Friday, August 12, 2011

JSU & Konstruk Matematik UPSR

JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) atau ada juga yang sebut sebagai JSI (Jadual Spesifikasi Item) merupakan salah satu perkara yang perlu kita ada sebelum kita membuat kertas soalan. JSU / JSI neh memang dah diajar di maktab atau IPG sekarang neh tapi ramai cikgu tak buat.

Rasa ramai yang tak tahu konstruk matematik untuk tahap UPSR tahun 6. Bagi saya, saya pun tak mahir dalam hal neh. Ada hadir kursus suatu masa dahulu (agak lama juga) tapi dalam mempraktikkan elemen dalam konstruk tuh memang agak rendah. Pengetahuan dalam hal neh agak kurang.

Untuk kertas 2 senang sikit nak ikut, tapi untuk kertas 1 yang ada 40 soalan tuh memang agak payah. Untuk tahun 6, kebiasaannya kita gunakan jer kertas soalan dari pelbagai sumber. Tak payah nak pening kepala, cuma perbanyakkan jer set soalan yang kita dapat. Tapi sejauh mana kualiti soalan tuh kita kurang ambil peduli.

Sebagai seorang guru, kita tak dapat nak elak untuk buat kertas soalan sendiri. Ramai guru ambil mudah dengan fotostat jer kertas latihan dalam buku-buku sehinggakan kekadang nama penerbit pun tak perasan, kita pon fotostat sekali.

Jadi, untuk berkongsi maklumat, saya nak kongsi lah konstruk untuk soalan matematik kertas 1 dan 2 untuk tahap UPSR tahun 6. Tapi boleh juga digunakan untuk tahun 4 dan tahun 5. Sila rujuk di bawah. Gunakanlah ia sebagai panduan untuk cikgu-cikgu membina soalan sendiri.

p/s 1 : Kotak yang dihitamkan tuh ialah tahap yang tak akan dikeluarkan.
p/s 2: Sila muat turun / download sebagai file asal (format MS Excell) untuk memudahkan penggunaan.










JSU_matematik_konstruk


1 comment: