Saturday, August 6, 2011

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor 2011 M / 1432 H


Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menetapkan dua kadar " Kadar Zakat Fitrah 2011 / 1432 Bagi Negeri Johor " iaitu RM5 atau RM7.50 seorang untuk tahun 2011 / 1432. Kadar ini merupakan kadar yang sama seperti tahun lepas.


Kadar fitrah bagi RM5 seorang adalah untuk umat Islam yang memakan beras gred hancur manakala mereka yang memakan beras super, maka kadar fitrahnya ialah RM7.50 seorang.

Laman web Majlis Agama Islam Negeri Johor : http://www.maij.gov.my/

Tak susah pon nak bayar zakat fitrah neh. Jalan-jalan shoping pon boleh jumpa kaunter pembayaran zakat neh. Biasa kalau aku gi kat Jusco Taman Universiti jerk. Tak ramai orang dan urusan berjalan dengan sangat lancar.

Berdasarkan info di internet, kadar mengikut negeri adalah berbeza. Berikut adalah kadar yang sempat admin cari :
KADAR ZAKAT BAGI SELURUH MALAYSIA 1432 HIJRAH / 2011 MASIHI

Sabah – RM 7.00
Sarawak – RM 6.20
Melaka – RM 6.50
Kelantan – RM 7.00
Johor – RM 5.00 / RM 7.50 – mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar
Terengganu – RM 5.00 / RM 7.00 / RM 8.00 – mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar
Kedah – RM 7.00
Perak – RM 7.00
Pahang – RM 7.00
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) – RM 7.00
Perlis – RM 6.00
Negeri Sembilan – RM 6.50
Dalil Kewajipan Berzakat

"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya" - Al-Taubah : Ayat 103

"Dirikan sembahyang dan tunaikan zakat" -
Al-Nisa : Ayat 7

"Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah (zakat/sedekah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu" -
Al-Baqarah : Ayat 267

"Ambillah sebahagian dari harta mereka sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang keji). -
At-Taubah : Ayat 103

"Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar (tanamannya) dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar dan tanaman-tanaman yang berlainan dan tidak bersamaan (rasanya) makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkan haknya (zakatnya) pada hari memetik dan menuai". -
Al-Anam : Ayat 141





No comments:

Post a Comment