Sunday, August 7, 2011

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2012

Permohonan ke tingkatan 1 tahun 2012 : Klik sini

Permohonan ke tingkatan 4 tahun 2012 : klik sini

SILA BACA MAKLUMAT DI BAWAH

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa permohonan secara online kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2012 akan dibuka pada 1 September sehingga 15 Oktober 2011.

Sementara menunggu permohonan untuk tahun 2012 dibuka dan sebagai panduan awal sila buat kajian dan rujukan supaya anda lebih mudah membuat keputusan nanti.

Sebagai rujukan, anda bolehlah menggunakan maklumat tahun lepas sebagai panduan awal. Saya akan masukkan info terkini selepas mendapat maklumat untuk permohonan kemasukan tahun 2012 nanti.

Senarai SBP yang ada di Malaysia adalah seperti berikut. Senarai neh adalah senarai permohonan kemasukan tahun 2011 tapi boleh dijadikan panduan untuk permohonan tahun 2012 nanti.

Sila klik "view in fullscreen" <-- butang bawah sebelah kiri sekali..

Senarai Sekolah Berasrama Penuh


Apakah yang biasanya berlaku ?

Biasanya pihak sekolah akan ditaklimatkan oleh PPD. Dalam hal ini, taklimat untuk daerah Johor Bahru akan diadakan pada 11 Ogos 2011 (Khamis). Selepas PPD memberi taklimat, maka seorang guru akan menguruskan permohonan ini untuk peringkat sekolah.

Guru yang dilantik akan memberi taklimat kepada murid.

Tindakan murid : Sila beri kerjasama untuk membekalkan semua cetakan / salinan dokumen yang diminta guru tersebut. Antara dokumen yang penting ialah sijil penyertaan dalam aktiviti kokurikulum, slip gaji ibu bapa / penjaga.

Perlu diingatkan bahawa penglibatan murid yang diambil kira ialah penglibatan murid semasa di tahun 4, 5 dan 6. Di sini murid biasanya keliru kerana hanya menyatakan penglibatan di tahun 6 sahaja. Pilih penglibatan yang terbaik sahaja iaitu peringkat yang paling tinggi pernah di capai.

Murid juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang hal ini. Sila isi borang yang diberi dengan betul dan ikhlas. Kenapa ikhlas ? Keikhlasan ialah apabila anda memohon kerana anda betul-betul minat untuk masuk ke SBP dan bukan disebabkan paksaan orang tua atau sekadar mengikut kawan.

Sila ikut arahan guru terutama mematuhi tarikh-tarikh penting supaya proses dapat dilakukan dengan lancar. Berdasarkan tahun lepas, permohonan sebenarnya boleh dilakukan sendiri oleh ibu bapa / penjaga dirumah tanpa perlu menunggu guru. Tapi untuk tahun neh (permohonan kemasukan 2012) belum pasti lagi.

Maka sebagai persiapan awal, kumpullah dokumen terutama sijil penyertaan & slip gaji ibu bapa / penjaga mulai sekarang. Contoh borang permohonan tahun lepas ada di sini:

Borang di bawah neh hanya sebagai panduan dan bukan sebagai borang permohonan sebenar untuk tahun ini !


Format Borang Sst1 (Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh)


Soalan Lazim Berkaitan Permohonan ke SBP

Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai permohonan ke SBP yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia :


1. Apakah kriteria pemilihan murid ke SBP?
Pemilihan murid SBP adalah berasaskan kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid mestilah warganegara Malaysia, murid daripada Sekolah Kebangsaan sahaja, memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemilihan juga berasaskan kepada pendapatan seisi keluarga dan diberikan keutamaan kepada murid luar bandar berbanding murid bandar dengan nisbah 70% : 30%.

2. Bila keputusan pemilihan murid tingkatan satu ke SBP akan diumumkan?
Keputusan ke SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan dan keputusan akan dimaklumkan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Bagaimana untuk membuat rayuan, sekiranya gagal atau tidak pernah memohon secara online?
Rayuan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan. Sekiranya murid tidak memohon secara online sebelum ini, mereka juga perlu membuat rayuan secara online.

4. Bagaimana sekiranya ibubapa/penjaga ingin menyerahkan surat/dokumen mengenai permohonan ke SBP?
Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.

5. Mengapa anak saya tidak dipanggil untuk proses temuduga di SBP?
Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan. Pemilihan oleh pengetua pula lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Sekiranya anak tuan tidak dipanggil untuk temuduga, murid tersebut masih berpeluang ke SBP berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 80% tanpa temuduga.




OK ~ KEMASKINI TERKINI SEHINGGA 11 OGOS 2011

Berikut adalah dokumen rujukan / bahan taklimat yang telah diedarkan oleh ppd semasa taklimat Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2012:



~ KEMASKINI ~

3A 2B layak ke asrama penuh


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 26 Ogos 2011 – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan syarat kemasukan baru untuk murid miskin dan luar bandar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan 2012.

Kata Timbalan Perdana Menteri, bagi murid daripada keluarga miskin, kelayakan minimum untuk ke SBP di bawah syarat kemasukan baru itu adalah 3A 2B.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, bagi murid dari luar bandar pula, kelayakan minimum untuk ke SBP di bawah syarat kemasukan baru itu adalah 4A 1B.

‘‘Sehubungan dengan itu, murid daripada keluarga miskin dan murid dari luar bandar yang memperoleh keputusan seperti yang disebut akan diberi pertimbangan untuk kemasukan ke SBP.

‘‘Syarat kemasukan ini efektif untuk kemasukan ke SBP bagi tahun 2012,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhyiddin menambah, Kementerian Pelajaran menyedari ramai murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar.

Malah katanya, ada juga antara mereka yang tidak dapat menumpukan pada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.

‘‘Kementerian Pelajaran juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pengetahuan am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu,” katanya.

Justeru kata Muhyiddin, perubahan syarat kemasukan kepada golongan murid itu diyakini akan membantu murid tersebut mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.

Matlamat utama tambah beliau, supaya murid-murid itu mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu merubah taraf hidup.

No comments:

Post a Comment