Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan Pada 10 Disember 2012

Pada 10 Disember 2011, rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena alam yang begitu indah prosesnya .Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

  • Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
  • Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
  • Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
  • Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
  • End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
  • Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
  • Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Bersempena dengan fenomena Gerhana Bulan Penuh ini juga, Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menjemput orang ramai untuk bersama-sama menyertai Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh ini. Maklumat berkenaan program adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 10 Disember 2011 (Sabtu)
  • Masa : 7:30 malam hingga 1:00 pagi
  • Tempat : Planetarium Negara Kuala Lumpur

Pihak penganjur dengan kerjasama Persatuan Astronomi akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri.

Eclipse Mints akan diberikan kepada 1000 orang pengunjung terawal, sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..

Kaca Mata 3D akan diberikan kepada 500 orang pengunjung terawal dan teleskop akan diberikan kepada 5 kumpulan pemenang Space Hunt yang terbaik, sumbangan daripada Starfield Instruments Supply.

Bagi umat Islam, disunatkan untuk melakukan solat gerhana bulan. Berikut adalah garis panduan untuk melakukan solat sunat tersebut. Bahan adalah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.



Berikut adalah petikan berita dari Bernama yang disiarkan oleh Kosmo !.

Gerhana bulan penuh mulai 7.34 malam esok

09/12/2011 4:32pm

KUALA LUMPUR - Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari pukul 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata, gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

"Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Redzuan berkata, orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, ”Lunar Malaysia Eclipse”.

Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. - Bernama



Berikut adalah video penerangan bagaimana gerhana bulan boleh terjadi (versi bahasa inggeris).




Admin jumpa satu artikel tentang bagaimana gerhana bulan berlaku (versi bahasa Melayu) ~ tapi admin ada ubah suai sedikit.

Sebuah gerhana bulan terjadi ketika bulan melalui / berada di belakang bumi, sehingga bumi menghalangi sinar matahari dari bulan. Hal ini terjadi hanya ketika matahari, bumi, dan bulan berada dalam kedudukan sejajar atau selari sehingga kedudukan bumi berada di tengah. Oleh kerana itu, gerhana bulan hanya dapat terjadi pada malam bulan purnama. Jenis dan panjang suatu gerhana tergantung pada lokasi bulan relatif terhadap node orbitnya. Gerhana bulan terbaru terjadi pada tanggal 15 Juni 2011; itu adalah gerhana sentral, terlihat dari Eropah dan Amerika selatan setelah matahari terbenam, di atas Afrika dan sebagian Asia, dan Australia sebelum matahari terbit.

Tidak seperti terjadinya gerhana matahari, yang hanya dapat dilihat dari kawasan tertentu yang relatif kecil tertentu di dunia, gerhana bulan dapat dilihat dari mana saja di sisi malam bumi. Sebuah gerhana bulan berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari total hanya berlangsung selama beberapa minit di setiap tempat tertentu.

Bayangan bumi dapat dibahagi menjadi dua bahagian yang berbeza: dengan umbra dan penumbra. Dalam umbra, tidak ada radiasi matahari langsung. Namun, bila akibat dari besarnya sudut ukuran matahari, pencahayaan sinarnya hanya sebahagian dihalang di bahagian luar bayangan bumi, diberi nama penumbra. Sebuah gerhana penumbra terjadi ketika bulan melalui penumbra Bumi. Penumbra menyebabkan penggelapan halus di permukaan Bulan. Jenis khusus dari gerhana penumbra adalah gerhana penumbra penuh, di mana bulan terletak secara eksklusif dalam penumbra bumi. Gerhana penumbra total langka, dan ketika ini terjadi, bahagian bulan yang paling dekat dengan umbra dapat muncul agak lebih gelap dari sisa bulan.



Jika mahukan penerangan lanjut, sila layari wikipedia di sini : klik di sini




No comments:

Post a Comment