Sunday, October 23, 2011

Mari Mengira Penggunaan Tenaga di Rumah & Pejabat Anda

Sekarang neh musim hujan. Hujan tuh air..dan air membasahkan .. hehe.. cuaca hujan menjadikan suhu rendah.. sejuk sepanjang masa. Cuaca hujan rahmat dari-Nya.. kita kenalah terima .. satu perkara bila musim hujan ialah baju / pakaian yang dibasuh akan lambat kering.. maka banyaklah aktiviti menggantung pakaian di dalam rumah. Dah bole jadi macam kedai bundle plak bila musim hujan neh tiba.

Disebabkan admin tak suka nak gantung-gantung baju, maka admin pon belilah mesin pengering pakaian .. jenama murah jer buatan China iaitu Haier.. kapasiti 5 kg.. gambar seperti disebelah (hasil google).. jaminan motor 3 tahun katanya... harga masih dalam kemampuan lar.. RM870 selepas tawar menawar dan mencari dipelbagai kedai.. ada kedai tuh bagi harga RM980.. jauh gak beza tuh.. dalam iklan Court Mammoth ada yang harga RM699 (Home Club) tapi tak berkesempatan nak ke sana...

Bila dah beli baru terfikir kos elektrik. Maklum ler kos elektrik semakin mahal.. dan orang kata kalau guna mesin pengering neh banyak 'makan' elektrik..

Jadi admin pon google ler kaedah mengira kos penggunaan alat elektrik neh.. hasilnya seperti dibawah:

Kuasa (Watt) x Jumlah Jam Digunakan sehari = Jumlah Penggunaan Kilowatt-jam (kWj) Seharian (1 kilowatt (kw) = 1,000 Watt)

Darabkannya dengan jumlah hari yang anda gunakan alat elektrik dalam setahun bagi penggunaan tahunan. Anda boleh mengira kos tahunan yang perlu untuk menggunakan alat elektrik dengan mendarabkan kWj per tahun dengan kos per penggunaan kWj.

(Perhatian: Nilai kuasa boleh didapati pada label kelengkapan bersama dengan voltan, unit bagi kuasa adalah Watt).

Nak lebih senang ikut kaedah jadual neh :

Contoh:

Alat ElektrikWatt(W)xJam per hari(j)XHari per tahun÷Tukar kepada kWjxKadarkWj (RM)=Kos per tahun(RM)
Kipas Tingkap200x4X120÷1000x0.22=21.12
Radio400x4X365÷1000x0.22=128.48
Pemanas air1200x1X365÷1000x0.22=96.36

Alat yang admin gunakan tuh 1800 w.. jadi berdasarkan anggaran penggunaan admin sebulan ialah seperti berikut:

1800 w x 3 jam x 15 hari ÷ 1000 x RM0.218 = RM17.66

Tuh anggaran untuk penggunaan 3 jam sehari untuk 15 hari dalam sebulan. Tapi realitinya bukan tiap hari nak guna pon.. hanya untuk kecemasan bila cuaca hujan jer...

Ingat yerk kos elektrik dah naik.. kalau ikot rate TNB untuk kegunaan domestik (rumah) ialah seperti berikut:

Photobucket


No comments:

Post a Comment