Wednesday, December 7, 2011

Legoland Malaysia, Nusajaya

Untuk peminat Legoland, perkembangan terbaru neh memang ditunggu-tunggu. Dengan tawaran harga yang sedikit murah, maka janganlah dilepaskan peluang yang ada neh. Tentu pembukaan Legoland Malaysia neh nanti akan disambut dengan kesesakan ~ suatu fenomena biasa untuk mana-mana tempat yang baru dibuka.

Berikut adalah petikan berita yang tersiar di Kosmo! Online :

JOHOR BAHRU - Menjelang pembukaan Legoland Malaysia pada hujung tahun depan, orang ramai kini berpeluang memiliki pas Legoland pada harga promosi iaitu RM195 untuk pas tahunan bagi kategori dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak.

Pas tersebut merupakan akses kepada Legoland Malaysia apabila taman tema tersebut mula beroperasi dan untuk sepanjang tahun 2013.

Promosi tersebut terbuka kepada warga Malaysia dan Singapura untuk tempoh terhad sahaja.

Harga biasa untuk pas tahunan Legoland Malaysia ialah RM275 untuk dewasa dan RM210 untuk kanak-kanak, manakala harga tiket biasa ialah RM140 untuk dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak.

Pemegang MyKad akan menerima rebat sebanyak RM30 untuk pembelian tiket biasa.

Jadi bagi peminat Legoland, silalah kumpul duit tuh dari sekarang terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai. Jangan nanti terpaksa korek tabung untuk masuk Legoland tuh..

Admin ada tengok harga untuk tiket kat Legoland luar negara dan harganya agak tinggi (selepas ambil kira kadar pertukaran mata wang). Jadi ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan harga tiket yang agak berbaloi. Tambahan pula tiket boleh digunakan sepanjang tahun 2013.

Persoalannya sekarang ialah : Bagaimana / Dimana untuk mendapatkan tiket promosi tersebut ? Ini kerana admin cari di laman web Legoland Malaysia (http://www.legoland.com.my/ ~ setakat jam 11:00 a.m pada 07 Disember 2011) pun tidak ada info berkaitan tiket promosi neh. Berita di Kosmo! juga adalah secara am sahaja tanpa memaparkan tempat dan pihak yang boleh dirujuk untuk mendapatkan tiket tersebut,



KEMASKINI : 12 DISEMBER 2011

Pihak Legoland menyiarkan harga tiket untuk masuk ke sana. Berikut adalah harganya:


~ Sila klik gambar dibawah untuk tumbesaran gambar yang lebih jelas ~

Photobucket


sila tonton video di bawah untuk menambah keterujuaan anda !


Bukan sahaja Legoland akan membuka cawangannya tahun hadapan, tetapi ada lagi satu theme park dalam bangunan yang sedang dirancang. Baca petikan berita di bawah :

Photobucket

Bagi yang tak nampak boleh baca petikan ini :

RM350m theme park for Nusajaya
10 November 2009 , By New Straits Times

Popular kiddie characters Barney, Thomas and Friends, Bob the Builder and Hello Kitty will be among the attractions at the RM350 million, four-storey indoor theme park slated to be opened to the public at the end of 2012.

The park, to be housed at Puteri Harbour in Nusajaya, will boast a floor area of 60,000 sq ft and another 100,000 sq ft of retail space.

It will also see our very own cartoonist Lat's first-in-Malay- sia themed family restaurant.

Themed Attractions and Resorts (TAR) Sdn Bhd, a subsidiary of Khazanah Nasional, today signed an agreement with HIT Entertainment Ltd, Sanrio Entertainment Ltd and Kampung Boy Sdn Bhd.

TAR also signed an agreement with Shangri-La Hotels and Resorts for the development of a 300-room Traders Hotel, as well as UEM Land, for the construction of the indoor theme park.

Also present at the ceremony was Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

According to TAR chief executive officer Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin, the indoor theme park would be an additional attraction in Nusajaya and Iskandar Malaysia.

He said construction of the indoor theme park was expected to commence in the middle of next year.

"The indoor theme park reinforces Iskandar Malaysia as a destination for families with children under 12 years. It further complements the other attraction, following the signing with Legoland Malaysia last year."


No comments:

Post a Comment