Tuesday, December 6, 2011

Cikgu Shida Dari Parit (CSDP) Merajuk ?

Bagi sesiapa yang mengikuti 'miming art' mesti akan kenal dengan Cikgu Shida yang suka membuat miming pelbagai jenis lagu. Cikgu yang muncul dengan kepelbagaian gaya miming ini melonjak naik namanya setelah videonya ditonton dan tersebar di alam syber. Cikgu ini juga pada masa sekarang telah mula memasuki alam seni hiburan tanah air dengan terlibat dalam pelbagai aktiviti kesenian yang lain.

Namun, pada 06 Disember 2011, satu pengumuman di blognya telah menimbulkan tanda tanya sama ada cikgu ini merajuk kah dengan ragam manusia yang negatif terhadapnya?

Rujuk entry beliau seperti berikut:


Jika anda klik pada 'My Videos' pon kita akan dapat hasilnya macam gambar kat bawah neh:



Walaupun hak untuk meng'privatekan' semua video adalah hak tuan punya video tersebut, namun tindakan ini sudah tentu sedikit sebanyak menghampakan peminat-peminat cikgu Shida itu sendiri. Namun, kita tunggu penjelasan lanjut cikgu neh.. mungkin ada sesuatu yang kita tidak tahu mengenainya..

Cuma satu ayat yang menarik perhatian admin dalam blog beliau ialah "MY VIDEOS WILL BE THE MOST ADORABLE AND BEAUTIFUL MEMORY AND NOSTALGIA FOR ME WHEN I'M TOO OLD TO WALK AND TO WEAK TO SPEAK."

Diharap bagi mereka yang 'dengki' dengan kejayaan orang lain supaya berubah. Jika diri anda sendiri tidak mampu untuk 'terkenal', maka lebih baik anda bangunkan diri sendiri daripada menjatuhkan diri orang lain.




1 comment: