Monday, December 12, 2011

BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA RM500

Dalam belanjawan 2012 yang dibentangkan pada Oktober lalu, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi wang bantuan sebanyak RM500 kepada mereka yang layak iaitu :

(i)Warganegara Malaysia
(ii)Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
(iii)Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah

Untuk mendapatkan bantuan ini, pemohon diminta mengemukakan salinan:

(i)MyKad / Kad Polis / Kad Tentera (pemohon dan tanggungan yang bekerja)
(ii)Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja

Peraturan untuk mengemukakan borang bantuan ialah seperti berikut :

(i) Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.

(ii) Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Individu yang layak:
(iii) Warganegara Malaysia;
(iv) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah merangkumi ;
a. Berkahwin;
b. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
c. Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
d. Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Sila kemukakan salinan:
(v) MyKad / Kad Polis / Kad Tentera (pemohon dan tanggungan yang bekerja);
(vi) Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
(vii) Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.


BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) RM500

Borang di atas adalah percuma dan boleh didapati diagensi kerajaan terpilih.

Pastikan anda menerima / mendapatkan borang yang asli kerana terdapat beberapa kes dimana pengguna diberi borang palsu yang meminta maklumat yang tidak sepatutnya dari pengguna. Apakah motif sebenar mereka ini? Maka itu, berhati-hatilah dan dapatkan borang dari agensi yang sah sahaja.

Contohnya (hasil dari perkongsian pintar di internet), admin ada dapat borang macam kat bawah neh.. mintak akaun bank. Padahal dalam situasi sebenar (borang asal) takder pulak mintak akaun bank.


Photobucket

Jadi, JANGAN TERTIPU !


No comments:

Post a Comment