Monday, September 26, 2011

Gala Kokurikulum 2011 : Jadual Perlawanan & Keputusan Liga Permainan 1M 1S

Setakat tarikh dan masa akhir pendaftaran ditutup pada jam 12 tengah hari pada 26 September 2011, terdapat 61 borang penyertaan telah diterima. Nama kumpulan dan jenis pertandingan yang disertai ialah seperti berikut:


Penyertaan Aktiviti Gala Kokurikulum 2011 (Nama Kumpulan)



Jadual Perlawanan Untuk Aktiviti 1M 1S Gala Kokurikulum


Jadual Pertandingan Gala Kokurikulum 1M 1S Tahun 2011


Jadual Perlawanan dan Keputusan Untuk Acara Murid Lelaki:





Jadual Perlawanan dan Keputusan Untuk Acara Murid Perempuan:

JADUAL PERLAWANAN & KEPUTUSAN (PEREMPUAN)

Friday, September 9, 2011

Tafsir Mimpi

Korang pernah bermimpi ? Mimpi kemalangan? Mimpi dapat duit banyak? Ada banyak mimpi sebenarnya.. mari kita fahami erti 'mimpi'..

Setiap mimpi sebenarnya ada makna. Cuma kita sebagai manusia biasa mungkin tidak dikurniakan dengan kebolehan untuk mentafsir mimpi secara sepenuhnya. Mimpi juga dikatakan sebagai mainan syaitan. Mempercayai mimpi sepenuhnya juga tidak elok kerana ia akan mengganggu emosi kita selepas itu.




hakikat mimpi


Tafsir Mimpi Tentang Diri Sendiri

Ujian Aptitud Murid Tahun 6, UPSR

Ramai yang dah tahu format ujian UPSR untuk 5 kertas ujian iaitu BM Pemahaman, BM Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Mulai tahun 2009 pula, ada satu kertas ujian baru iaitu Ujian Aptitud. Ujian ini dijalankan pada hari terakhir ujian UPSR iaitu biasanya diadakan pada hari Khamis. Ujian ini dijalankan pada sebelah petang bermula sekitar jam 2 petang hingga jam 3.30 petang (rujuk jadual peperiksaan UPSR sebenar untuk mengetahui jadual sebenar).

Disebabkan ujian aptitud neh merupakan kertas soalan tertutup dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan peperiksaan, maka tidak ramai yang tahu bentuk soalan ujian neh. Masing-masing tertanya-tanya bentuk soalan.

Masa zaman admin bersekolah rendah dulu (sekitar tahun 1985-1990) ada ujian seperti ini dijalankan tapi selepas itu dihentikan. Mulai tahun 2009 pula, ujian ini diadakan semula. Admin tak tahu apa motif ujian ini diadakan mahupun ditiadakan suatu masa dahulu. Masa admin ambik ujian neh zaman dulu (1990), kertas soalan dicetak menggunakan dakwat berwarna biru dan agak sukar untuk dibaca. Kononnya supaya kertas soalan tidak dapat difotostat kot.


~ Dua contoh soalan Ujian Aptitud ~



Di sini admin sertakan beberapa dokumen yang boleh digunakan sebagai panduan untuk warga pendidik meramal atau melatih murid menjawab soalan ujian aptitud. Jika anda pernah menjawab soalan Permata Pintar, maka soalan Ujian Aptitud adalah seperti ujian permata pintar tersebut..


Surat Lembaga Peperiksaan Malaysia


Power Point Ujian Aptitud Lpm


Ujian Kebolehan Page 12-65


Ujian Motivasi Page 112-125


Ujian Personaliti Page 80-89


Admin akan cuba upload contoh keputusan Ujian Aptitud. Keputusan ujian ini tidak dicetak dislip keputusan upsr (setakat ini lah - tahun 2011).. keputusan hanya ada dinyatakan dilembaran keputusan simpanan sekolah sahaja. Ibu bapa yang mahu melihat keputusan ujian aptitud anak mereka perlu merujuk ke pejabat sekolah. Ibu bapa ada hak untuk melihat keputusan anak mereka.


KEMASKINI :

Selepas pengumuman keputusan UPSR 2011, admin snap gambar keputusan untuk ujian aptitude neh. Lihat gambar di bawah.

Photobucket

Band 4 adalah terbaik.



Berikut adalah teks ucapan pengumuman upsr 2011 peringkat kebangsaan.


Sunday, September 4, 2011

Isu : Guru Buat Kerja Luar

Kaji jumlah guru buat kerja luar

Utusan Malaysia; KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kajian perlu dilakukan untuk memastikan jumlah sebenar guru yang terlibat membuat kerja luar supaya sistem pendidikan negara tidak terjejas.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai perkara itu, tetapi tiada statistik sebenar dan berharap bilangan guru yang terlibat tidak ramai.

“Kajian harus dilaksanakan bagi mengetahui kenapa dan mengapa guru-guru tersebut perlu membuat kerja luar sedangkan mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak bangsa.

“Sekiranya guru mahu mencari pendapatan lain sekali pun, mereka perlu patuh kepada etika dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai fenomena guru membuat kerja luar boleh mengganggu dasar pendidikan negara.

Sementara itu tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, pihak sekolah perlu menggariskan sasaran yang harus dicapai oleh guru-guru bagi memastikan mereka sentiasa menjalankan amanah mendidik dengan baik.

“Penilaian terhadap guru harus dibuat untuk melihat prestasi mereka ketika mengajar murid di kelas.

“Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan perbuatan guru membuat kerja luar kerana mereka sepatutnya menggunakan masa selepas waktu persekolahan dengan menyediakan bahan mengajar untuk hari esok pula,” katanya.

Dalam pada itu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, bilangan guru yang melakukan tugas luar seperti mengajar di kelas tambahan dan menjadi ejen insurans adalah sedikit dan ia masih terkawal.

“Memang ada segelintir guru yang melakukan tugas luar tetapi mereka akan pastikan tanggungjawab di sekolah selesai terlebih dahulu,” katanya.



Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu kaji

Utusan Malaysia; KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kementerian Pelajaran perlu melakukan pemantauan yang menyeluruh berhubung fenomena guru membuat kerja ‘luar’ kerana ia boleh mengganggu dasar pendidikan negara.

Sambil menyifatkan fenomena itu semakin serius kebelakangan ini, Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.

‘‘Pihak persatuan guru juga pasti akan menafikannya tetapi cubalah bertanyakan kepada ibu bapa kerana sebahagian besar daripada rungutan mengenai perkara ini datangnya daripada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Anuar, antara kerja luar yang sinonim dengan guru adalah mengajar di kelas tuisyen berbayar, terlibat dengan perniagaan skim piramid (MLM), menjadi ejen insurans serta pelbagai produk seperti pakaian, aksesori perhiasan dan barangan kecantikan.

Katanya, disebabkan komitmen pemikiran, masa dan tenaga lebih terarah kepada kerja luar, ada guru yang mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

‘‘Akibatnya guru-guru ini secara fizikalnya akan menjadi letih dan tiada masa untuk membuat persediaan pengajaran.

‘‘Tidak hairan selepas 13 tahun anak-anak kita di sekolah rendah, namun masih belum berkeupayaan untuk menulis walau hanya sebaris ayat bahasa Inggeris dengan lengkap,” katanya.

Apa yang membimbangkan, kata Anuar, disebabkan sistem pendidikan negara tidak membenarkan ulangan kelas, pelajar yang gagal menguasai pelajaran juga akan tetap mengikuti kenaikan kelas.

Ditanya adakah faktor gaji menjadi penyebab utama, Anuar berkata, skim gaji guru ketika ini sebenarnya masih boleh memenuhi semua keperluan hidup dengan baik dan berkualiti.

‘‘Tetapi ada guru yang masih belum berpuas hati bila membandingkan pendapatannya dengan eksekutif di sektor korporat yang berpendapatan berlipat kali ganda.

‘‘Apa yang lebih diperlukan ialah memastikan setiap guru benar-benar memahami tanggungjawab mereka,” katanya