Saturday, August 13, 2011

Saya Lahir di Bulan Puasa !

Dah lama sebenarnya admin tahu tarikh lahir admin jatuh masa bulan puasa. Bukan mak yang bagi tau kat admin, tapi admin tukar guna sistem penukaran tarikh ke tahun Hijrah. Masa tuh admin tukar sendiri secara manual. Ada kat dalam sebuah buku. Dah tak ingat buku mana tapi memang ingat lagi masa tuh ada terbaca dalam buku dan terus tukar...

Bersempena dengan kedatangan 1 Ramadhan 1432 yang juga jatuh pada 1 Ogos 2011, admin nak kongsilah tarikh lahir admin. Tarikh lahir dalam sijil lahir tercatat 21 Ogos, tapi untuk tahun Hijrah ialah 17 Ramadhan. Tapikan bila admin semak balik dekat satu laman web neh, tarikh tuh dah jadi pulak 16 Ramadhan. Ada lagi satu laman web tuh pulak masih lagi sama dengan 17 Ramadhan.

Tak kesahlah tarikh lahir admin jatuh kat mana sekali pun. Bukan nak sambut pun. Lagi pun sekarang tengah puasa. Jadi kalau nak sambut kena tunggu waktu buka atau sahur. hehe.. ada ke orang sambut birthday masa sahur ?

Sistem yang admin gunakan kali neh ialah sistem yang neh http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp dengan sistem yang neh pulak http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar













No comments:

Post a Comment