Tuesday, August 9, 2011

Tema Hari Kemerdekaan ke 54 Tahun 2011 & Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan yang biasanya kita sambut pada 31 Ogos setiap tahun akan kita sambut pula secara rasmi pada 16 September 2011. Ini bermakna sambutan Hari Kemerdekaan akan kita sambut bersamaan dengan Hari Malaysia (16 September). Ini merupakan satu sejarah yang julung kaliny atercipta di negara kita.

Sambutan diadakan lewat sedikit kerana umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan Ogos tersebut.

Bagi murid tahun 6 yang menghadapi peperiksaan UPSR, bolehlah mereka sambut dengan girangnya sebab mereka baru sahaja selesai menghadapi ujian UPSR pada 15 September. (UPSR pada 13, 14 & 15 September)

Lokasi sambutan rasmi peringkat kebangsaan dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka.

Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 ialah :


Untuk lagu tema sambutan kemerdekaan ke 54 neh, admin tak jumpa lagi. Tapi admin rasa mungkin sambutan akan menggunakan lagu 1 Malaysia seperti tahun lepas kot. Lagu tema 1 Malaysia ada kat bawah neh:





Lirik Lagu 1 Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha





Sambutan bulan Kemerdekaan yang biasanya diadakan bermula pertengahan bulan Ogos kali ini agak hambar kerana kita lebih mengutamakan ibadah berpuasa. Tiada aktiviti luar yang dijalankan sepanjang bulan Ogos.

Admin ingin berkongsi sebuah lagu yang admin suka mendengarnya selepas beberapa kali mendengar lagu ini di televisen.





video

Kemegahan Negaraku

Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya gagah perkasa
Kedaulatanmu ibu pertiwi

Malaysiaku maha perkasa
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia raya
Negaraku yang kucintai

1 comment:

  1. selamat menyambut hari kemerdekaan :)
    http://adf.ly/2NlEa

    ReplyDelete