Friday, August 5, 2011

Milo Mini Van : Suatu Promosi Yang Menipu Pengguna..?

Pada pertengahan bulan Jun 2011 yang lepas, aku secara tak sengaja telah terlihat iklan di sebuah blog yang menyatakan bahawa terdapat promosi penukaran kod bar (kebanyakkannya) dengan Milo Mini Van. Rujuk rajah disebelah neh. Iklan neh boleh kita lihat kat surat khabar online dan bercetak, iklan kat tv dan juga ada blog yang mempromosikannya.. agak menarik untuk aku sertai...



Rujuk juga borang dan syarat penyertaan kat bawah nanti...

Aku pun tersangatlah excited untuk mengumpul mini van neh. Siap buat perancangan secara teliti untuk mengumpul sebanyak mungkin mini van tuh. Macam-macam cara nak kumpul beg plastik milo tuh aku buat. Syukur, pada awal bulan Ogos, aku berjaya untuk mengumpulkan hampir 960 point yang membolehkan aku dapat hampir 36 buah van (24 saiz kecil dan 12 saiz besar). Usaha gigih tuh mendapat pertolongan dari pelbagai pihak, kekawan, anak murid, sedara mara, jiran tetangga dan pelbagai lagi.

Namun ke-excitedtan aku telah musnah gara-gara kes yang berlaku pada hari neh, 05 Ogos 2011 (Jumaat) yang merupakan hari pertama penebusan van mini milo di pusat terpilih. Ada dua lokasi yang aku target iaitu Carefour Sutera Mall dan juga Jusco Bukit Indah, JB sebab lokasi keduanya agak berhampiran.

Tepat jam 2.20 dalam keadaan cuaca agak panas, letih akibat puasa dan kelam-kabut mengejar masa aku pun pergi ke Carefour Sutera Mall. Terus aku ke kaunter Carefour. Nak tau apa jawapan yang menyebabkan aku hampir pitam?

Makcik yang jaga kaunter tuh dengan selambanya kata "mini van tuh tak tetap kat sini dik, dia macam road show Radio Era tuh... adik kena kejar van dia... mungkin sejam kat sini, sejam dua kat tempat lain"...

Huhhhhh ???? WTF - what the fish okies !!

Keadaan yang makcik Carefour kata tuh tak ada langsung dalam terma syarat penebusan yang diuar-uarkan selama neh oleh Milo !

Dengan usaha gigih aku tekadkan jugak usaha untuk ke Jusco Bukit Indah. Masa tuh dah dalam jam 3 petang. Sampai Jusco dalam jam 3.20 p.m sebab jalan yang banyak lampu trafic tuh.. Sampai Jusco plak dah ada ramai yang beratur... tertunggu-tunggu sejak jam 10 pagi. Sempat lah aku interview beberapa akak dan auntie kat situ...

"Akak dah tunggu sejak jam 10 dik..dia kata jam 1... lepas tuh jam 3... sekarang kata jam 4 pulak.."

Korang paham-paham ajer lar time-time puasa neh nak suruh akak-akak, makcik-makcik tunggu nak dapat mainan mini van tuh sampai petang tuh logik tak? Berbaloi tak?

Aku dah sound-sound kerani Jusco kat kaunter perkhidmatan pelanggan tuh.. manager tak berani turun plak tuh...hampeh...

Aku bagi masa sampai jam 4.30 p.m jerk... itu pon dah janji dia jugak untuk pastikan lori yang bawak mini van tuh sampai dalam jam 4 katanya...

So dalam jam 4.20 p.m lori sampai... korang tau tak berapa banyak dia bawak?

Hanya ada 90 unit beb... yang beratur dengan pegang nombor giliran plak ada lar dalam 30-40 orang. Masing-masing nak tebus dalam 3-4 dan juga lebih unit mini van tuh... maklum jer lar memasing dah simpan stok kod bar tuh sejak bulan Jun lagik.

Logik ke cuma ada 90 unit ? Setakat 90 unit tuh bermakna boleh habis dalam tempoh 30 minit jer kaunter penebusan dibuka. Sedangkan dalam iklan dibuka dari jam 10 a.m sampai jam 10 p.m. Kesian lar kat pengguna yang dah terpedaya, ada yang sanggup ke sana ke mari untuk cari kaunter penebusan tuh..

Had maksima setiap nama / orang ialah 4 unit sahaja....

Sekali lagik WTF untuk Nestle / Milo Malaysia... takder dalam terma syarat penebusan pon kata hanya boleh tebus 4 unit sahaja...untuk sehari.. rujuk bawah neh ...

MILO Redepmtion Form

Kalau aku yang ada stok kod bar beratus point neh terpaksa lah berhari-hari duduk depan kaunter tuh untuk tebus semuanya. Itu pon kalau ada stok lagik.. kalau takder stok ? Mampos gitu jer lar point tuh...

Aku pon beratur lar nak tebus... dalam jam 5 jugak lah aku baru selamat menebus 8 van.. sebab aku guna 2 nama.. 4 saiz besar dan 4 saiz kecik untuk van bulan Jun dan Julai. So aku balik dalam perasaan yang penuh kehampaan sebab aku patot dapat 24 van. Ya ! itulah jumlah yang patot aku dapat berdasarkan point yang aku ada... tak sampai 50% beb...



Bila balik rumah jerk (selepas singgah bazar ramadhan).. aku pon bukak facebook...tengok balik fan page Milo Malaysia... rupanya riuh satu Malaysia dah isu penebusan neh ... admin plak konon nak tenangkan suasana boleh plak bukak ruang diskusi kat fanpage neh.. satu Malaysia dah kena tipu dengan kompeni Milo @ Nestle neh... hampeh... nama jerk kompeni besar, tapi takder perancangan langsung untuk strategi pemasaran.. bukan benda besar pon, just milo mini van jerk.. perlu ke nak tipu pengguna / pelanggan dengan taktik kotor neh?

Kalau korang join fanpage Milo Malaysia tuh, ada banyak kutukan dan rungutan pelanggan.. tengok kat bawah neh.. klik untuk tumbesaran rajah tersebut..

Itu hanya sebahagian jer aduan dan luahan hati pengguna kat facebook tuh.. yang tak terluah tuh lagik ler ramai...

Apa kuasa pengguna ?

Sejak aku terdedah dengan hal ehwal pendidikan kepenggunaan sejak sekolah menengah dengan belajar subjek Kemahiran Hidup, aku rasa semangat kepenggunaan aku agak tinggi. Kesedaran tuh memang ada... lebih-lebih lagi dengan isu seperti Milo neh...

Oh ya... dalam kesakitan hati menunggu tuh aku sempat buat call ke pusat panggilan Milo iaitu 1-300-88-4881 ... talian sibuk memanjang... tak dapat call pon..

Try pulak call 103..tanya Telekom plak mintak nombor Nestle Malaysia cawangan Johor Bahru.. TM bagi nombor neh : 07-233 4500 .. cuba cuba call tapi suara yang keluar ialah "nombor yang anda dail tidak lengkap / the number u have dial is incomplete"

Aku try lagik call 103... neh dah bazir RM4 neh (untuk 2 kali call 103)... kali neh mintak nombor Nestle HQ kat KL... dia bagi 03-625 88 225..

Nak tau ape jawapannya ?

Seorang lelaki yang angkat dan memberikan reaksi menyampah ..sebab apa menyampah? Sebab dia dah bagi tahu kat TM bahawa nombor neh bukan Nestle punya tapi dia dah banyak kali menerima call dari orang ramai yang nak telefon Nestle... tapi dia bagi nombor Nestle yang betul iaitu 03-7965 6000 .. kali neh aku berjaya buat aduan ke Nestle yang betul.. terima kasih kepada lelaki yang memberi info yang betul neh. Tahniah anda seorang rakyat yang bertanggungjawab.

Nak tau tak apa alasan pihak Milo ? Klik gambar bawah neh ...

Antara alasan yang aku sekali lagi nak pitam ialah "The MILO vans are handmade and imported from overseas, as such will take time to arrive." Hahahahaha.... tergelak besar betul aku ... perut yang lapar pon boleh jadi terus kenyang disebabkan lawak neh... korang rasa dia import dari mana ? London ? Canada? ...rase made in China kot ..




OK itu kes minggu lepas. Sekarang neh (09 Ogos, 2011; Selasa) tetiba plak Milo buat pengumuman seperti berikut :

Ayat penuh mereka ialah "
We would like to thank you for your strong support as the MILO® Mini Vans Redemption programme has proved to be far more appealing than expected with an overwhelming response from the public.

Due to unexpectedly high demand, the MILO® Mini Vans are temporarily out of stock. New stocks have been ordered but they will take some time to arrive.

Because of our limited stocks, there will no longer be any in-store redemption at the participating outlets. However, we are still accepting redemption forms via post. Please mail* in your redemption form to:

MILO® Mini Vans Redemption Programme
16, Jalan SS25/35, Taman Mayang,
47301 Petaling Jaya.

If you have submitted valid redemption forms at in-store redemption booths last weekend, be rest assured that your will receive your MILO® Mini Vans once new stocks arrive.

For any query please contact us at 1800 88 3433 (Monday-Friday / 9am-5pm).

*Mail-ins accepted for

- 1950s, 1960s/1970s. 1980s and 1990s MILO® Mini Van designs until
31 August 2011 and

- 2010 and 2011 MILO® Mini Van designs until 30 Sept 2011

In order for us to attend promptly to all questions on mail-ins redemption, we have created a new discussion topic here:

http://www.facebook.com/topic.​php?topic=15326&uid=2720617781​97#!/topic.php?uid=27206177819​7&topic=15326

and as for questions on redemption outlets closure, please post your questions at:
http://www.facebook.com/MiloMa​laysia#!/topic.php?uid=2720617​78197&topic=15322
Betul-betul menguji kesabaran kerana pihak Milo telah menukar kaedah penebusan dengan begitu teruk sekali..ini sangat mengecewakan !!

Bagi aku, lebih baiklah pihak Milo Malaysia @ Nestle bagi terus alamat kilang yang buat mainan tuh kepada pengguna. Biar pengguna tempah terus dari kilang tersebut dengan membayar apa sahaja harga (yang berpatutan) dan tidak menyusahkan pihak Milo Malaysia.


Kemaskini : 21 Ogos 2011 (Ahad)
Ini berita dalam Metro. Rasa-rasa selepas baca berita di bawah dan kaitkan dengan layanan Milo / Nestle terhadap pengguna adil tak ? Neh Metro 2o Ogos.. klik sini

Untung suku ke-2 Nestle RM128j

NESTLE (Malaysia) Berhad, mencatatkan pencapaian lebih kukuh berikutan perkembangan ekonomi domestik dan serantau yang positif dan keuntungan sebelum cukainya bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2011 meningkat kepada RM127.775 juta daripada RM117.470 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pendapatan Nestle bertambah kepada RM1.155 bilion daripada RM1.051 bilion dan bagi tempoh enam bulan itu, manakala keuntungan sebelum cukainya meningkat kepada RM318.88 juta berbanding RM288.08 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu, manakala pendapatannya bertambah kepada RM2.34 bilion daripada RM2.071 bilion.

Katanya, permintaan domestik dan serantau yang lebih tinggi juga membantu syarikat itu mencatatkan keputusan kukuh. Prestasi membanggakan itu adalah hasil daripada syarikat yang sentiasa berusaha melakukan kegiatan inovasi dan pengubahsuaian bagi pelancaran produk baru dan pertumbuhan jualan.

Nestle berkata, antara produk utama yang dilancarkan pada tahun ini adalah Milo Sejuk, Nestea dan Mat Kool Split. Semuanya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna.

Selain itu, jualan eksport juga meningkat dan mencatatkan pertumbuhan dua angka dan menyumbang hampir suku daripada jumlah keseluruhan perolehan kumpulan.

Permintaan yang lebih kukuh bagi kopi larut segera dan krimer kopi mendorong pertumbuhan Nestle dan disertai pula dengan peningkatan permintaan bagi serbuk Milo dan mee Maggi. Tempoh ini juga menyaksikan peningkatan kegiatan pemasaran dan promosi dengan pelaburan dalam promosi media dan pengguna untuk memperkukuh jenama syarikat.


Kemaskini : 22 Ogos 2011 (Isnin)

Penebusan van mini Milo di pusat beli-belah dihentikan
sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Program Penebusan Van Mini Milo anjuran Nestle (M) Berhad (Nestle) di pusat beli-belah akan dihentikan berikutan masalah kekurangan stok van mini tersebut.

Nestle dalam kenyataannya memberitahu, sebaliknya syarikat tersebut akan menerima permohonan melalui perkhidmatan pos sehingga 30 September depan.

"Masalah kekurangan stok tersebut berlaku akibat sambutan hangat orang ramai terhadap program tersebut.

"Kami telah pun membuat tempahan tambahan bagi van mini tersebut namun dikhuatiri akan memakan sedikit masa untuk tiba," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, jelasnya, pihaknya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan masalah tersebut akan diselesaikan tidak lama lagi.

Untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian 1-800-88-3433 atau melayari laman web rasmi Milo di www.milo.com.my.






Apa yang aku dan yang lelain boleh buat?

Buat aduan kat Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna ?

Report kat persatuan pengguna ?

Tunggukan tindakan aku seterusnya !


10 comments:

  1. I like your comments cos Im too waited at Jusco Bukit Indah... U at least half a day, me waited for a whole day since 10am just to redeem 4mini vans. No doubt is very angry n dissapointed but when u look at FB comments, guess we r blessed, at least we still get ours compare to those who cant even got the chance to look at the vans.

    ReplyDelete
  2. Lapor je kat TV3

    ReplyDelete
  3. dalam iklan jelas tertulis 5 - 7 Ogos 2011 boleh tebus Van Milo Mini Bulan Jun & Julai.... pagi tadi pergi nak tukar kat Mydin & Giant Kuala Terengganu yg ada hanya Van Milo Mini Bulan Jun sahaja itu pun yang kecil... bila tanya staff tu cakap dia pun tak tau depa hantar yg ni tu aje... org dah kumpul lama nak tebus... sakitnya hati... huwaaaaaaa.... sah penipuan yg amat2 jahat Milo Malaysia kepada rakyat Malaysia yang support Milo dari dulu lagi.

    ReplyDelete
  4. cikgu, u r lucky actually. at least u got urs. mmg ikut t&c dorang cuma bleh redeem 4 mini van je skali tebus. redeem guna post pun. yg orang marah kat FB tu pasal ada yg dpt redeem satu troli. tu yg org mrh sgt tu. kalau u redeem kat giant plentong ari ahad, dorang bukak awal tp sehingga pkl 11, tinggal yg kecik je. yg besar, dh abes. fortunately b4 going to giant plentong, i was in JB so i redeem 80's milo mini van at The Store Kompleks Lien Hoe JB around 9.45am and only 3 customers includes me doing the redemption. so thankful.

    ReplyDelete
  5. oklah cikgu boleh tukar juga...
    saya langsung x dapat apa pun....
    nampaknya kena post lah...
    yg penting cuba...
    milo beli dah berkilo-kilo dah....
    nk buat mcm mana
    dah jadi mcm nie...
    jadikan pengalaman

    ReplyDelete
  6. Let ban all MILO and Nestle product to send out a strong message to Nestle. Next time do their homework first before any promotion.

    I believe there are ways for them to track the increase of purchase of MILO product such as the 2kg packs and base on that they should be able to get their vendors to meet the demand of the minivans. What I can't accept is that the promotion for the redemption has been on for a period of time and its ample of time for them to stock the minivans.

    If the minivans are made in China there are no reasons of producing the minivans. China are well known of producing goods in very limited time of course gotta bare with the quality.

    So bottom line is. Lets BAN MILO and Nestle and make sure their sales drop. Alternatively, we as consumer will give them (MILO and Nestle) a time frame last say within the next one month to stock-up all the minivans and re-opens all the "on the spot" redemption center for us to get our "blood and sweat" money spend to purchase the product as will as time and effort spent to collect the barcodes and proof of purchase. That is what I can think of if MILO wants to regain the consumer confidants.

    By ignoring this the are spelling for DISASTER.

    ReplyDelete
  7. baru je berangan-anagn nak g tebus...bbaloi ke bhabis duit bl produk milo kl dh mcm ni kisahnya...

    ReplyDelete
  8. Mina rasa Cikgu patut tgk promosi baru Milo ni http://www.Facebook.com/milocans , Amina ni nak tanya pandangan Cikgu sebab rasa mcm ada sesuatu yg mcm tak betul.

    Kalau Cikgu bandingkan dgn www.facebook.com/milohidupbola...

    Boleh tak tgk apa kah yg tak betul...

    ReplyDelete
  9. maaf nak tanye...cikgu nak jual koleksi nie...klu nak jual email kt deyfo636@gmail.com....seriuz sgt nk kumpul...

    ReplyDelete