Sunday, February 19, 2012

Never mind, I’ll find someone like you

 

 

Kemantapan suara Adele

PERTAMA kali mendengar lagu Rolling In The Deep dan Someone Like You, mungkin ada yang menyangka Adele adalah ‘berkulit hitam’ kerana kemantapan suaranya lazimnya dimiliki penyanyi kulit hitam. 

Mungkin ada yang tidak menyangka sama sekali Adele ini adalah wanita berkulit putih, berasal pula dari Britain, yang lebih terkenal dengan genre pop.

Bukan bersikap stereotaip tapi cuba sebutkan nama penyanyi wanita kulit putih yang ada memiliki lontaran suara seumpamanya? Celine Dion, ya. Tapi dia datang dari era 1980-an. Ramai yang menggemari lagu Rolling In The Deep kerana melodinya bagaikan membangkitkan keinginan untuk turut sama menyanyi dan menari.

Pada majlis anugerah Grammy minggu lalu, Adele meraih enam kemenangan dalam enam kategori yang dia dicalonkan. Lagu Rolling In The Deep memenangi Lagu Terbaik Grammy 2012, Rekod Terbaik dan Muzik Video Berbentuk Pendek Terbaik dan albumnya yang berjudul 21 memenangi kategori Album Terbaik dan Suara Album Pop Terbaik manakala persembahan solonya bagi lagu Someone Like You berjaya meraih Persembaghan Solo Pop Terbaik.

Namun daripada dua lagu ini, saya memilih Someone Like You. Ini adalah contoh lagu yang penuh emosi. Sebagai bekas pelajar aliran Sastera, bagi saya lirik Someone Like You adalah manifestasi jiwa yang luhur, tulus dan selamba. Perhatikan pada korus : Never mind, I’ll find someone like you. Terjemahan : Tidak mengapalah. Aku cari seseorang sama seperti dikau. 

Kalau ikut istilah remaja zaman sekarang, ayat seumpamanya dilabel sebagai ‘poyo’, melainkan mereka yang dalam alam percintaan atau baru putus cinta yang akan menganggapnya sebagai ‘syahdu’. Seperti lagu Jars of Hearts dendangan Christina Perri. Liriknya tepat menusuk ke sukma kalbu. Lagu-lagu ini boleh menyebabkan kita sebak. 

Satu artikel dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini mengulas dengan teliti lagu Adele ini (akhbar antarabangsa ini ada cerita hiburan dan bukan sekadar kisah Israel semata-mata). Menurut WSJ, elemen balada mengandungi ‘appoggiatura’, yang merupakan nota hiasan yang bertembung dengan melodi yang mencukupi untuk mewujudkan bunyi disonan.

Dalam lagu Adele, menurut WSJ, penekanan tercetus pada perkataan you semasa pembukaan korus, dalam lirik “Nevermind, I’ll find someone like you.”

‘‘Appoggiaturas ditemui dalam kebanyakan irama yang mana disifatkan oleh para pendengar memberi mereka ‘perasaan tersentuh’ atau menyebabkan mereka sebak, menurut kajian selama 20 tahun yang dilakukan oleh pakar psikologi, John Sloboda, lapor WSJ.

Lagu tersebut berubah dalam ‘bunyi, warna nada dan corak harmoni’', yang juga menyumbang kepada pengwujudan reaksi fizikal pendengar.

Apabila muzik tiba-tiba terhenti daripada jangkaan coraknya, sistem saraf simpati dalam diri pendengar berada dalam tahap ‘berwaspada tinggi’, jantung kita bergerak kencang dan mula berpeluh. Bergantung kepada konteks, pendengar akan mentafsir keadaan membangkitkan jiwa ini sebagai positif atau negatif, gembira atau sedih. Itu rumusan Dr. Sloboda.


Walaupun penulis bersama lagu Adele itu, Dan Wilson mengaku pernah mendengar kesan-kesan appoggiaturas, dia lebih cenderung merasakan lagu itu melahirkan reaksi yang kuat kerana liriknya sarat dengan emosi yang benar dan tulin.

“Bersama Adele, kami menulis lagu ini yang mengisahkan hubungan yang berakhir dengan penuh kesedihan, dan dia (Adele) menyelami emosi lagu itu dan kami berjaya mencipta suasana itu,” katanya kepada portal berita NPR.

Bagaimanapun, pihak lain menganggap lirik lagu itu menjadikan iramanya boleh difahami dan dikecapi oleh audiens yang luas.

Profesor Psikologi di Goldsmiths, University of London, Tomas Chamorro-Premuzic berkata, sifat suka atau tidak suka pada lagu itu adalah petunjuk kepada jenis muzik yang orang ramai secara umumnya tertarik.

“Orang yang benar-benar menyukai lagu (Adele) cenderung lebih kepada seseorang yang nostalgia, sentimental dan banyak berangan-angan,” kata Chamorro-Premuzim. “Orang yang tidak menyukainya pula adalah lebih cetek, pragmatik dan memilih kepada mood positif dan bertenaga’'.

Itu pandangan pakar psikologi. Bagaimana anda, pendengar umum? Apakah lirik dan melodi lagu yang memainkan peranan besar dalam menarik perhatian pendengar menyukai lagu Adele, atau apakah suara mantap Adele itu sendiri adalah kekuatan utama lagu itu?

Cuba bayangkan jika lagu-lagu Adele itu dibawa oleh Whitney Houston, yang meninggal dunia sehari sebelum majlis anugerah Grammy minggu lepas? Tentunya nahu dan konotasi Someone Like You akan mengikut cara Whitney. Bayangkan pula suara Adele mengalunkan lagu The Greatest Love of All? Setuju? Tidak setuju?

Rumusannya, dalam ribuan penyanyi yang dilahirkan setiap tahun termasuk program seperti American Idol, The Voice atau Akademi Fantasia, hanya beberapa orang sahaja yang akan diiktiraf sebagai memiliki suara yang benar-benar hebat. Adele adalah seorang daripadanya.

Seperti mendiang Whitney, Adele tidak perlu berpakaian seksi atau memaparkan penari separuh bogel dalam video muzik untuk meraih perhatian. Whitney dan Adele dianugerah Tuhan suara yang bertenaga dan lirik lagu yang memberi inspirasi kepada ramai orang. 

Pada usia semuda 21 tahun, Adele pasti akan tampil dengan album-album lebih sedap di masa mendatang. Tidak pasti sejauh manakah dia akan benar-benar berehat lima tahun daripada bidang nyanyian tetapi lagu Someone Like You pasti menjadi lagu evergreen.

Saturday, February 18, 2012

Azam Yang Suci vs Suci Dalam Debu

Sesiapa yang pernah bersekolah dengan admin mesti pernah dengar lagu neh. Rasanya lagu neh digunakan sekali atau dua kali je (tahun 2008 kot ~ tak pasti) untuk program motivasi awal tahun bersama ibu bapa / penjaga murid tahun 6. Ada beberapa lagu yang pernah digunakan. Lagu yang biasa digunakan ialah Keluarga Bahagia.

Lagu di bawah ialah lagu Suci Dalam Debu versi Faizal Tahir (kalau salah tolong betulkan). Liriknya telah diubah suai menjadi sebuah lirik motivasi. Lirik disertakan di bawah lagu neh:

Bagi murid yang pernah terlibat, imbaslah kembali pengalaman anda di SK Taman Universiti 4 suatu masa dulu. Masing-masing telah berada di sekolah menengah sekarang.

Sila muat turun dari 4shared dengan klik pada pautan di bawah neh:



AZAM YANG SUCI

Tersedarku dari lamunan
Kisah sejarahku lupakan
Tersemailah benih-benih harapan
Bersama sejuta impian

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segala ketabahan
Berikanlah ku kekuatan
Dan keyakinan

(ulang)

Ku mengharapkan kejayaan
Menanti di hadapan
Namun hakikat belum nyata
Harus berusaha

Suatu hari nanti
Pasti ku kan berjaya
Akan ku buktikan
Padamu ayah bonda

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Impian jadi nyata
Kata telah dikota

Bukan khayalan
Dan bukanlah lakonan
Tapi inilah kenyataan

Kerana cita
Diiringi doa
Pasti aku akan berjaya



Thursday, February 16, 2012

Home Visits Forge School, Family Links

Selepas balik dari sekolah petang tadi (16 Februari), admin bersama seorang lagi guru telah membuat lawatan kerumah seorang anak murid admin. Lawatan neh sebenarnya tidak dirancang dari awal dan idea untuk buat pada hari ini juga terbit secara spontan lebih kurang pada jam 11 pagi. Maka lebih kurang pada jam 1.30, admin bersama rakan sekerja telah melawat rumah murid tersebut.

Admin bukan nak cerita pasal murid tuh. Semua info adalah rahsia. Bukan ada masalah pun dengan murid tuh tetapi hanya lawatan untuk mengenali lebih lanjut tentang murid tuh dan membantu apa yang boleh dibantu terutama dari aspek akademik kerana murid tuh adalah calon UPSR.

Selepas balik ke rumah, admin cari sedikit sebanyak maklumat tentang lawatan macam neh. Hasilnya admin dapat beberapa artikel yang menarik dan amat positif untuk diamalkan. Mungkin ada hikmah selepas ini jika kita amalkan. Jangan mengharap perjumpaan antara ibu bapa / penjaga dengan guru yang hanya berlaku sekali dalam setahun iaitu pada hari terbuka sahaja.


Photobucket


THE PARENT/TEACHER HOME VISIT PROJECT is an inexpensive and easily replicated model of family engagement that has been proven to end the cycle of blame between families and school staff by building trust and respect, instilling cultural competency and increasing personal and professional capacity for all involved.

The increased communication, trust and support between families and teachers via home visits result in:

  • Increased student attendance rates.
  • Increased student test scores.
  • Decreased suspension and expulsion rates.
  • Decreased vandalism at school site.

Home visits also provide a positive opportunity to meet federal and state mandates that families be meaningfully informed of their child’s academic standing.

This model began in Sacramento, California but has since been adopted and adapted by schools and districts in eleven other states.





sumber : http://www.pthvp.org/index.php/model.html @ 16 Februari 2012; 06:30 p.m
sumber : http://www.educationworld.com/a_admin/admin/admin342.shtml @ 16 Februari 2012; 06:30 p.m

Wednesday, February 15, 2012

Boy genius's book reveals life in college at age 8

Umur baru macam darjah 2 kat Malaysia dah masuk universiti? Hebat..

Sunday, February 12, 2012

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Kepada yg. berstatus ibu/bapa atau bakal ibu/bapa, pikir-pikirkan lah....

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya.

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :


* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak


* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif


* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)


* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Wallahu'alam.

Sumber : Jalinan Keluarga
diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa
http://www.tranungkite.net/lama/d05/teladan661.htm @ 12 Februari 2012 : 11:00 a.m

Saturday, February 11, 2012

Menyanyikan Lagu Negaraku, Menaikkan Bendera 'Jalur Gemilang' & Perhimpunan Sekolah

Sila rujuk maklumat berikut:

1) SPI Bilangan 4 tahun 1975 : Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku".
2)SPI Bilangan 8 tahun 1975 : Nyanyian Lagu Kebangsaan / Lagu Negeri dan Mengibar Bendera Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab Perguruan.
3) SPI Bilangan 4 tahun 1984 : Perhimpunan Sekolah



SPI Bil 08 Thn 1975 - Menyanyi Lagu Kebangsaan Lagu Negeri Dan Mengibar Bendera Persekutuan

Disertakan juga Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1984 berkaitan perhimpunan sekolah :


SPI Bil 04 Thn 1984 - Perhimpunan Sekolah

Monday, February 6, 2012

Himpunan Doa-doa Majlis Rasmi Sekolah

Dalam acara rasmi sekolah akan ada bacaan doa dipermulaan majlis. Bagi mereka yang jarang atau mahukan bacaan doa yang berlainan bolehlah melihat hipunan bacaan doa di bawah neh. Doa-doa neh bukan admin yang buat. Admin jumpa di folder di laptop admin. Dah lama dapat dari laman web JPN / PPD ... tak pasti ... tapi dari sumber rasmi.. hanya nak kongsi dengan semua pengunjung blog admin... format dalam MS Word.. sila terus ke scribd..


Sunday, February 5, 2012

Buku Manual Kajian Tindakan Terbitan EPRD

Bagi sesiapa yang nak buat kajian tindakan (KT) bolehlah merujuk buku panduan terbitan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) neh. Memang ada banyak bahan rujukan untuk KT neh diinternet dan pelbagai lagi sumber rujukan. Ini kerana KT neh dah jadi satu amalan rutin warga pendidik terutama di negeri Johor yang memang dah lama menekankan KT dibuat oleh guru. Malah kata-kata "satu guru satu kajian tindakan" bukanlah sesuatu yang asing lagi. Bagi sekolah admin (sekolah sebelum tahun 2012), memang dah lama menekankan 1 guru = 1 kajian tindakan.

Tanpa membuang masa, marilah kita menelaah buku terbitan EPRD neh.


Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul Tahun 2012, 05 Februari 2012

Seluruh umat Islam seluruh Malaysia bakal menyambut Maulidur Rasul yang jatuh pada 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah. Tema Maulidur Rasul Tahun 2012 yang dipilih ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”, selaras dengan tema Maal Hijrah 1433.

Baca juga artikel di bawah:

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Photobucket


sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul @ 04 Februari 2012; 08:20 p.m


Wednesday, February 1, 2012

The 10 Most Educated Countries in the World

Baca je maklumat di bawah. Agak-agak Malaysia tangga ke berapa?