Thursday, August 11, 2011

Tutorial : Cara Membuat Sijil Dengan Mudah (MS Word 2003)

~ sijil disebelah sekadar hiasan sahaja ~

Korang pernah ditugaskan untuk buat sijil tak?

Kalau jawapannya ialah 'pernah', maka korang mesti akan mengeluh. Mengeluh bukan apa, tapi sebab korang kena taip satu persatu nama murid atau nama peserta tuh kan.

Penat tuh memang la penat tapi dah memang menjadi tugas dan tanggungjawab, jadi nak buat macam mane kan... terimalah dengan seadanya dan seikhlas mungkin.

Maka akan bermulalah sesi menaip dari pagi bawa ke petang dan kemudian membawa ke malam untuk menyiapkan sijil-sijil yang menimbun tuh.

OK sekarang korang jangan panik. Sebab apa jangan panik ?

Sebab aku nak tolong korang. Ya ! aku nak tolong korang buat sijil dengan pantas dan laju. Selaju superman buat sijil !.. Tak percaya ? Korang study cara & teknik yang aku perturunkan neh.. harap korang boleh paham dengan mudah step-step yang aku sertakan tuh.

Tapi, sebelum tuh korang mestilah ada senarai nama dalam bentuk MS Excell. Penggunaan MS Excell neh adalah untuk memudahkan korang mengimport senarai nama tuh. Untuk pengetahuan, senarai nama dalam bentuk MS Excell boleh korang dapati dari sistem SAPR. Eksport jer beb... Rasa dari sistem SMM pon boleh jugak copy + paste nama ke MS Excell.

OK jangan lengah-lengah lagik... baca dokumen kat bawah neh.

Macam biasalah...sila klik "view in fullscreen" <-- butang bawah sebelah kiri sekali..untuk penglihatan yang lebih baik..



p/s : sila sebarkan maklumat ini jika anda merasakan ianya berfaedah.

Untuk versi MS Office 2007, sila klik di sini.

3 comments:

  1. Terima kasih diatas perkongsian ilmu yang amat berguna ini, izinkan saya untuk berkongsi ilmu ini dengan rakan2 yang lain.

    ReplyDelete
  2. saya nak buat sijil divloma...sape yg blh tolong saya.saya orang indonesia.pengalaman 14 thn.di bidang cnc mesin .

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang berguna. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete