.