Monday, August 22, 2011

Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Lebih Mudah Dengan PORTAL SISTEM PINJAMAN PERUMAHAN BERSEPADU (SPPB)

Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam merupakan kemudahan yang amat dinantikan oleh kakitangan awam terutama untuk pembeli rumah kali pertama. Ini kerana kadar faedah atau kadar keuntungan yang diambil oleh kerajaan adalah sangat rendah iaitu hanya 4 % dan ini merupakan kadar yang jauh lebih murah berbanding kadar yang diberi oleh pihak bank / institusi kewangan kepada kakitangan awam.

Berdasarkan pengalaman admin sendiri membeli rumah, bayaran ansuran sebanyak lebih kurang RM914 sebulan (pinjaman kerajaan) adalah berbaloi berbanding dengan bayaran RM1400 sebulan (pinjaman bank) untuk rumah dan harga pinjaman yang sama.

Kalau dulu semua permohonan adalah secara atas kertas, tetapi zaman telah berubah. Permohonan pinjaman boleh dipohon secara dalam talian. Pengalaman admin yang menggunakan permohonan secara atas kertas pon agak mudah dan berjalan lancar kerana hanya mengambil masa kurang 2 minggu untuk mendapat surat kelulusan. Itu zaman tahun 2006. Sekarang zaman 2011, permohonan dah guna online dan dikatakan permohonan boleh diluluskan dalam tempoh kurang 24 jam.

Link ke laman web tersebut ialah seperti berikut :


Laman web rasmi Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia :



Laman web Borang Permohonan Atas Talian : (pinjaman harta kali pertama)

https://sppb.treasury.gov.my/


Laman web Borang Permohonan Atas Talian : (pinjaman harta kali kedua)



Nasihat admin kepada kakitangan awam yang masih muda tuh, belilah rumah pada masa sekarang sebab harganya akan makin bertambah mahal pada masa akan datang sedangkan jumlah had pinjaman kakitangan awam agak susah hendak bertambah seiring dengan kenaikan harga rumah yang ada tersebut.


Baca berita pelancaran SPPB di sini :

Berita Semasa Pelancaran SPPB


Kadar kelayakan pinjaman kakitangan awam adalah seperti berikut :


Kelayakan Pinjaman Kakitangan Awam


Admin lihat kadar pinjaman neh dah naik !! Yesss... dah naik... ada harapan la nak duduk rumah yang lagi besar lepas neh... Alhamdulillah... syukur...

Untuk buat pinjaman neh jangan terburu-buru tanpa membuat penyelidikan. Rujuk laman web Perbendaharaan tuh. Kat situ ada banyak maklumat yang sangat berguna. Anda boleh klik sini.




3 comments:

  1. kemudahan pinjaman perumahan kerajaan adalah yang terbaik dan termurah di pasaran. sangat rugi jika anda tidak gunakan jika telah layak...

    ReplyDelete
  2. apa perlu saya buat untuk beli rumah jika saya layak..?

    ReplyDelete
  3. hubungi pemaju.. ada sesetengah pemaju uruskan semuanya.. sangat mudah..

    ReplyDelete