Wednesday, December 14, 2011

Ujian Darah ? Jangan Risau, Saya Sihat !

Berdasarkan saranan pakar perubatan, ujian darah bolehlah dilakukan sekali bagi setiap 6 bulan. Tapi bagi admin ujian sekali bagi setiap 6 bulan tuh rasa macam terlalu singkat masanya. Pejam celik jer dah 6 bulan. Ujian darah pulak jika dibuat diklinik sangatlah mahal kosnya. Jika nak buat dihospital pulak, bukan sembarangan orang boleh buat ujian tuh suka suki jer. Rasa yang umur 40 ke atas untuk kakitangan awam pun ada hadnya. Malah ramai rakan sejawatan yang berumur 40 ke atas pun tak buat ujian kat hospital sebab prosedur yang kabur. Nak isi borang pun tak tahu nak isi borang apa.

Jadi untuk penyelesaian masalah neh admin pun pergi ke Pathology & Clinical Laboratory atau lebih dikenali sebagai Pathlab. Admin dah amalkan ujian darah neh sejak beberapa tahun lalu. Rasanya ada juga dalam 5-6 tahun lepas. Tapi admin buat ujian setahun sekali jer. Jimat sikit kos. Tapi kena ingat, bila dah sakit kos perubatan lagi tinggi banding dengan kos pencegahan.

Biasanya juga admin buat ujian yang pakej biasa. Rasa pakej 18KS. Harga dalam RM200. Tapi untuk ujian hujung tahun 2011 neh admin buat yang pakej Golden. Harga promosi ialah RM388. Semua ujian ada dalam pakej tuh. kira lengkap semua.

Selain dari harga RM388 untuk pakej tuh, admin ambik pakej extra iaitu ujian Pakej Golden untuk 2 kali yang boleh dilakukan dalam tempoh 2 tahun lagi. Untuk itu admin kena tambah lagi RM188. Jadi kos ialah RM576 untuk 2 kali ujian Golden pakej. Ujian kali pertama ialah pada 8 Disember 2011 dan ujian kali ke dua perlu dilakukan sebelum 8 Disember 2013. Jadi admin ada tempoh yang lama lagi untuk buat ujian kali ke 2 tersebut. Kena tunggu seminggu untuk keputusan ujian diperolehi.

Photobucket

Photobucket

Untuk ujian kali neh Pathlab tengah buat promosi. Ada pertandingan yang boleh dapat hadiah ketulan / syiling emas bernilai hingga lebih dari RM20k. Tuh yang teruja tuh. Harap sangat admin menang nanti. Nanti admin belanja follower blog neh. Sebab tuh kena jadi follower blog admin sekarang juga. Jangan takat baca jer.. hehe.

Keputusan ujian admin semuanya bagus dan tidak ada apa-apa keraguan atau masalah yang disyaki. Cuma bahagian Liver Function Test untuk total bilirubin ada masalah sikit sebab keputusannya ialah 36 UMOL/L. Angka normal ialah di bawah 26. Disuruh jaga pemakanan katanya. Rasa tahun-tahun lepas OK jer untuk liver function neh. Tapi baru admin ingat bahawa sehari sebelum buat ujian admin ada makan hati lembu.. erkk.. ada beri kesan ke ? Patot seminggu sebelum buat ujian admin kena makan buah-buahan jer..

Untuk melakukan ujian darah ini, anda diminta berpuasa selama 10 jam. Jadi jika anda merancang untuk melakukan ujian pada jam 10 pagi, maka sebelum tidur bolehlah mulakan berpuasa pada jam 12 malam. Air kosong boleh diminum dalam tempoh berpuasa tersebut.

Ujian yang dilakukan ialah seperti berikut (untuk Golden Pakej):
01. Haematology - ujian darah seperti mengira heamoglobin, platelet dan kumpulan darah.
02. Diabetes screen - mengesan gula dalam darah. Mengesan penyakit kencing manis.
03. Kidney function tests - mengesan urea, calcium, sodium dan paling utama ialah mengesan uric asid yang penting untuk mengesan sakit gout.
04. Lipid profile - mengesan kolesterol yang baik dan jahat.
05. Cardiac markers
06. Liver function tests - mengesan albumin, bilirubin, alkaline, SGOT, SGPT dan GGT.
07. Hepatitis screen - mengesan kehadiran virus hepatitis A dan B. Jika pelalian telah diberi, maka ia akan mengira bilangan antibodi yang ada di dalam badan. Kandungan antibodi yang rendah memerlukan suntikan / rawatan susulan.
08. Tumour markers
09. Thyroid screen - mengesan penyakit tiroid.
10. Serology - mengesan VDRL, rheumatoid factor dan HIV
11. Urinalysis - mengesan pelbagai kehadiran unsur-unsur penyakit di dalam air kencing


Photobucket
Inilah dia Pathlab Nusa Bestari yang selalu admin pergi buat ujian

Photobucket
Hajat hati nak ambik gambar masa darah tengah disedut tuh tapi tidak dibenarkan kerana dikhuatiri akan mengganggu perjalanan darah ke tabung uji tuh.. Tabung uji ke? Macam salah istilah jer..

Photobucket
Inilah dia pertandingan yang dimaksudkan.

Photobucket
Kena buat tulisan "gold" paling kreatif..

Photobucket
Fail untuk keputusan ujian

Photobucket
Kad untuk jenis darah. Admin B+

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
4 helai keputusan ujian yang mengandungi pelbagai keputusan. Alhamdulillah semuanya sihat. Nasihat kepada kawan-kawan, mencegah itu lebih baik dari mengubati.





8 comments:

  1. terima kasih atas infonya cikgu. insyaAllah esok sya pun nak ke Pathlab utk buat ujian darah.

    ReplyDelete
  2. Ujian kesihatan ni mmg penting...selalu dgr org muda2 skrg dah kena stroke..

    Sebenarnya ada cara nak dapat ujian darah free di pathlab ni..jom tgk blog saya
    https://medisavers2u.wordpress.com/

    ReplyDelete
  3. Cikgu kalau sekarang 2015 berapakah harga untuk membuat ujian darah yang semua ujian ada dalam pakej tu kira lengkap semua.

    ReplyDelete
  4. maaf yer harga terkini saya tak pasti... terutama harga selepas pelaksanaan gst neh... untuk maklumat tepat sila ke cawangan berdekatan... harga mungkin berubah mengikut pakej...

    ReplyDelete
  5. assalam cg,..nak tnye..kat pathlab ni ade buat ujian untuk alergic makanan x cg??trima kasih

    ReplyDelete
  6. salam. saya nak tanya bole ke kalau kita datang semata-mata hanya utk cek satu jenis penyakit yg kita concern instead of taking a set of check-up?contoh sya dtg cuma nak check hepatitis sahaja, boleh ka?

    ReplyDelete
  7. baru dapat result blood test .. doktor ckp urid asid tinggi sampai 766 .. dugaan betol

    ReplyDelete