Friday, September 9, 2011

Ujian Aptitud Murid Tahun 6, UPSR

Ramai yang dah tahu format ujian UPSR untuk 5 kertas ujian iaitu BM Pemahaman, BM Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Mulai tahun 2009 pula, ada satu kertas ujian baru iaitu Ujian Aptitud. Ujian ini dijalankan pada hari terakhir ujian UPSR iaitu biasanya diadakan pada hari Khamis. Ujian ini dijalankan pada sebelah petang bermula sekitar jam 2 petang hingga jam 3.30 petang (rujuk jadual peperiksaan UPSR sebenar untuk mengetahui jadual sebenar).

Disebabkan ujian aptitud neh merupakan kertas soalan tertutup dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan peperiksaan, maka tidak ramai yang tahu bentuk soalan ujian neh. Masing-masing tertanya-tanya bentuk soalan.

Masa zaman admin bersekolah rendah dulu (sekitar tahun 1985-1990) ada ujian seperti ini dijalankan tapi selepas itu dihentikan. Mulai tahun 2009 pula, ujian ini diadakan semula. Admin tak tahu apa motif ujian ini diadakan mahupun ditiadakan suatu masa dahulu. Masa admin ambik ujian neh zaman dulu (1990), kertas soalan dicetak menggunakan dakwat berwarna biru dan agak sukar untuk dibaca. Kononnya supaya kertas soalan tidak dapat difotostat kot.


~ Dua contoh soalan Ujian Aptitud ~



Di sini admin sertakan beberapa dokumen yang boleh digunakan sebagai panduan untuk warga pendidik meramal atau melatih murid menjawab soalan ujian aptitud. Jika anda pernah menjawab soalan Permata Pintar, maka soalan Ujian Aptitud adalah seperti ujian permata pintar tersebut..


Surat Lembaga Peperiksaan Malaysia


Power Point Ujian Aptitud Lpm


Ujian Kebolehan Page 12-65


Ujian Motivasi Page 112-125


Ujian Personaliti Page 80-89


Admin akan cuba upload contoh keputusan Ujian Aptitud. Keputusan ujian ini tidak dicetak dislip keputusan upsr (setakat ini lah - tahun 2011).. keputusan hanya ada dinyatakan dilembaran keputusan simpanan sekolah sahaja. Ibu bapa yang mahu melihat keputusan ujian aptitud anak mereka perlu merujuk ke pejabat sekolah. Ibu bapa ada hak untuk melihat keputusan anak mereka.


KEMASKINI :

Selepas pengumuman keputusan UPSR 2011, admin snap gambar keputusan untuk ujian aptitude neh. Lihat gambar di bawah.

Photobucket

Band 4 adalah terbaik.



Berikut adalah teks ucapan pengumuman upsr 2011 peringkat kebangsaan.


12 comments:

  1. wah....susah jugak soalan aptitude ni .....saya saje je bukak blog ni course anak sedara nak upsr die tanye pasal soalan aptitude .....

    ReplyDelete
  2. cikgu-cikgu kat sekolah pon tak dapat nak beri gambaran yang sebenar kepada anak murid sebab kertas soalan ujian aptitud neh tak pernah diberi kepada guru... jadi cikgu-cikgu hanya boleh bagi gambaran yang samar-samar jerk.. slide powerpoint di atas boleh memberi tips untuk murid..

    ReplyDelete
  3. betul la..agak mencabar soalan nya..tadi da try buat.cari jawapan x jumpa pulak..adehh..~hehehe..

    ReplyDelete
  4. huh....mencabar kekuatan minda....kalau admin tak keberatan, minta tolong carikan jawapan....hehe

    ReplyDelete
  5. tak boleh download ye? =(
    kena scribd premium account jer..

    ReplyDelete
  6. Salam.maaf mencelah ye cikgu.. saya setuju dgn cikgu.cikgu-cikgu hanya boleh bagi gambaran samar2 je utk ujian aptitud.Malah Ujian ni tertutup, paper ujian tak boleh dikeluarkan.

    Saya nak kongsi 1 buku ujian aptitud.Mungkin yang pertama diterbitkan di Malaysia sejak ujan ini dimulakan pada tahun 2009.

    Buku "...FIKIRLAH SENDIRI" dicipta khas utk membantu pelajar2 cekap berfikir. Ia juga boleh jadi bahan bantuan mengajar untuk guru2.

    Buku ini baru diterbitkan dlm bulan julai 2012 dari JT PUBLICATION dan sedang 'panas' dipasaran terutamanya di sekolah2 area Terengganu, sekarang mula menular ke sekolah2 seluruh Malaysia.Untuk info selebihnya saya share link ini utk semua ibu bapa pelajar & guru-guru utk sama2 'like' dan support subjek akademik ini.

    http://www.facebook.com/UjianAptitudUPSR

    Semoga pelajar2 dapat dibantu menghadapi Ujian Aptitud dengan ujian2 di dalam buku "...Fikirlah Sendiri"

    terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Nak cth soalan aptitude beli je kat kedai. Antara kedai yg jual buku ni kat pustaka rakyat. Tajuk dia, "teknik terbaik meningkatkan IQ".

    ReplyDelete
  8. Saya pernah mengambil Ujian UKM1 (Permata Pintar). Rasanya, permata pintar itu LEBIH SUSAH berbanding ujian aptitud ini. Sesiapa yang dapat memasuki permata pintar boleh menjawab soalan ini dengan mudah sahaja. (Malangnya, saya tidak dpt masuk permata pintar)

    ReplyDelete
  9. kenapa jawapan bagi soalan apititud ni x de?

    ReplyDelete
  10. terima kasih admin.
    ade yang tak percaya saye pernah amik ujian ni tahun 1990. thn 1989 ade tak ujian sebegini?

    ReplyDelete