Friday, December 23, 2011

Annual Pass LEGOLAND® Malaysia

Jualan tiket tahunan Legoland Malaysia telah mula dibuka mulai 23 Disember 2011 (Jumaat). Bagi peminat Legoland bolehlah mendapatkan tiket tahunan neh dengan harga istimewa. Harga RM195 (dewasa), RM150 (kanak-kanak & warga emas). Walaupun harganya RM195, tetapi jika menggunakan kemudahan AirAsiaRedTix.com, harganya ialah RM198 dan akan dikenakan caj Booking Fee sebanyak RM5 lagi. Jumlah kos ialah RM203.00. Saya telah mendapatkannya (berdasarkan baki akaun dibank yang telah ditolak).. tapi tiket nyata atas kertas tak ada lagi (kecuali cetak di email).


Photobucket


Photobucket

Jika anda lihat gambar di atas, harga akan naik RM3 bagi setiap kategori dengan menggunakan pembelian secara online. Cara pembayaran adalah menggunakan kad kredit. Admin bayar guna Visa Maybankcard (kad debit) jer..

Photobucket
Ada sedikit masalah pada sistem jualan tiket sehingga menyebabkan e-ticket tidak dapat dikeluarkan. Berdasarkan maklum balas, hanya pada 20 Januari 2012 barulah e-ticket akan diberi.

Jika korang perasan, terdapat ralat pada tarikh maklum balas dari pihak Redtix. Admin send email pada 23 Disember 2011 tapi balasan bertarikh 22 Disember 2011. Harap dimaafkan kesilapan mereka. Mungkin setting tarikh dan masa kat komputer mereka silap kot.. apa-apa pun admin tunggu 20 Januari 2012 akan ketibaan tiket tersebut.


Laman web http://www.legoland.com.my/


Berita tentang penjualan tiket ini ada disiarkan di surat khabar seperti di bawah neh:

Legoland tawar pas tahunan

KUALA LUMPUR 23 Dis. – LEGOLAND Malaysia kini menawarkan pas tahunan prapembukaan, yang sah untuk keseluruhan tahun 2013, pada diskaun istimewa, mulai RM150 untuk kanak-kanak dan RM195 untuk ibu bapa.

Pengurus Besarnya, Siegfried Boerst dalam kenyataannnya di sini berkata, pas tahunan itu akan membolehkan individu dan keluarga menikmati akses tanpa had ke taman seluas 31 hektar itu yang menawarkan 40 permainan, pertunjukan dan tarikan.

“Pas tahunan prapembukaan itu disediakan bukan sahaja untuk membolehkan peminat LEGOLAND mengambil peluang terhadap nilai hebat, malah boleh memasuki taman itu selama tiga bulan pada 2012 dan keseluruhan 2013.

Beliau berkata, harga istimewa itu ditawarkan untuk tempoh yang terhad, dan tiket boleh diperoleh secara dalam talian menerusi laman web AirAsia RedTix di www.AirAsiaRedTix.com.

No comments:

Post a Comment