Monday, August 15, 2011

Blog Kegemaran & Menarik

Sebagai pendatang baru dalam dunia blog, ada beberapa blog yang berjaya admin temui yang menarik admin terus mengikuti perkembangan blog tersebut. Admin bukanlah kaki blog sangat sebenarnya sebab admin takder letak satu pon iklan (buat masa sekarang) kat blog neh. Blog admin bebas iklan dan ini bermakna admin takder pendapatan sampingan hasil dari blogging neh.

OK untuk tak mau melengahkan masa, admin perkenalkan 2 blog yang menarik perhatian admin. Admin sebenarnya minat sesangat dengan blog bercorak karikatur dan ada elemen kesenian. Walaupun admin bukan kaki seni, tapi admin memang suka dengan lukisan. Dulu lepas spm admin pernah ditawarkan untuk sambung study QS, tapi admin ambik AS pulak. Rugi jugak rasanya tak ambil QS. Ramai kawan admin yang ambil QS dah kaya sekarang.

OK tak mau lah buang masa. Blog yang pertama ialah blog conteng-conteng. Blog neh merupakan sebuah blog yang sarat dengan lukisan dari kertas bergam. Apa itu kertas bergam ? alah sticky note lah ! kertas yang biasanya (dulu) warna kuning dan boleh lekat tuh.

Neh antara lakaran yang ada kat blog tuh.

Admin dah tempah buku cetakan karya conteng-conteng neh untuk edisi 2. Dah sampai pun. Sekarang (pada 15 Ogos 2011) admin tengah tunggu edisi pertama buku conteng-conteng tuh. Harap akan dapat tak lama lagi.

Blog yang kedua ialah blog http://azmeerahmadshahruddin.blogspot.com/ . Admin suka blog neh sebab dalam blog neh ada juga unsur kartun yang unik. Unik sebab ada karektor tersendiri. Ada juga unsur nasihat dalam blog dia. Sesuai untuk semua golongan. Tapi yang bab unsur peribadi tuh admin tak nak sentuh lah. Semua blog ada unsur peribadi pemilik blog tuh. Bergantung kepada kita sebagai pengunjung untuk memilih yang mana baik dan yang mana buruk.

Admin suka watak kartun dalam blog http://azmeerahmadshahruddin.blogspot.com/ neh seperti entry di bawah :

http://azmeerahmadshahruddin.blogspot.com/2011/08/cik-muna-danish-dan-kainnya.html

Ada banyak lagi entry yang menarik kat blog tuh. Sesiapa yang nak lihat karya pemilik blog neh silalah terus ke blog tersebut.

No comments:

Post a Comment