Thursday, November 10, 2011

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, DALAM NEGERI DAN DALAM DAERAH JANUARI 2012

Masa bulan September 2011 yang lalu, admin ada isi egtukar (Sistem Pertukaran Guru Online) untuk pertukaran antara daerah (dalam negeri yang sama). Admin sekarang berada di bawah pentadbiran PPD Johor Bahru. Admin minta tukar ke PPD Kulai Jaya sebab sekolah sekitar kawasan perumahan admin berada di bawah PPD Kulai Jaya. Keputusan egtukar dikeluarkan (semakan secara online) pada 10 November 2011.




Photobucket




Photobucket
maaf, nama sekolah terpaksa dirahsiakan.


Berdasarkan keputusan tersebut, admin adalah dalam kategori BERJAYA tetapi sekolah mana tuh admin kenalah tunggu surat dari JPN dulu. Tapi berdasarkan pengisian borang egtukar dulu, rasanya hanya satu sekolah jer yang admin minta. Harap dapatlah sekolah yang admin mohon tuh.. Kalau tak dapat sekolah yang dipohon tuh pun tapi asalkan dalam jarak yang lebih dekat pun dikira rezeki juga..

Kepada semua murid tahun 5 yang sesetengahnya excited untuk admin ajar tahun depan (tahun 6), maka cikgu ucapkan harap maaflah sebab cikgu akan berkhidmat disekolah baru nanti... semoga kalian berjaya..

No comments:

Post a Comment