Saturday, November 26, 2011

Salam Awal Muharram 1433 Hijrah

Dalam kalander Islam (Hijrah), tahun baru bermula pada 1 Muharam dan bukannya 1 Januari. Kalander Islam adalah berasaskan 'bulan' dan bukan 'matahari' seperti dalam kalander Masihi. Tahun ini, 1 Muharam jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Tema sambutan Maal Hijrah 1433 Hijrah pada tahun ini ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Oh ya sebelum itu terlupa pula admin nak beritahu, bahawa sambutan 1 Muharam juga dinamakan sambutan Maal Hijrah yang bertepatan dengan sejarah hijrah Nabi dari kota Mekah ke kota Madinah.

Namun, ada pendapat yang mengatakan bulan Muharam atau Maal Hijrah ini bukan bulan di mana Nabi berhijrah. Rujuk artikel ini : "MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin".


Photobucket


Sejak admin kecik sampai sekarang, ada satu nasyid yang sinonim dengan sambutan Maal Hijrah neh. Nasyid tuh ialah seperti di bawah neh:




Bukan sahaja sambutan Maal Hijrah neh kita sambut dengan nasyid dan perarakan, tapi kita juga hendaklah membaca doa akhir tahun dan awal tahun seperti berikut:

Doa Akhir Tahun :

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin..


Doa Awal Tahun :

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."


Admin sertakan sekali doa akhir tahun dan doa awal tahun dalam bentuk lain (format jpeg).

Photobucket
Photobucket



sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html @ 26 November 2011, jam 11:00 a.m. Di laman web ini anda boleh mendapat maklumat tambahan seperti peristiwa-peristiwa penting, amalan-amalan sunat, kisah Hijrah, tentang Kaabah, nama-nama Kaabah dan 14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharam).

sumber : http://sajanakcerita.blogspot.com/2011/11/doa-awal-tahun-dan-akhir-tahun.html @ 26 November 2011, jam 11:00 a.m.

sumber : http://drmaza.com/home/?p=1297 @ 26 November 2011, jam 02:00 p.m.


Carian untuk : tema sambutan Maal Hijrah 1433 H, tema sambutan Awal Muharam 1433 H

No comments:

Post a Comment