Sunday, December 4, 2011

Johor Premium Outlets (JPO)

Photobucket

Daerah Kulaijaya (dahulunya dalam daerah Johor Bahru) telah mendapat mercu tanda yang baru iaitu Johor Premium Outlets (JPO). Kulaijaya kini berada dipeta dunia apabila JPO membuka cawangannya kepada umum bermula 1 Disember 2011. Maklumlah daerah Kulaijaya bukanlah satu daerah yang gah berbanding daerah lain di negeri Johor terutama daerah jirannya iaitu Johor Bahru. Perasmian tempat neh secara rasmi akan dilakukan pada 11 Disember 2011 (Ahad) oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak.

Tempat neh mula dibuka pada 1 Disember 2011, tapi admin ketinggalan beberapa hari untuk menjejaki tempat neh. Maka, dikesempatan cuti yang panjang pada 4 Disember, admin sempat berjalan-jalan ke JPO neh bersama kawan yang juga sempat membeli belah jenama kegemarannya iaitu Levis. Admin tak beli apa pun kat situ. hehe.. Dianggarkan ada 80 jenama bertaraf antarabangsa yang membuka butik di situ.

Jika anda dari arah Johor Bahru, agak mudah untuk ke sini dengan melalui lebuh raya utara selatan (masuk ikut tol Skudai), keluar ke Second Link (Gelang Patah / Tuas) dan selepas plaza tol Second Link terus ambik sebelah kiri. Belok ke kiri menuju ke Senai / Indahpura. Ada papan tanda JPO dan anda akan membelok ke kiri.

Bagi yang tak mahu guna jalan bertol, bolehlah gunakan jalan lama dari kudai ke Kulai. Tapi anda harus tahu persimpangan bertingkat Senai-Kulai ke IOI Mall. Dipersimpangan neh belok (naik) ke sebelah kiri (jika dari Skudai / Senai) dan terus sahaja. Rujuk papan tanda yang banyak di situ. Awas, jika kat persimpangan tuh korang belok ke kanan korang akan ke IOI Mall.

Kawasan letak kereta banyak tetapi agak mengecewakan kerana tempat letak kereta berbumbung sangat terhad. Malahan Jusco boleh menyediakan tempat letak kereta berbumbung yang agak banyak kepada pelanggannya walaupun bukan produk premium.

Kawasan neh hanya sesuai untuk membeli belah dan kemudian terus balik kerana ia bukan tempat untuk bersantai bersama keluarga. Untuk cuci mata boleh lah.. tapi untuk 'menderma' bukan citarasa admin sebab admin lebih suka pakai baju harga RM10 sehelai sahaja.. hehe

Laman web JPO : http://www.premiumoutlets.com.my

Photobucket
peta ke JPO.. peta yang guna jalan biasa tanpa tol tak ada plak..

Photobucket
sangat mudah menggunakan lebuh raya, tak sampai 10 minit dari Skudai Parade.

Photobucket
sendat .. biasanya awal-awal pembukaan jer..


Photobucket
sanggup beratur berjam-jam nak masuk beli (baca: ramai yang tengok jer) beg-beg neh.. kalau kat Paris hanya digunakan oleh Cashier-cashier jer.. haha.. neh lawak dari kawan admin (dialog drama kat tv)..

Photobucket
brand neh pon ramai yang beratur.. admin lalu jer tepi tingkap tuh.. tak kuasa nak beratur jela-jela semata-mata nak masuk situ...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Lagi gambar bolehlah klik pada gambar di atas dan seterusnya ke album di photobucket.



Perasmian JPO Pada 11 Disember



No comments:

Post a Comment