Tuesday, December 13, 2011

Hari Terakhir SPM 2011 ! Yahoo.com Aku Merdeka !

Rabu, 14 Disember 2011 ialah hari peperiksaan SPM terakhir bagi calon SPM 2011. Walaupun ada calon yang merdeka awal, tapi secara rasminya tarikh 14 Disember ialah hari terakhir peperiksaan ini dijalankan. Subjek terakhir ialah seperti berikut:

Photobucket

Masa zaman admin dulu (SPM tahun 90 an), admin adalah orang terakhir menduduki peperiksaan SPM. Masa tuh admin ambik aliran sains tulen. Jadi subjek sains tulen (Kimia, Biologi dan Fizik) adalah antara subjek yang diletakkan diakhir-akhir jadual peperiksaan. Rasa sedih jugak lah tapi itu memberi kelebihan sebab ia memberi lebih masa untuk kita study dengan lebih aman sebab suasana sekolah yang lebih tenteram. Masa tuh yang ambik sains tulen tak ramai pon, hanya dalam 30+ calon jer.

Biasanya diakhir peperiksaan neh kita (admin) akan rasa sedih. Sedih sebab akan meninggalkan dunia persekolahan yang telah dilalui lebih 10 tahun. Pada masa yang sama juga rasa bangga sebab dapat menempuh semua ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar dengan tabah.. (neh puji diri sendiri plak)..

Antara aktiviti yang selalu admin tengok bila tamat persekolahan ialan menconteng baju dengan tandatangan. Harap baju tuh bersihlah dan takder peluh melekat kat situ.. Contoh contengan ialah seperti di bawah neh.. (gambar dari google..tq kepada tuan punya gambar tuh)..

Photobucket

Baju macam neh boleh dibingkaikan (ubahsuai dari perkataan 'frame').. Tapi sayang sebab masa zaman admin dulu admin tak pulak buat macam neh. Rasa ada la jugak ambik tandatangan kat kertas / buku tapi semua dah hilang.. hehe..

Mungkin kita gembira bila dah tamat peperiksaan. Tapi sebenarnya itulah permulaan dunia kita di dalam alam persaingan yang sengit neh. Selepas neh la kita akan kenal pelbagai lagi ragam manusia.. bermacam dugaan kita akan lalui dan yang pasti jika kita tidak mengenal diri sendiri, maka akan hanyutlah kita diluar sana.. terutama selepas kita berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Selepas neh jugak mak bapak dah kurang memantau anak anak. Sebab tuh ramai student IPT yang hanyut terutama bila berjauhan dengan mak bapak.

Sementara menunggu keputusan, rajin-rajinkanlah diri untuk menimba pelbagai pengalaman. Antaranya bolehlah ambil kursus pendek sebagai menambah keyakinan diri bila dah betul-betul sambung study di IPT nanti. Antara aktiviti selepas SPM yang boleh dilakukan ialah seperti berikut:

1. Ambil lesen motor / kereta. Lesen sangat penting untuk memastikan anda boleh memandu. Agak susah bila dah belajar di IPT baru nak ambil lesen sebab nanti dah sibuk nak belajar. Lagi susah bila dah kerja tapi takder lesen memandu.

2. Ambil kursus pendek. Misalnya kursus memasak, ICT, kemahiran tertentu dan pelbagai lagi kursus termasuk kursus bahasa asing.

3. Kerja. Yang neh memang ramai akan buat. Tak kisahlah kerja apa jer asalkan kerja halal. Admin dulu pun sempat kerja dalam tempoh yang agak lama. Sempat ada akaun KWSP lagi. Pengalaman kerja neh membuatkan kita insaf betapa susahnya mencari duit untuk hidup. Gaji admin dulu baru RM350. Tuh belum tolak KWSP lagi. Tapi dinasihatkan jangan terpengaruh dengan budaya negatif rakan sekerja. Jangan nanti terus bekerja dan tak mahu pulak nak sambung study. Kelulusan setakat SPM tuh tak menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

4. Terus sambung belajar di kolej swasta / IPT tertentu. Zaman sekarang jika ada dana lebih bolehlah terus sambung belajar di kolej swasta. Rasanya tidak ada IPTA yang ambik pelajar guna keputusan percubaan. Jika ada pun sangat terhad (program khas).. Rasanya banyak kolej swasta yang membuat pengambilan pelajar menggunakan keputusan percubaan sahaja.




No comments:

Post a Comment