Tuesday, August 16, 2011

Permohonan Online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2012


Sesiapa yang merancang untuk melanjutkan pengajian keperingkat master / PHD silalah memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa.

Untuk yang berjaya mendapat tempat HLP, maka guru yang berjaya akan mendapat cuti belajar bergaji penuh + biasiswa. Bantuan biasiswa bermaksud semua yuran pengajian di universiti ditanggung sepenuhnya oleh KPM. Anda juga akan dibayar elaun-elaun tertentu yang boleh dikatakan agak lumayan.

Namun bagi mereka yang berjaya mendapat tempat untuk cuti bergaji penuh tanpa biasiswa, anda hanya akan bercuti dari bekerja di sekolah / IPG dan sebagainya, tetapi semua yuran pengajian perlu ditanggung sendiri.

Sila ke laman web berikut untuk memohon:




Hlp 01 Pengenalan Program


Hlp 02 Tatacara & Panduan Permohonan


hlp-03-syarat permohonan


Hlp-04-Panduan Menulis Kertas Cadangan



Kat blog neh tak der senarai bidang yang ditawarkan. Sila terus ke laman web KPM tersebut.


Jika anda mahukan coretan pengalaman seorang yang pernah menghadiri temuduga HLP ini (tetapi tidak berjaya), sila klik sini : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2011/04/post-mortem-suatu-misi-yang-gagal.html

Satu perbezaan ketara untuk permohonan tahun neh ialah adanya Panduan Menulis Kertas Cadangan. Pada tahun-tahun lepas, pemohon perlu menyediakan sendiri kertas cadangan tersebut mengikut citarasa sendiri.

Bagi mereka yang mempunyai cita-cita, nasihat saya ialah cubalah memohon peluang yang ada ini. Bukan mudah untuk mendapat pengalaman. Sama ada berjaya atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting ialah pengalaman menempuh sendiri sesi temuduga itu. Jika ada rezeki, maka berjayalah anda bergelar mahasiswa sekali lagi.

Disamping itu, jika anda mahu sambung belajar, sila pertimbangkan pekeliling berikut yang mempunyai kaitan dengan tahap pendidikan anda iaitu master dan juga PHD.


Antara Pekeliling tersebut ialah :

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 8 TAHUN 2007 : PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN IJAZAH SARJANA DAN/ATAU Ph.D BAGI MAKSUD LANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 : KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH, CUTI SEPARUH GAJI DAN CUTI TANPA GAJI

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2009 : PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN IJAZAH SARJANA DAN/ATAU IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (Ph.D) BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2010 : PINDAAN KEPADA LAMPIRAN A – SENARAI SKIM – SKIM PERKHIDMATAN YANG MEMPERUNTUK SYARAT LANTIKAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA DAN/ATAU IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (Ph.D)

Surat edaran : Kelayakan Pemberian Bantuan Sara Hidup Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mengikuti Kursus / Cuti Belajar Jangka Panjang.

Untuk mendapatkan salinan soft copy pekeliling tersebut, sila ke ruangan ini : sila klik :

http://cikgushamsudin.blogspot.com/2011/08/pekeliling-yang-berkaitan-dengan-cuti.html



4 comments:

  1. Salam cikgu..
    sekadar ingin tahu, masa mohon HLP ini perlu lampirkan kertas cadangan sekali ataupun masa temuduga baru dibawa kertas cadangan tersebut??

    ReplyDelete
  2. kertas cadangan perlu disediakan dan dihantar bersama borang permohonan.

    ReplyDelete
  3. Assalam cikgu..kat mana kita blh tau, IPT yang menyediakan kursus yg hendak dipilih ?

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu...seronok baca cerita cikgu..Terima kasih kerana berkongsi pengalaman tersebut..saya nak bertanya:-
    1) macam mana nak buat kertas cadangan tu ek? kalau dapat cikgu kongsikan format yang cikgu pernah buat dulu bole tak emailkan (rasinahm82@yahoo.com) kalau tak keberatan la... :)
    2) Masa interview tu ramai ke yang dapat?seram pulak saya dengar citer cikgu...dah lama tak kene interview..
    Ada tips2 untuk pelajar Sarjana?Kertas kerja kena detail jugak ke mcm PHD?

    TERIMA KASIH CIKGU :)

    ReplyDelete