Wednesday, November 9, 2011

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Kepada Murid

Semasa pembentangan belanjawan negara pada 7 Oktober 2011 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan bahawa setiap murid yang bersekolah akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM100 setiap seorang. Ini merupakan kali pertama (setakat pengetahuan admin) bantuan sedemikian rupa diberi kepada murid sekolah. Disamping bantuan RM100 ini, kerajaan juga mengumumkan bayaran yuran persekolahan dihapuskan sepenuhnya. Ini bermakna semua murid tidak perlu membayar apa-apa yuran tetapi mendapat wang daripada pihak kerajaan - sesuatu yang menggambarkan betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia ini.

Namun, admin menasihatkan supaya semua anak murid, ibu bapa / penjaga untuk menggunakan wang tersebut dengan betul. Belikan sesuatu yang diperlukan untuk pendidikan dan bukan untuk sesuatu dalam kategori 'kehendak'. Semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa / penjaga dan menyemai minat cintakan pendidikan dikalangan anak murid.

Namun, bukan bermakna tiada bayaran perlu dibayar kerana yuran PIBG masih perlu dibayar. Jumlahnya bergantung kepada kata putus semasa mesyuarat agung PIBG.

Antara isi penting garis panduan ini ialah seperti berikut:

Photobucket

Photobucket


Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Kepada Murid


Rujuk surat siaran berikut:



No comments:

Post a Comment