Saturday, November 26, 2011

Salam Awal Muharram 1433 Hijrah

Dalam kalander Islam (Hijrah), tahun baru bermula pada 1 Muharam dan bukannya 1 Januari. Kalander Islam adalah berasaskan 'bulan' dan bukan 'matahari' seperti dalam kalander Masihi. Tahun ini, 1 Muharam jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Tema sambutan Maal Hijrah 1433 Hijrah pada tahun ini ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Oh ya sebelum itu terlupa pula admin nak beritahu, bahawa sambutan 1 Muharam juga dinamakan sambutan Maal Hijrah yang bertepatan dengan sejarah hijrah Nabi dari kota Mekah ke kota Madinah.

Namun, ada pendapat yang mengatakan bulan Muharam atau Maal Hijrah ini bukan bulan di mana Nabi berhijrah. Rujuk artikel ini : "MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin".


Photobucket


Sejak admin kecik sampai sekarang, ada satu nasyid yang sinonim dengan sambutan Maal Hijrah neh. Nasyid tuh ialah seperti di bawah neh:




Bukan sahaja sambutan Maal Hijrah neh kita sambut dengan nasyid dan perarakan, tapi kita juga hendaklah membaca doa akhir tahun dan awal tahun seperti berikut:

Doa Akhir Tahun :

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin..


Doa Awal Tahun :

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."


Admin sertakan sekali doa akhir tahun dan doa awal tahun dalam bentuk lain (format jpeg).

Photobucket
Photobucket



sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html @ 26 November 2011, jam 11:00 a.m. Di laman web ini anda boleh mendapat maklumat tambahan seperti peristiwa-peristiwa penting, amalan-amalan sunat, kisah Hijrah, tentang Kaabah, nama-nama Kaabah dan 14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharam).

sumber : http://sajanakcerita.blogspot.com/2011/11/doa-awal-tahun-dan-akhir-tahun.html @ 26 November 2011, jam 11:00 a.m.

sumber : http://drmaza.com/home/?p=1297 @ 26 November 2011, jam 02:00 p.m.


Carian untuk : tema sambutan Maal Hijrah 1433 H, tema sambutan Awal Muharam 1433 H

Wednesday, November 23, 2011

Pengurusan Headcount Untuk Tahun 2012

Rujuk juga halaman ini : pengurusan-headcount dan halaman ini tov-take-off-value untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan headcount.


headcount Tahun 6 (2012)


headcount Tahun 5 (2012)


headcount Tahun 4 (2012)


headcount Tahun 3 (2012)


Headcount Tahun 2 (2012) - 4 KELAS


Headcount Tahun 2 (2012) - 3 KELAS

Saturday, November 19, 2011

Permohonan Menjalankan Kajian di Sekolah, Institusi Pendidikan, PPD, JPN dan Bahagian di bawah KPM Secara Dalam Talian

Admin tak nak taip.. cuma paparkan jer print skrin kat bawah neh:

Photobucket

Bila kita klik kat link eRAS tuh maka kita akan jumpa satu laman web begini :

(link eRAS : http://eras.moe.gov.my/eras/Index.aspx )

Photobucket


Bagi admin laman web neh sangat berguna sebab ada beberapa panduan seperti Manual Kajian Tindakan. Tapi agak mengecewakan bila manual tuh dibuka terdapat sedikit kesilapan kerana paparan rajah yang rosak (tidak terpapar dengan elok dalam format pdf / acrobat).

Bagi mereka yang suka membuat kajian laman web neh dapat membantu menambah idea terutama untuk mereka yang sedang berusaha mengejar master atau phd masing-masing. Selamat membuat kajian !

Fakta Asas Pecahan / Relations Table


Dalam mempelajari matematik, kita akan mendapat satu corak apabila kita meneliti sesuatu konsep. Dengan pemahaman yang betul dan memahami konsep asas ini, kita akan lebih mudah menjawab soalan yang akan dikemukakan sama ada dengan membuat pengiraan di atas kertas mahupun membuat pengiraan secara congak.

Berikut adalah fakta asas yang perlu murid faham dan ingat untuk memudahkan menjawab pelbagai soalan untuk upsr nanti.

Bagi admin, admin akan print secara 2 in 1 dan minta murid buat berkali-kali sebagai latih tubi.





Fail adalah dalam bentuk MS Word (Office 2007).






Tuesday, November 15, 2011

Hari Kelepasan Am Negeri Johor 2012 & Penggal Persekolahan Serta Cuti Peristiwa 2012

Berikut adalah senarai cuti umum bagi negeri Johor, Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.


Hari Kelepasan Am Untuk Negeri Johor Tahun 2012



takwim persekolahan & cuti serta cuti peristiwa bagi tahun 2012

Senarai A : Penempatan Murid Untuk Kelas Tahun 2012

Senarai A ialah senarai nama murid berdasarkan kelas pada tahun 2011 dan ditunjukkan ke mana murid tersebut akan ditempatkan pada tahun berikutnya (2012).

Senarai B ialah susunan nama murid mengikut kelas pada tahun 2012 dengan ditunjukkan kelas asal murid tersebut.

Tiada rayuan diterima untuk penempatan ini.

Rujuk juga Senarai B : Penempatan Murid Untuk Kelas Tahun 2012

Tiada rayuan dibenarkan untuk pertukaran kelas. Jika ada kesilapan, sila maklumkan kepada guru atau sila tinggalkan komen di sini.


Murid tahun 5 (2011) naik ke tahun 6 (2012)
Tahun 5 (2011)



Murid tahun 4 (2011) naik ke tahun 5 (2012)
Tahun 4 (2011)



Murid tahun 3 (2011) naik ke tahun 4 (2012)
Tahun 3 (2011)



Murid tahun 2 (2011) naik ke tahun 3 (2012)
Tahun 2 (2011)



Murid tahun 1 (2011) naik ke tahun 2 (2012)

Tahun 1 (2011)

Friday, November 11, 2011

Senarai B : Penempatan Murid Untuk Kelas Tahun 2012

Senarai A ialah senarai nama murid berdasarkan kelas pada tahun 2011 dan ditunjukkan ke mana murid tersebut akan ditempatkan pada tahun berikutnya (2012).

Senarai B ialah susunan nama murid mengikut kelas pada tahun 2012 dengan ditunjukkan kelas asal murid tersebut.

Rujuk juga Senarai A : Penempatan Murid Untuk Kelas Tahun 2012

Tiada rayuan dibenarkan untuk pertukaran kelas. Jika ada kesilapan, sila maklumkan kepada guru atau sila tinggalkan komen di sini.


Murid tahun 5 (2011) naik ke tahun 6 (2012)

Tahun 6 (2012)



Murid tahun 4 (2011) naik ke tahun 5 (2012)

Tahun 5 (2012)



Murid tahun 3 (2011) naik ke tahun 4 (2012)

Tahun 4 (2012)


Murid tahun 2 (2011) naik ke tahun 3 (2012)

Tahun 3 (2012)



Murid tahun 1 (2011) naik ke tahun 2 (2012)
Tahun 2 (2012)

Thursday, November 10, 2011

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, DALAM NEGERI DAN DALAM DAERAH JANUARI 2012

Masa bulan September 2011 yang lalu, admin ada isi egtukar (Sistem Pertukaran Guru Online) untuk pertukaran antara daerah (dalam negeri yang sama). Admin sekarang berada di bawah pentadbiran PPD Johor Bahru. Admin minta tukar ke PPD Kulai Jaya sebab sekolah sekitar kawasan perumahan admin berada di bawah PPD Kulai Jaya. Keputusan egtukar dikeluarkan (semakan secara online) pada 10 November 2011.




Photobucket




Photobucket
maaf, nama sekolah terpaksa dirahsiakan.


Berdasarkan keputusan tersebut, admin adalah dalam kategori BERJAYA tetapi sekolah mana tuh admin kenalah tunggu surat dari JPN dulu. Tapi berdasarkan pengisian borang egtukar dulu, rasanya hanya satu sekolah jer yang admin minta. Harap dapatlah sekolah yang admin mohon tuh.. Kalau tak dapat sekolah yang dipohon tuh pun tapi asalkan dalam jarak yang lebih dekat pun dikira rezeki juga..

Kepada semua murid tahun 5 yang sesetengahnya excited untuk admin ajar tahun depan (tahun 6), maka cikgu ucapkan harap maaflah sebab cikgu akan berkhidmat disekolah baru nanti... semoga kalian berjaya..

Wednesday, November 9, 2011

Hari Kanak-kanak

Latar Belakang

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).


Objektif Sambutan

Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober


Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia

di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa
semua tidak berbeza

dipersada kini
kau teguhkan kini
perpaduan, kedamaian
kami tersenyum, kami gembira
hilang duka dan derita

curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang

Yang Maha Kuasa
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman

Ada satu lagu nyanyian Aizat berjudul "erti hari ini" yang sesuai dengan sambutan hari kanak-kanak neh. Maaf sebab admin tak dapat cari lagu tema yang ada lirik di atas neh.



sumber : http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=53%3Ahari-kanak-kanak&Itemid=98&lang=ms (09 November 2011 @ 06:25 p.m)




Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Kepada Murid

Semasa pembentangan belanjawan negara pada 7 Oktober 2011 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan bahawa setiap murid yang bersekolah akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM100 setiap seorang. Ini merupakan kali pertama (setakat pengetahuan admin) bantuan sedemikian rupa diberi kepada murid sekolah. Disamping bantuan RM100 ini, kerajaan juga mengumumkan bayaran yuran persekolahan dihapuskan sepenuhnya. Ini bermakna semua murid tidak perlu membayar apa-apa yuran tetapi mendapat wang daripada pihak kerajaan - sesuatu yang menggambarkan betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia ini.

Namun, admin menasihatkan supaya semua anak murid, ibu bapa / penjaga untuk menggunakan wang tersebut dengan betul. Belikan sesuatu yang diperlukan untuk pendidikan dan bukan untuk sesuatu dalam kategori 'kehendak'. Semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa / penjaga dan menyemai minat cintakan pendidikan dikalangan anak murid.

Namun, bukan bermakna tiada bayaran perlu dibayar kerana yuran PIBG masih perlu dibayar. Jumlahnya bergantung kepada kata putus semasa mesyuarat agung PIBG.

Antara isi penting garis panduan ini ialah seperti berikut:

Photobucket

Photobucket


Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Kepada Murid


Rujuk surat siaran berikut:



Wednesday, November 2, 2011

Keputusan Peperiksaan : Peperiksaan Akhir Tahun Tahun 5 (November 2011)

Peperiksaan Akhir Tahun untuk mata pelajaran matematik kertas 2 selamat dilaksanakan pada 1 November (Selasa) dan kertas 1 pula dijalankan pada 2 November (Rabu). Agak terkilan juga kerana ada murid yang tidak hadir pada hari ke dua peperiksaan. Harap jika tidak sihat, murid tersebut dapat hadir dan berjumpa saya untuk mengambil peperiksaan ulangan dengan seberapa segera.

Berikut adalah senarai markah matematik untuk tahun 5UKM, 5USM dan 5UTM. Bagi mereka yang mencatat keputusan cemerlang diucapkan tahniah dan teruskan usaha untuk sasaran UPSR tahun 2012.

Bagi mereka yang kurang cemerlang, janganlah putus asa kerana anda masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sasaran seterusnya ialah UPSR 2012 pada tahun hadapan. Silalah perbaiki diri & kelemahan yang ada untuk memastikan kesilapan kali ini tidak berulang..








Final Exam 2011 : Year 5 (Mathematics) Paper 2

 SENARAI KANDUNGAN KOLEKSI ~ SILA KLIK DI SINI

Berikut adalah soalan kertas 2 tahun 5 untuk peperiksaan akhir tahun 2011 yang merupakan peperiksaan selaras negeri Johor..


Year 5 - Paper 2 - 2011




Biasanya soalan akhir tahun bagi tahun 5 agak mudah. Sebab itu TOV untuk tahun 6 selalu agak tinggi. Admin tunjukkan di sini ialah jawapan murid yang terbaik iaitu mendapat markah penuh.


Final Exam 2011 : Year 5 (Mathematics) Paper 1

 SENARAI KANDUNGAN KOLEKSI ~ SILA KLIK DI SINI


Berikut adalah soalan matematik tahun 5 untuk peperiksaan akhir tahun 2011 yang merupakan peperiksaan selaras negeri Johor.

Ada pembetulan untuk soalan 36. Tukarkan berat 42,000 kg menjadi 42,000 g.


Year 5 - Paper 1 - 2011


Peperiksaan kali ini agak membanggakan kerana ada murid yang dapat semua jawapan betul iaitu 40/40. Suatu kejayaan yang cemerlang. Tahniah diucapkan.

Jawapan soalan 28 ialah B. Ada pembetulan di situ kerana skema asal ialah A.