Wednesday, August 10, 2011

Tutorial : Cara Menyorok Nombor Telefon Anda di Facebook

Ramai yang ada facebook.Tapi tak ramai yang tau nak setting hal-hal peribadi diri sendiri kat facebook. Mungkin kononnya maklumat tuh tak peribadi bagi diri mereka dan maklumat tuh terdedah begitu saja. Mungkin korang tak sedar. Sekarang tanggungjawab aku nak sedarkan korang. Tapi kalau nasihat neh korang tak pedulikan, maka aku tak kesah pon sebab korang sendiri yang mungkin akan menghadapi masalahnya dan bukan aku.

Neh pasal nombor telefon korang la kat facebook. Ramai yang masukkan semua maklumat diri sendiri dalam facebook. Mungkin korang tak perasan yang korang dah masukkan nombor telefon tuh dan semua kekawan korang termasuk kekawan yang tak kenal (mungkin) boleh tahu nombor telefon korang tuh.. tengok kat sini..

1. Tengok kat Friends. Lihat rajah bawah neh. Then klik kat Friends tuh.


2. Klik kat Manage Friend List plak.


3. Klik kat Contacts.


4. Korang akan dapati terdapat list nombor telefon kekawan korang yang ada dalam facebook korang tuh. Huh... sekarang baru korang tau ek ? Ada ramai kekawan yang tak sorok bende neh.. dan silap-silap korang sendiri pon tak sorokkan bende neh... nak cakap orang plak... diri sendiri tuh macam mana ?


Ok Ok jangan panik ! Sekarang korang boleh settingkan balik supaya nombor neh tak dapat dilihat oleh orang lain. Ikut langkah neh...

1. Korang pergi kat Account Setting. Klik Privacy Preferences.


2. Korang klik kat Customize setting pulak.


3. Pergi tengok kat bawah sekali tuh.. edit Contact Information. Setkan supaya semua maklumat korang berada dalam mode "Only Me".


Harap tutorial neh membantu korang supaya terselamat dari gangguan yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Tapi kalau korang sendiri nak expose ...so aku takder kesah pon..

Untuk memudahkan hidop, terus tak payah letak nombor telefon kat facebook neh.. hehe..

No comments:

Post a Comment