Saturday, August 13, 2011

Selamat Hari Kidal Sedunia : 13 Ogos !

Setiap tahun, 10,000 orang dilaporkan mengalami kecederaan kerana kidal - tetapi menggunakan peralatan orang kanan. Orang kidal selalunya dihina dan dikritik - dan mengalami tekanan emosi terutama semasa di tadika. Orang kidal pada zaman Gelap dilabel sebagai ahli sihir - wajib dibunuh. Di negara-negara Islam, tangan kiri dianggap sebagai jijik dan hanya digunakan untuk mencuci najis. Tangan kiri juga selalu diassosiasikan dengan kejahatan - contohnya pernah diceritakan kepada saya, bila di alam Akhirat nanti, buku amalan akan diberi - jika terima tangan kiri maka nerakalah tempatnya.

Dalam bahasa Itali sinestro bermaksud kiri - datang dari perkataan sinister. Dalam bahasa Inggeris - left - selain dari kiri, bermaksudnya adalah ditinggalkan. Sedangkan right - adalah benar selain kanan. Soalnya, kenapa hina sangat tangan kiri ni?




The Left Handed documentary - Part 1



The Left Handed documentary - Part 2



psssttt !! admin tak sempat nak tengok secara teliti video dokumentari kat atas tuh... kalo ada yang tak kena tolong bagi tahu ek...

Di Malaysia ada juga kedai untuk golongan kidal neh. Pencarian di internet terjumpa satu blog khas untuk menjual barangan kidal neh. Klik kat bawah neh :

http://lefthandedmalaysia.blogspot.com/

Ada juga group kidal kat facebook. Klik kat bawah neh pulak :

https://www.facebook.com/group.php?gid=98341401477&v=wall

Laman web rasmi untuk sambutan Hari Kidal pulak korang boleh klik kat sini :




komen : Lawatan ke blog dan laman web di atas sungguh menarik sebab tak pernah pulak admin terfikir bahawa terdapat barangan khas untuk keperluan golongan kidal neh. Apa pun admin rasa golongan kidal bukan golongan cacat atau kurang upaya tetapi perbezaan tersebut hanyalah perbezaan biasa yang tidak perlu didiskriminasikan oleh sesiapa pun. Kita manusia adalah sama sahaja, yang membezakan antara kita ialah keimanan.

No comments:

Post a Comment