Saturday, December 31, 2011

Rancangan Tahunan : Matematik Tahun 3, 2012

Sila muat turun rancangan tahunan yang mempunyai catatan minggu dan tarikhnya seperti dibawah. Jika ada kesilapan atau sebarang komen sila berikan / nyatakan diruangan komen. Anda dipersilakan / dibenarkan menyebarkan maklumat ini.

Rancangan tahunan ini masih menggunakan Bahasa Inggeris.

Rancangan tahunan ini berdasarkan takwim sekolah admin. Mungkin ada sedikit perubahan berbanding takwim sekolah masing-masing.

FORMAT ACROBAT

Rancangan Tahunan Matematik Tahun 3 - 2012 (Acrobat)


FORMAT MS EXCELL

Rancangan Tahunan Matematik Tahun 3 - 2012 (Ms Excell)








cikgu-cikgu boleh mendapatkan lebih banyak rancangan tahunan di blog ini : http://syazalina83.blogspot.com/2011/01/rancangan-pengajaran-tahunan-kbsr.html


Friday, December 30, 2011

Rancangan Tahunan Untuk KSSR Tahun 1, 2011

Admin hanya memberikan link untuk akses ke RPT tanpa memuat naik bahan tersebut ke blog admin.
Sumber : klik sini 

RANCANGAN TAHUNAN KURIKULUM STANDARD  SEKOLAH RENDAH ( KSSR )  TAHUN 1 - 2011

      01.  Rancangan  Tahunan Bahasa Melayu  (KSSR) Tahun 1
               a)  Rancangan Tahunan  Bahasa Melayu  (SK)

02.  Rancangan  Tahunan Bahasa  Inggeris  (KSSR)  Tahun 1 

03.  Rancangan  Tahunan Bahasa Cina  (KSSR) Tahun 1 

04.  Rancangan  Tahunan Bahasa Tamil  (KSSR) Tahun 1 

05.  Rancangan  Tahunan Bahasa  Arab   (KSSR)
                       a)  Rancangan  Tahunan Bahasa  Arab  
                       b)   Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab

06.  Rancangan  Tahunan  Pendidikan Islam  (KSSR) Tahun 
                  a)  Rancangan Tahunan Pendidikan Islam 

07   Rancangan  Tahunan  Pendidikan Moral   (KSSR) Tahun 1 
                   a)  Rancangan Tahunan Pendidikan Moral
                   b)  Contoh Rancangan Harian Pendidikan Moral.

08.  Rancangan Tahunan Matematik (KSSR)  Tahun 1

09.  Rancangan  Tahunan  Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran  (KSSR)

10   Rancangan  Tahunan  Pendidikan  Jasmani (KSSR) Tahun 1 

11.   Rancangan Tahunan Pendidikan  Kesihatan (KSSR)  Tahun 1 

12.   Rancangan  Tahunan Dunia Sains dan Teknologi (KSSR)  Tahun 1

13.   Rancangan Tahunan Pendidikan Muzik (KSSR) Tahun 1
                 b)   Rancangan_Pengajaran_Harian_Muzik

14.   Rancangan Tahunan Dunia  Seni Visual  (KSSR) Tahun 1


INSTRUMEN PEMANTAUAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH  (KSSR) TAHUN 1
Instrumen Pemantauan KSSR oleh Pegawai-Pegawai JPN & PPD )
                a)   Instrumen Pemantauan Tahun 1 dan Tahun 2

Ditulis oleh Tarmugi Mispami   
 Tuesday, 27 Disember 2011

Semua guru  yang mengajar   Tahun  2  pada tahun  2012  diminta merujuk Dokumen Standard , Modul Pengajaran dan Pembelajaran , Instrumen Pemantauan  dan Penilaian Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 2 . Guru-guru Tahun 2 boleh mendapatkannya dengan membuat muat turun:-
                    i)    Modul Teras Asas
                    ii)    Modul Teras Tema
                   iii)    Modul Elektif
                   iv)    Pendidikan Khas
                   v)    Buku Panduan Kreativiti
                   vi)    Instrumen Penilaian Tahun 1
                   vii)   Instrumen Penilaian Tahun 2
                    
Bahan muat turun dalam bentuk zip. 


Rancangan Tahunan : Matematik Tahun 1 dan 2 (KSSR), 2012

Admin dapat Rancangan Tahunan Matematik Tahun 1 dan 2 KSSR neh di blog.. (sori lupa url blog tuh sebab banyak sangat google sana sini).. apa-apa pun admin ucapkan terima kasih kepada beliau / mereka yang terlibat membuat RPT neh. Moga anda memperoleh keberkatan diatas perkongsian ilmu ini.

FORMAT MS WORD

RPT Matematik Tahun 2, KSSR (2012)


RPT Matematik Tahun 1, KSSR (2012)


cikgu-cikgu boleh mendapatkan lebih banyak rancangan tahunan di blog ini : http://syazalina83.blogspot.com/2011/01/rancangan-pengajaran-tahunan-kbsr.html


Wednesday, December 28, 2011

Rancangan Tahunan : Matematik Tahun 4, 2012

Sila muat turun rancangan tahunan yang mempunyai catatan minggu dan tarikhnya seperti dibawah. Jika ada kesilapan atau sebarang komen sila berikan / nyatakan diruangan komen. Anda dipersilakan / dibenarkan menyebarkan maklumat ini.

Rancangan tahunan ini menggunakan Bahasa Melayu.

Rancangan tahunan ini bukan dibuat oleh admin tetapi dibuat oleh seorang guru yang admin temui di facebook (Yati Akhuan). Terima kasih diucapkan kepada beliau. Mungkin ada sedikit perubahan berbanding takwim sekolah masing-masing.

FORMAT MS EXCELL

Rancangan Tahunan Math Tahun 4 - 2012 - Bm - Dgn Tarikh


FORMAT ACROBAT

Rancangan Tahunan Math Tahun 4 - 2012 - Bm - Dgn Tarikh (Acrobat)


cikgu-cikgu boleh mendapatkan lebih banyak rancangan tahunan di blog ini : http://syazalina83.blogspot.com/2011/01/rancangan-pengajaran-tahunan-kbsr.html


Kata kunci : Rancangan Tahunan Matematik Tahun 4 Dalam Bahasa Melayu, Rancangan Tahunan Matematik Tahun 4 Versi Bahasa Melayu


Rancangan Tahunan : Matematik Tahun 6, 2012

Sila muat turun rancangan tahunan yang mempunyai catatan minggu dan tarikhnya seperti dibawah. Jika ada kesilapan atau sebarang komen sila berikan / nyatakan diruangan komen. Anda dipersilakan / dibenarkan menyebarkan maklumat ini.

Rancangan tahunan ini masih menggunakan Bahasa Inggeris.

Rancangan tahunan ini berdasarkan takwim sekolah admin. Mungkin ada sedikit perubahan berbanding takwim sekolah masing-masing.

FORMAT ACROBAT
Rancangan Tahunan Matematik Tahun 6 - 2012

FORMAT MS EXCELL

Rancangan Tahunan Math Tahun 6 - 2012 (MS Excell)


cikgu-cikgu boleh mendapatkan lebih banyak rancangan tahunan di blog ini : http://syazalina83.blogspot.com/2011/01/rancangan-pengajaran-tahunan-kbsr.html





Rancangan Tahunan : Matematik Tahun 5, 2012

Sila muat turun rancangan tahunan yang mempunyai catatan minggu dan tarikhnya seperti dibawah. Jika ada kesilapan atau sebarang komen sila berikan / nyatakan diruangan komen. Anda dipersilakan / dibenarkan menyebarkan maklumat ini.

Rancangan tahunan ini masih menggunakan Bahasa Inggeris.

Rancangan tahunan ini berdasarkan takwim sekolah admin. Mungkin ada sedikit perubahan berbanding takwim sekolah masing-masing.

FORMAT ACROBAT
Rancangan Tahunan Matematik Tahun 5 - 2012



FORMAT MS EXCELL
Rancangan Tahunan Math Tahun 5 - 2012 (MS Excell)


cikgu-cikgu boleh mendapatkan lebih banyak rancangan tahunan di blog ini : http://syazalina83.blogspot.com/2011/01/rancangan-pengajaran-tahunan-kbsr.html



Sunday, December 25, 2011

Kebangkitan mahasiswa 1960-an

Isu mahasiswa agak kompleks untuk diperkatakan. Ada banyak isu yang boleh dibincangkan dari pelbagai aspek. Tak kiralah dari aspek ekonomi, keagamaan, moral, politik mahupun budaya dan antarabangsa. Kalau nak huraikan satu persatu memang tak cukup masa dan ruang. Hanya jika kita rajin membuat rujukan, maka banyaklah maklumat yang kita perolehi.

Baru-baru neh kita digegarkan dengan isu Adam Adli. Banyak forum dan blog yang mengulas isu neh. Admin tak nak ulas lagi dah. Admin cuma nak kongsi satu artikel yang mengisahkan zaman mahasiswa pada tahun 60 an. Dipersilakan membaca untuk menambah input dalam minda anda.






Jobs That Died in 2011

Bila admin membaca artikel neh, admin teringat masa zaman belajar pengurusan teknologi dulu terutama masa kelas subjek "pengurusan teknologi". Masa tuh antara kajian yang dibentangkan ialah berkenaan komputer. Ramai yang kata komputer berasal dari mesin taip. Namun sebenarnya ada lagi teknologi sebelum itu yang mendorong perkembangan komputer iaitu perkembangan industri percetakan.

Secara umum admin ringkas seperti berikut bermula dari aspek zaman percetakan:

perkembangan teknologi dan permintaan bidang percetakan --> mesin taip --> komputer

Permintaan bidang percetakan itu juga didorong oleh faktor lainlah yang tidak sempat dihuraikan disini.

Jadi, bila admin baca artikel di bawah neh, admin dapat rasakan corak perkembangan teknologi itu sendiri yang mempengaruhi struktur masyarakat. Bacalah artikel di bawah dan anda akan tahu nanti. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku di negara kita suatu hari nanti sejajar dengan perkembangan teknologi yang ada.



Friday, December 23, 2011

Annual Pass LEGOLAND® Malaysia

Jualan tiket tahunan Legoland Malaysia telah mula dibuka mulai 23 Disember 2011 (Jumaat). Bagi peminat Legoland bolehlah mendapatkan tiket tahunan neh dengan harga istimewa. Harga RM195 (dewasa), RM150 (kanak-kanak & warga emas). Walaupun harganya RM195, tetapi jika menggunakan kemudahan AirAsiaRedTix.com, harganya ialah RM198 dan akan dikenakan caj Booking Fee sebanyak RM5 lagi. Jumlah kos ialah RM203.00. Saya telah mendapatkannya (berdasarkan baki akaun dibank yang telah ditolak).. tapi tiket nyata atas kertas tak ada lagi (kecuali cetak di email).


Photobucket


Photobucket

Jika anda lihat gambar di atas, harga akan naik RM3 bagi setiap kategori dengan menggunakan pembelian secara online. Cara pembayaran adalah menggunakan kad kredit. Admin bayar guna Visa Maybankcard (kad debit) jer..

Photobucket
Ada sedikit masalah pada sistem jualan tiket sehingga menyebabkan e-ticket tidak dapat dikeluarkan. Berdasarkan maklum balas, hanya pada 20 Januari 2012 barulah e-ticket akan diberi.

Jika korang perasan, terdapat ralat pada tarikh maklum balas dari pihak Redtix. Admin send email pada 23 Disember 2011 tapi balasan bertarikh 22 Disember 2011. Harap dimaafkan kesilapan mereka. Mungkin setting tarikh dan masa kat komputer mereka silap kot.. apa-apa pun admin tunggu 20 Januari 2012 akan ketibaan tiket tersebut.


Laman web http://www.legoland.com.my/


Berita tentang penjualan tiket ini ada disiarkan di surat khabar seperti di bawah neh:

Legoland tawar pas tahunan

KUALA LUMPUR 23 Dis. – LEGOLAND Malaysia kini menawarkan pas tahunan prapembukaan, yang sah untuk keseluruhan tahun 2013, pada diskaun istimewa, mulai RM150 untuk kanak-kanak dan RM195 untuk ibu bapa.

Pengurus Besarnya, Siegfried Boerst dalam kenyataannnya di sini berkata, pas tahunan itu akan membolehkan individu dan keluarga menikmati akses tanpa had ke taman seluas 31 hektar itu yang menawarkan 40 permainan, pertunjukan dan tarikan.

“Pas tahunan prapembukaan itu disediakan bukan sahaja untuk membolehkan peminat LEGOLAND mengambil peluang terhadap nilai hebat, malah boleh memasuki taman itu selama tiga bulan pada 2012 dan keseluruhan 2013.

Beliau berkata, harga istimewa itu ditawarkan untuk tempoh yang terhad, dan tiket boleh diperoleh secara dalam talian menerusi laman web AirAsia RedTix di www.AirAsiaRedTix.com.

Wednesday, December 21, 2011

Denominasi Baru Wang Kertas Malaysia

Pada hari ini, 21 Disember 2011, duit kertas RM20 dilancarkan. Duit kertas baru yang lain adalah RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.

Menurut sumber, pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran.

Untuk makluman semua, wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Reka bentuk wang kertas dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sejajar dengan langkah yang dilakukan secara berkala dalam tempoh setiap 12 tahun.

Photobucket

Photobucket

Photobucket



~ KENYATAAN DARI BANK NEGARA MALAYSIA ~

Embargo: Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 2011-12-21 18:00:00 pada hari , 2011-12-21 18:00:00 2011-12-21 18:00:00

Pelancaran Mata Wang Siri Baharu Malaysia

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia. Mata wang siri baharu ini dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dan duit syiling baharu dengan reka bentuk yang baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran. Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Duit syiling siri baharu adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan telah pun dilancarkan pada 25 Julai 2011. Duit syiling siri baharu ini akan berada dalam edaran pada bulan Januari 2012.

Wang kertas siri baharu Malaysia ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.

Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Tiga jenis set wang kertas peringatan yang akan dijual adalah seperti yang berikut:

  • Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.

  • Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.

  • Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.

Keterangan lanjut mengenai wang kertas terkandung dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Wang Kertas


  • Bahagian Hadapan Wang Kertas

Semua denominasi wang kertas siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.

  • Bahagian Belakang Wang Kertas

Bahagian belakang setiap wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas.

  • Motif untuk setiap denominasi adalah seperti yang berikut:

Photobucket


Wang kertas baharu siri keempat ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan wang kertas siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, entiti perniagaan dan vendor yang mengendalikan mesin wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar kepada mata wang siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan wang kertas siri baharu ini mudah digunakan.

Lokasi Jualan

Wang kertas peringatan ini akan mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Lampiran 1

Spesifikasi Wang Kertas Baharu Siri Keempat


Photobucket

Maklumat lengkap berkaitan wang baru ini boleh diperolehi di http://www.bnm.gov.my/microsites/2011/banknotes/index_bm.htm

Photobucket

Orang ramai boleh membeli wang kertas peringatan di kaunter mulai Khamis, 22 Disember 2011 di:

  1. BNMLINK (Laman Informasi Nasihat & Khidmat)
    Tingkat Bawah, Blok D
    Bank Negara Malaysia
    Jalan Dato' Onn
    50480 Kuala Lumpur, Malaysia

    No. Telefon : +603 2698 8044 / 9044 (Sambungan: 7417 / 7390)
    Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

  2. Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

  3. Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.





Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Baca juga artikel berkenaan dengan Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga



sumber : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=2374&lang=bm pada 21 Disember 2011 @ 08:30 p.m.
sumber : pelbagai blog peribadi, facebook dan google yang tidak sempat dinyatakan satu-persatu disini.




Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.


Photobucket


Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Photobucket

50 sen ~ Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan

Photobucket

Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.


Photobucket

20 sen ~ Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.


Photobucket

10 sen ~ Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.


Photobucket

5 sen ~ Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.






Baca juga artikel berkenaan dengan Denominasi Baru Wang Kertas Malaysia



Tuesday, December 20, 2011

SPSK : PK 07 - Pengurusan Mesyuarat

Mengendalikan mesyuarat adalah sesuatu yang agak rutin bagi seseorang guru. Ada pelbagai bentuk mesyuarat boleh diadakan. Bagi sesebuah panitia, mesyuarat bolehlah diadakan minima 4 kali dalam setahun. Prosedur mengadakan mesyuarat terutama dari aspek dokumentasi di bawah SPSK adalah seperti berikut :


PK07 : PENGURUSAN MESYUARAT






Monday, December 19, 2011

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Tahun 2011


KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011

Photobucket

Saturday, December 17, 2011

Beza Celcom, Maxis & Digi Untuk Iphone 4S

Kegilaan peminat gadget memiliki iphone versi baru iaitu iphone 4S berakhir dengan pengenalan produk tersebut dipasaran beberapa hari lepas. Demam gadget ini sebenarnya dimulai oleh Digi dan diikuti oleh 2 syarikat yang lain iaitu Maxis dan Celcom.

Barangan neh bukan murah. Ia sesuai untuk golongan yang berkerjaya tetapi pada masa sekarang, murid sekolah pon dah pakai gedget mahal macam neh. Maklumlah mak bapak pun boleh tanggung kos alat neh.

Berikut admin sertakan info harga pakej untuk Celcom dan Maxis untuk perbandingan.

~ sila klik pada gambar di bawah untuk tumbesaran yang sihat ~

Photobucket
sila layari laman web Digi untuk membuat lebih banyak perbandingan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Maklumat dari pihak Celcom dan Maxis lebih mudah untuk membuat perbandingan kerana senarai harga yang diletakkan di dalam jadual dalam satu tempat memudahkan kita membuat perbezaan dan memilih pakej yang sesuai. Berbanding dengan Digi yang agak bercelaru untuk membuat pilihan. Walaupun gadgetnya adalah sama, tetapi terdapat perbezaan harga untuk pakej yang ditawarkan. Jangan lupa juga bahawa kadar liputan kemudahan mesti diambil kira dalam membuat pertimbangan sama ada untuk beli atau tidak.



Surat Pekeliling Perkhidmatan Berkaitan SBPA

Membaca Pekeliling Perkhidmatan dari pihak JPA berkenaan SBPA adalah tidak lengkap tanpa membaca Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) yang menerangkan setiap satu elemen yang ada dalam SBPA itu sendiri. Contohnya ialah pertanyaan bagaimana proses kerja berkenaan ujian atau penilaian terhadap kakitangan awam itu dibuat.

JPA telah dan sedang menyiarkan SPP tersebut secara berperingkat. Setakat ini, beberapa SPP telah dikeluarkan. Blog ini akan menghimpunkan SPP berkenaan. Sila muat turun dengan klik pada pautan di bawah : (dokumen dimuat naik ke sistem 4shared)


SPP bil 4 tahun 2011
PROGRAM BERSEPADU POTENSI DAN KOMPETENSI


SPP bil 5 tahun 2011
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM


SPP bil 6 tahun 2011
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA


SPP bil 7 tahun 2011
PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG


SPP bil 8 tahun 2011
SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
DI BAWAH SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM


SPP bil 9 tahun 2011
- belum disiarkan -

SPP bil 10 tahun 2011
DASAR DAN PROSEDUR PELEPASAN JAWATAN DAN PELETAKAN JAWATAN

SPP bil 11 tahun 2011
PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) DALAM PERKHIDMATAN AWAM

SPP bil 12 tahun 2011
DASAR BARU PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN, PERTUKARAN SEMENTARA DAN PERTUKARAN TETAP

SPP bil 13 tahun 2011
PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) DALAM PERKHIDMATAN AWAM

SPP bil 14 tahun 2011
SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

SPP bil 15 tahun 2011
KEMAJUAN KERJAYA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM















Spp bil 14 tahun 2011 - Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam


Spp bil 15 tahun 2011 - Kemajuan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Saraan Baru Perkhid...

Surat Pekeliling Perkhidmatan yang lain akan dimuat naik dari masa ke semasa. Sila layari blog ini lagi pada masa hadapan.