Sunday, August 14, 2011

Pengurusan Headcount

HEADCOUNT

Headcount merupakan proses mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bagi murid di sekolah menengah. Definisi lain ialah "Proses mengenal pasti, merasionalkan dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya" (Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru Inovatif Negeri Kedah 2003)


MENGAPA PERLU HEADCOUNT?

  • Melihat keupayaan sedia ada setiap murid;
  • Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap;
  • Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat;
  • Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif;
  • Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru Besar, GPK, guru kelas, dan guru mata pelajaran secara sistematik;
  • Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

Definisi TOV [Take-off Value]:

Nilai Letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran

Mengenal pasti TOV berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun sebelumnya. TOV murid tahun semasa adalah melihat kepada keputusan Peperiksaan Akhir Tahun yang lepas.


Definisi ETR [Expected Targeted Result]:

Merujuk kepada sasaran keputusan terbaik pada akhir tahun nanti. Bagi murid tahun 6, ETR yang disasarkan ialah UPSR manakala bagi murid lain, ETR ialah Peperiksaan Akhir tahun yang akan mereka hadapi pada hujung tahun tersebut.


Definisi OTI[Operational Targeted Increment]:

Peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.


Definisi AR[Actual Result] / ATR [Actual Targeted Result]:

Pencapaian penilaian pembelajaran yang sebenar pada peringkat terakhir seperti keputusan Peperiksaan Awam




carta alir pelaksanaan program headcount


Bagi Setiausaha Peperiksaan atau Setiausaha Headcount, tugas pertama anda ialah perlu membuat perancangan untuk menentukan ujian yang boleh dijadikan TOV, OIT-ATR dan ETR. Contoh di bawah boleh dijadikan panduan untuk pelaksanaannya di sekolah anda:

Pelan Rancangan Pengurusan Headcount Di SK Taman Universiti 4 - 2010


Headcount boleh dilakukan melalui sistem SAPR atau boleh juga dikira secara manual. Ramai guru keliru untuk mengira secara manual. Mereka hanya menganggap headcount hanya boleh dikira melalui sistem. Maka berlakulah kes pengabaian pengurusan headcount terutama untuk subjek bukan teras seperti Pendikan Islam.

Disertakan di bawah ialah contoh headcount menggunakan MS Excell. Formula telah ditetapkan. Contoh di bawah ialah untuk 4 kali peperiksaan dalam setahun. Jika anda ada 5 atau 6 kali peperiksaan dalam setahun, formula pengiraan akan berubah.

Petak yang berwarna kuning telah diformulakan. Jika ada lebih dari / kurang dari 4 ujian, maka formula perlu diubah.

Contoh Pengiraan Headcount 1
sila muat turun dalam format MS Excell untuk memudahkan pengeditan


Satu lagi cara untuk membuat headcount (secara manual) ialah menggunakan graf prestasi diri. Lihat contoh graf di sebelah.

Graf ini membolehkan kita mengira / melihat markah sasaran. Bersasarkan rajah disebelah, TOV murid ini ialah 40 markah. ETR atau sasaran akhir murid ini ialah 80 markah.

Buat satu garisan antara titik TOV ke ETR. Kita akan dapat satu garisan.

Garisan itu bukan sembarangan garisan kerana titik-titik garisan itu adalah merupakan markah sasaran untuk ujian 1, ujian 2 dan ujian 3.

Sasaran untuk ujian 1 ialah 50 markah, manakala sasaran untuk ujian 2 ialah 60 markah dan sasaran untuk ujian 3 ialah 70 markah.

Selepas ujian dilakukan, murid atau guru akan mewarnakan markah yang murid itu dapat. Contohnya, untuk ujian 1 murid mendapat 50 markah. Maka warnakan (contoh: warna hijau) untuk ujian 1 tersebut. Untuk ujian 2, murid mendapat 54 markah. Maka dirikan graf di situ. Disini kita dapat melihat berlaku defisit di mana murid tidak mencapai sasaran untuk ujian 2 ini.

Untuk ujian 3 pula sasaran ialah 70 markah tetapi murid mendapat 76 markah. Bermakna murid telah berjaya mencapai sasaran. Jika sekolah melakukan bilangan ujian yang berbeza, graf ini perlu diubah suai supaya sesuai dengan bilangan ujian yang ada.

Anda boleh muat turun contoh graf prestasi diri murid di bawah. Sila muat turun dalam format MS Excell untuk memudahkan anda mengubah / edit nanti.


Contoh Format Graf Prestasi Diri Murid
sila muat turun dalam format MS Excell untuk memudahkan pengeditan


Lihat contoh lain : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2010/11/tov-take-off-value.html

No comments:

Post a Comment