Sunday, January 29, 2012

Ragbi Sentuh

Ragbi sentuh neh memang ada dalam sukatan PJK tahun 5 (sila semak kembali). Tapi permainan neh tak begitu popular seperti bola baling mahupun bola sepak (jauh berbeza tahap popularnya). Berikut adalah artikel yang admin sempat baca secara online :










sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Sentuhanfizikalminimum/Article/artikelMA @ 29 Januari 2012; 02:00 p.m

Anak Yang DiPukul Semasa Kecil Lebih Berjaya Dalam Hidup

Anak yang pernah dipukul ketika kecil akan membesar dengan lebih bahagia dan berjaya dalam hidup mereka berbanding dengan mereka yang tidak pernah dipukul semenjak kecil.

Demikian hasil kajian yang dijalankan di Amerika oleh Marjorie Gunnoe, seorang pensyarah psychologi di Calvin College, Michigan.

Kanak-kanak yang dipukul sehengga umur 6 tahun didapati lebih baik pencapaiannya di sekolahdan mempunyai sikap yang lebih optimistik terhadap kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak pernah dipukul ibubapa. Mereka juga lebih senang membuat kerja-kerja sukarela dan amat berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih jauh.

Bagi mereka yang dipukul sehingga berumur 6 tahun, pencapaian mereka adalah lebih baik dalam segala hal dan sikap mereka adalah lebih terkawal dari segi perkara-perkara negatif.

Bagi mereka yang terus dipukul dari 7 tahun ke 11 tahun, pencapaian pelajaran mereka masih lebih baik dari yang tidak pernah dipukul namun dari segi sikap negatif mereka agak ketara seperti terlibat dalan pergaduhan dan sebagainya.

Keputusan dari kajian ini mencetuskan kemarahan kepada para pejuang hak kanak-kanak yang meniduh ini akan menggalakan lagi penderaan kanak-kanak.

Namun ramai para ibubapa yang bersetuju dengan penemuan tersebut dan mereka sepatutnya perlu memukul anak-anak sekadar yang perlu untuk mengajar.

Kita sepatutnya boleh membezakan antara rotan atau pukul anak untuk mengajar dengan menumbuk muka. Tidak sepatutnya aduan polis dilakukan jika seseorang memukul untuk mengajar.

Kita di Malaysia semakin terikut-ikut dengan sikap orang barat yang berjuang menjaga hak macam-macam termasuklah hak kanak-kanak sampai tak boleh disentuh lansung.

Sedangkan kajian membuktikan sebaliknya, kanak-kanak yang biasa di rotan sebagai mengajar adalah perlu untuk menyediakan mereka kepada kehidupan yang lebih bererti.

Jadi para ibubapa jangan sampai tak pukul anak lansung sebab nak ikut barat, kesian dan sebagainya. Tapi jangan pula sampai bertinju dengan anak-anak sampai anak masuk ICU.






Pesta Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang Kali ke 17 Tahun 2012

Pesta layang-layang Pasir Gudang bertemu kembali. Pada tahun ini, acara akan diadakan bermula pada 15 Februari (Rabu) hinggalah 19 Februari (Ahad). Suasana tentu meriah seperti tahun-tahun lepas di mana jalan sangat sesak dan jumlah pengunjung memang diluar dugaan.

Dalam diam juga, pesta kali ini merupakan acara kali ke 17. Jumlah penyertaan juga semakin hari semakin ramai dan pelbagai kreativiti juga semakin banyak dipertontonkan.

Berikut adalah maklumat berkaitan pesta tersebut:











sumber : http://www.kitefestpasirgudang.com

Thursday, January 26, 2012

Glosari Istilah Sains dan Matematik BI-BM dan BM-BI

Berikut adalah glosari istilah matematik dari BM ke BI dan dari BI ke BM. Cikgu-cikgu bolehlah rujuk dan menggunakan istilah yang betul.

Sumber : laman web PPD Kulai Jaya.

Sila klik link di bawah :

GARIS PANDUAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Beberapa hari tak online. Bila balik ke tempat bertugas ada jer info nak update. Salah satunya ialah seperti berikut neh iaitu berkaitan cuti belajar bergaji penuh untuk cikgu-cikgu (terutamanya). KPM dah keluarkan garis panduan. Cikgu-cikgu silalah baca. Bukan hanya untuk mereka yang akan atau telah bercuti belajar tetapi juga untuk semua. Manalah tahu suatu hari nanti kita juga akan terlibat sama bercuti belajar..

Pengumuman di laman web KPM ialah seperti berikut:

GARIS PANDUAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


Salam,

Bahagian Tajaan Pendidikan adalah bertanggungjawab menguruskan cuti belajar jangka sederhana dan jangka panjang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) bagi mengikuti pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di Institusi dalam dan luar Negara.

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menambahbaik sistem penyampaian maklumat, Bahagian Tajaan Pendidikan telah menghasilkan Garis Panduan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Adalah diharapkan garis panduan ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pihak tuan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan cuti belajar.

Sebarang pertanyaan mengenai Garis Panduan ini sila hubungi pegawai berikut:

(i) Encik Azlan bin Ibrahim
No. Tel : 03-8321 7158
(ii) Puan Zalina binti Morad
No. Tel : 03-8321 7143
Sekian, terima kasih.

Sunday, January 22, 2012

Takwim Peperiksaan Awam Tahun 2012

Dimaklumkan takwim peperiksaan awam bagi tahun 2012 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).



Monday, January 16, 2012

keputusan Ujian : Ujian Pengesanan Tahun 6, 2012

Berikut adalah markah untuk ujian pengesanan tahun 6, 2012 kelas 6 Bestari. Ujian diadakan pada 11 Januari 2012 (Rabu).

Cikgu Bersalahkah?

Isu cikgu a.k.a guru memang selalu keluar di banyak media sama ada di surat khabat mahupun di pelbagai forum media baru. Antara isu yang baru ialah seperti berikut:

Bermula dengan kata-kata seorang menteri, keluar berita berkaitan PLKN seperti berikut:

Program khas bantu pelatih PLKN kuasai kemahiran 3M

PUTRAJAYA 10 Jan. - Satu program khas akan dilaksanakan untuk para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenal pasti masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun langkah itu agak terlewat tetapi ia penting bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci dari PLKN untuk mengenal pasti latar belakang pelajar termasuk jenis sekolah serta kedudukan mereka sama ada di bandar atau luar bandar.

''Dari situ kita akan susun balik, mungkin sekolah-sekolah yang dikenal pasti dan kalau perlu ada program khas untuk atasi masalah itu, kita akan laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat tahun baru di Majlis Perutusan Khas Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut 8 peratus daripada 6,667 pelatih PLKN dari 30 pusat latihan didapati tidak boleh membaca dan menulis.

Keputusan itu berdasarkan satu projek perintis menggunakan satu modul yang dipanggil I-Smart yang dijalankan ke atas kumpulan ketiga pelatih PLKN pada Ogos tahun lepas.

Muhyiddin berkata, pihak beliau menyifatkan penemuan oleh PLKN itu adalah penting kerana dalam rekod kementerian terdapat sebilangan kecil pelajar yang sudah di tingkatan lima masih menghadapi masalah membaca dan menulis.

Atas sebab itulah, beliau menambah, pihaknya memperkenalkan program literasi dan numerasi (LINUS) untuk menguji tahap kefahaman dan keupayaan pelajar termasuk dari segi fizikal, pendengaran, penglihatan sejak darjah satu lagi.

''Tahun lepas program itu amat berkesan sekali kerana lebih 90 peratus telah dapat menerima proses pembelajaran dengan baik selepas menyertai LINUS," katanya.

Tidak lama selepas itu, keluar pula di ruangan forum seperti berikut:


Di manakah silap guru?
Utusan Malaysia; 13 Januari 2012

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus daripada 6,667 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didapati tidak boleh membaca dan menulis.

Ini menyedarkan kita bahawa masalah kegagalan pelajar sekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi masih lagi menghantui dunia pendidikan negara. Pelbagai kaedah dan program khas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dulu dikenali sebagai KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) dan terbaru ialah LINUS (program Saringan Literasi dan Numerasi) yang dilancarkan pada tahun 2010, tetapi masalah ini masih terus berlaku.

Dari aspek psikologi perkembangan, manusia normal, berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca menulis dan mengira ini di peringkat kanak-kanak lagi, iaitu seawal usia 6 tahun.

Setelah menamatkan pengajian di peringkat pra sekolah, semua pelajar sepatutnya boleh membaca dan menulis perkataan-perkataan dan membuat ayat-ayat mudah dengan baik.

Adalah terlalu malang buat pelajar setelah menamatkan pelajaran di tingkatan lima dan berumur 17 tahun tapi masih belum boleh membaca dan menulis dengan baik.

Isu ini perlu mendapat perhatian serius kepada guru-guru di sekolah. Guru-guru yang telah mendapat latihan secukupnya dalam bidang psikologi pendidikan, pedagogi dan profesionalisme keguruan (Diploma 3 tahun dan Ijazah 5 setengah tahun - merujuk kepada jangkamasa latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia) apakah tidak mampu menyelesaikan isu ini?

Adalah sangat memalukan, dengan ijazah/kepakaran dalam bidang psikologi, pedagogi dan profesionalisme yang dimiliki, dengan skim perkhidmatan yang menarik, umur yang masih muda, masalah buta huruf tidak menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) masih lagi berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah di negara ini.

Pertengahan bulan Januari ini, generasi kedua guru-guru lulusan IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) akan ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Syabas kepada semua guru ini kerana telah berjaya menjadi seorang guru.

Di samping kegembiraan kerana menamatkan pengajian dan latihan dengan jayanya dan telah ditempatkan di sekolah-sekolah untuk bertugas, sehinggalah kepada pengumuman skim perkhidmatan yang sentiasa ditambah baik oleh kerajaan, anda pada hakikatnya telah diberi satu tanggungjawab besar.

Tanggungjawab itu ialah memastikan semua pelajar sekurang-kurangnya dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi sebelum mereka meninggalkan sekolah rendah.

Tiada apa-apa alasan lagi di pihak guru untuk gagal melaksanakan tanggungjawab ini.

Anggaplah dengan penempatan anda di sekolah sebagai guru permulaan, merupakan langkah permulaan memikul tanggungjawab besar ini.

Justeru para guru perlu mengambil serius terhadap fenomena ini dan berusaha mengatasinya sehingga berjaya supaya profesyen perguruan akan dihormati disanjung sebagai arkitek pembangunan akal budi manusia dan pencorak kemajuan rakyat dalam sesebuah negara.

HASSAN SALLEH
Kuala Terengganu


Dan antara jawapan yang paling awal dan sangat admin suka ialah kenyataan yang dikeluarkan pada 16 Januari 2012 seperti berikut:

Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis

AKMAL FAIRUZ
Lembah Pantai, Kuala Lumpur

SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:

n Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.

Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.

Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.

Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.

Teknik Menjawab Kertas 2 Matematik UPSR

Admin hanya share maklumat jer.. sila baca powerpoint di bawah. Bahan kat bawah neh tak boleh di muat turun sebab tuan punya slide tuh dah setting awal-awal kat scribd. Apa pun terima kasih sebab berkongsi bahan kepada umum.


Teknik Menjawab Kertas 2 Matematik Upsr

Sunday, January 15, 2012

Fokus Matematik UPSR : Kelemahan Murid

Subjek matematik merupakan subjek kritikal disemua sekolah terutama disekolah kebangsaan. Bagi sekolah SJK (C), subjek neh tidak begitu kritikal kerana ramai murid mereka boleh lulus dengan mudah. Namun, bagi sekolah SK terutama macam sekolah admin, subjek neh memang digeruni. Banyak faktor untuk mengaitkan hal ini hingga tak cukup masa dan ruang untuk mendebatkan isu neh.

Petang neh admin hanya nak kongsi 1 rajah dan 1 slide untuk maklumat semua.

Photobucket

Rajah di atas bukanlah rajah rasmi untuk pemarkahan dalam sistem UPSR tetapi berdasarkan pengalaman dan penilaian secara tidak rasmi. Neh admin dapat dari facebook - GROUPS JU@GC MATHS . Mungkin ianya berguna untuk cikgu-cikgu tahun 6 membuat strategi nanti.

Slide powerpoint kat bawah neh pula boleh dibaca dan menjadi bahan input berguna untuk semua. Fokus kepada keutamaan topik dan kemahiran dalam kertas soalan UPSR. Sumbernya ialah dari internet. Admin lupa plak url untuk bahan neh. Apa-apa pon terima kasih kepada individu / pihak yang kongsi bahan neh:

Fokus Matematik UPSR


Disini ada lagi bahan untuk panduan semua.


Friday, January 13, 2012

Modul Program 1 Murid 1 Sukan (1M1S)

Program 1 Murid 1 Sukan merupakan satu dasar yang agak baru kepada dunia pendidikan pada tahun 2012. Kebanyakkan sekolah telah memulakan program ini dengan pelbagai cara dan kaedah. Untuk melakukan rujukan dan panduan, disertakan di bawah ialah maklumat berkaitan 1M1S.








Modul untuk sekolah rendah (sila klik mengikut jenis permainan di bawah) :

1. Badminton
2. Bola baling
3. Bola jaring
4. Bola keranjang
5. Bola sepak
6. Bola tampar
7. Hoki
8. Olahraga
9. Pingpong
10. Sepak takraw

Modul untuk sekolah menengah (sila klik mengikut jenis permainan di bawah) :

1. Badminton
2. Bola baling
3. Bola jaring
4. Bola keranjang
5. Bola sepak
6. Bola tampar
7. Hoki
8. Olahraga
9. Pingpong
10. Sepak takraw

Lagu 1M 1S :

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Bersatu Kita Wujudkan Perpaduan
Tingkatkan Kecemerlangan 1 Bangsa Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1 Murid 1 Sukan Terus Cemerlang

Amalkan Semangat Kesukanan
Tingkatkan Mutu Sukan Malaysia
Semangat Setiakawan Amalan Kita
Semoga Rakyat Makmur Sejahtera Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1 Murid 1 Sukan Terus Cemerlang
Kita Jayakan




Satu lagi lagu yang ada kaitan dengan 1M1S ialah seperti berikut:





.

Thursday, January 12, 2012

Waktu Pendidikan Jasmani (PJ) Tidak Boleh Digabungkan Menjadi 1 Jam ?

Ada cikgu yang mempersoalkan susunan jadual waktu Pendidikan Jasmani / Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan yang digabungkan menjadi 2 waktu secara berterusan iaitu 60 minit. Peruntukan waktu untuk PJ/PJPK ialah 60 waktu seminggu.

Berdasarkan pengalaman admin, memang pernah waktu PJ ini digabungkan menjadi 60 minit secara berterusan sehinggalah berlaku perubahan yang menjadikan waktu PJ ialah 30 minit + 30 minit yang diajar secara berasingan.

Ramai juga yang mempertikaikan perkara ini (perubahan menjadi 30+30 minit ini). Tertanya-tanya juga pekeliling apakah yang diikuti untuk menjadikan waktu ini dipecahkan.

Berdasarkan bual bicara melalui facebook, maka 2 pekeliling utama berkaitan waktu PJ ini telah dapat dicari iaitu seperti berikut:




Kekeliruan Menamakan Prisma

Dalam buku teks (part 2) tahun 3 halaman 74, dinyatakan bahawa "the prism is named according to the shape of its base"..

Sila rujuk gambar di bawah:



Rujuk pula halaman 75 buku teks yang sama seperti di bawah:


Perasan tak rajah paling atas tuh dia kata "triangular prism"... Cuba pula jawab soalan di bawah neh:

Apakah jawapannya?

Hasil dari bantuan rakan-rakan facebook, maka jawapan bagi soalan di atas ialah Triangular Prism. Ini kerana 'base' yang dimaksudkan ialah 'cutting base' atau keratan rentas objek tersebut.

Laman web ini sangat membantu untuk memahami konsep prism neh:

Rujuk laman web ini --> http://www.mathsisfun.com/geometry/prisms.html

Saturday, January 7, 2012

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 (Dalam Bahasa Melayu)


Ini adalah bahan yang diperolehi dari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum. Ada Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) matematik dalam versi Bahasa Melayu yang ditunggu-tunggu oleh ramai guru. Ada versi dalam bahasa ibunda untuk SRJK iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil..



Wednesday, January 4, 2012

PLAN J

Sila letakkan tarikh dan minggu diruang yang berkenaan. Sila ubah suai format / setting supaya memenuhi kehendak yang dikehendaki. Semua dokumen adalah dalam format MS Excell.






Sunday, January 1, 2012

Rancangan Tahunan Untuk KSSR Tahun 2, 2012

Pencarian Rancangan Tahunan untuk tahun 2, KSSR merupakan pencarian paling tinggi oleh guru-guru sekolah rendah. Ini kerana KSSR untuk tahun 2 merupakan kelompok pertama yang akan menempuhnya pada tahun 2012. Tidak ramai yang membuat rancangan tahunan ini. Maka admin cuba kumpulkan semua mata pelajaran di bawah KSSR di blog ini.

Sila layari dari masa ke semasa untuk mendapatkan info terkini. Jika ada kesilapan terutama jika RT ini bukan merupakan KSSR, sila beritahu secepat mungkin supaya kesilapan ini tidak memberi kesan kepada guru-guru lain.


RT MATEMATIK, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD)
klik sini --> RPT Matematik Tahun 2, KSSR (2012)


RT DUNIA SAINS & TEKNOLOGI, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD)
klik sini --> Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Dunia Sains & Teknologi Tahun 2, 2012


RT BAHASA MELAYU, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD)
klik sini --> Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR BM Tahun 2, 2012


RT TMK, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD) (sumbangan Zaleha Othman)
klik sini --> Rancangan Pengajaran Tahunan TMK Tahun 2, 2012 - terkini


RT DUNIA SAINS & TEKNOLOGI, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD) - VERSI 2 (sumbangan Zaleha Othman)
klik sini --> Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Sains & Teknologi Tahun 2, 2012 - versi 2 terkini
RT PENDIDIKAN JASMANI, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD)
klik sini --> Rancangan Pengajaran Tahunan Kssr Pendidikan Jasmani Tahun 2, 2012
RT PENDIDIKAN KESIHATAN, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD)
klik sini --> Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Kesihatan Tahun 2, 2012
RT BAHASA INGGERIS, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD) - sila download dalam bentuk MS Word : RT ini dikatakan untuk SJK. Guru BI sila buat semakan.
klik sini --> Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 2 KSSR, 2012


RT BAHASA INGGERIS, TAHUN 2 (FORMAT ACROBAT) - : RT ini dikatakan untuk SK. Guru BI sila buat semakan.
Rancangan Pengajaran Tahunan English Year 2 KSSR (SK), 2012

RT PENDIDIKAN ISLAM, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD) - PENGGAL 1
klik sini --> Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR, 2012 - Penggal 1
RT PENDIDIKAN ISLAM, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD) - PENGGAL 2
klik sini --> Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR, 2012 - Penggal 2


RT DUNIA SENI VISUAL, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD)
klik sini --> Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni Visual Tahun 2 KSSR SK, 2012

RT DUNIA MUZIK, TAHUN 2 (FORMAT ACROBAT)
Rancangan Tahunan Dunia Muzik KSSR Tahun 2 - 2012
RT BAHASA ARAB, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD)
Rancangan Tahunan Bahasa Arab KSSR Tahun 2 - 2012
RT PENDIDIKAN MORAL, TAHUN 2 (FORMAT MS WORD)
Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Tahun Dua, 2012 - Pendidikan Moral

Rancangan Tahunan : Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 & 2, 2012

Maklumat ini admin perolehi dari laman web .... (maaf, tak ingat)... tapi admin kongsikan jer kat blog neh..


TAHUN 1, 2012 (FORMAT MS WORD)
Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Dunia Sains & Teknologi Tahun 1, 2012 - New




TAHUN 2, 2012 (FORMAT MS WORD)
Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Dunia Sains & Teknologi Tahun 2, 2012