Saturday, March 31, 2012

Kebenaran Tentang Paracetamol

Anda anda tahu apakah itu Paracetamol? Ia merupakan ubat yang sering kita makan apabila mengalamii simpton-simpton kecil seperti demam atau pening. Tetapi tahukah kita, bahawa ia amat berbahaya jika berlebihan dos. 

Siapa yang tidak kenal dengan ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai ubat panadol yang sering menjadi santapan kita ketika demam.  Paracetamol (atau dalam nama kimianya acetaminophen) diedarkan di hospital dan klinik sebagai ubat demam dan selesema atau ubat tahan sakit tahap sederhana (sakit kepala contohnya) dan diedarkan di hampir kesemua kedai farmasi di seluruh negara. Diperkenalkan sejak 1886, paracetamol diterima bercampur-campur dengan kecaman di kalangan doktor perubatan.


1. Paracetamol Adalah Selamat
Jumlah maksimum paracetamol disarankan adalah 2x500mg bagi selang masa empat jam. Secara teorinya, paracetamol adalah selamat (jika mengikut preskripsi) kepada semua peringkat umur dengan kesan sampingan yang hampir tiada. Dengan kualiti perubatan masa ini, tiada masalah kematian dan keracunan paracetamol dicatatkan sekurang-kurangnya semenjak 10 tahun lalu.

2. Risiko Penggunaan Paracetamol
Seperti biasa, paracetamol juga dikumuhkan hanya melalui buah pinggang, jadi jika anda mempunyai masalah pada buah pinggang, sila berhati-hati terhadap penggunaan paracetamol.
Terdapat artikel tidak rasmi menyatakan ada doktor di Malaysia yang menjadikan paracetamol sebagai ubat pilihan kedua selepas perubatan herba kerana hakikat paracetamol hanya mampu diuraikan oleh organ hati dan pengambilan paracetamol secara kerap dan berlebihan sebenarnya boleh merosakkan hati.

Mengelakkan penggunaan paracetamol (untuk kesakitan tahap rendah) adalah wajar disebabkan hakikat penggunaan paracetamol secara kerap sebenarnya akan merendahkan daya tahan badan dalam mengatasi kesakitan. Logiknya, makin kerap paracetamol digunakan, makin tinggi dos paracetamol diperlukan badan dalam merawat sakit yang sama.

Kajian perubatan juga secara umumnya mengetahui bahawa penggunaan paracetamol melebihi 1g (2x500mg) setiap hari secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan teruk terhadap organ hati dan buah pinggang.

Pengguna paracetamol yang kerap berisiko menghidapi asthma 3 kali lebih tinggi (Dr Seif Shaheen Imperial College, London) di kalangan orang dewasa.

3. Jenama Komersial Paracetamol
Calpol, Disprol, Panadol, Panaleve.

4. Kemaskini Dos Terbaru Terhadap Kanak-kanak
Diedarkan kepada media United Kingdom pada Jun 2011, preskripsi dos umum kepada kanak-kanak kini dispesifikkan bagi memudahkan ibu-bapa dan doktor dalam menetapkan dos tepat dengan kadar keberkesanan paracetamol yang lebih efektif mengikut lingkungan umur dan bilangan dos dibenarkan.

Bayi (120 mg/5ml)

Digunapakai sekarang:
3 bulan dan kebawah: 2.5ml, 4 kali dalam 24 jam.
1-6 tahun: 5-10 ml, 4 kali dalam 24 jam.

Preskripsi terbaru 2011:
3-6 bulan: 2.5ml dos, 4 kali dalam 24 jam.
6-24 bulan: 5ml, 4 kali dalam 24 jam.
2-4 tahun: 7.5ml, 4 kali dalam 24 jam.
4-6 tahun: 10 ml, 4 kali dalam 24 jam.
6 Tahun Keatas (240/250 mg/5ml)

Digunapakai sekarang:
6-12 tahun: 5-10ml, 4 kali dalam 24 jam.

Preskripsi terbaru 2011:
6-8 tahun: 5ml, 4 kali dalam 24 jam
8-10 tahun: 7.5ml, 4 kali dalam 24 jam.
10-12 tahun: 10ml, 4 kali dalam 24 jam.

5. Ingatan Kepada Pengguna
Maklumat Paracetamol, faedah dan risiko ini sebenarnya diketahui kesemua doktor tetapi sebagai pengguna, pengetahuan ini tidak pernah sampai kepada kita. Dengan maklumat ini harapnya kita lebih tahu dan lebih bertanggungjawab dalam mendapatkan perubatan terbaik terutama kepada mereka yang mengalami masalah buah pinggang, pesakit asthma dan sesiapa yang tanpa sedar telah menggunakan paracetamol secara berleluasa (paracetamol terlalu mudah didapati).

Melayukini.net - Jika kita mengalami demam atau pening, cubalah bertahan sedikit daripada begrantung dengan ubat paracetamol. Walaupun tidak ramai yang mengetahuinya, secara hakikat paracetamol amat berbahaya jika tidak dikawal penggunaannya. Maka berhati-hatilah, dapatkan nasihat doktor.

Sumber: Khaltamarplus | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012

Pekeliling ini adalah berkaitan dengan KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA.

Sila baca dan fahamkan pekeliling ini.

Kalkulator pengiraan perpindahan pula adalah dari gaji pada 31 Disember 2011. Sila gunakan aplikasi di laman web ini  http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012

Thursday, March 29, 2012

Prosedur Ujian SEGAK

Sila baca bahan bahan berikut sebagai panduan .. metronom boleh dimuat turun dilink yang disertakan:

Metronom 50 - klik di sini
Metronom 96 - klik di sini

SPI Bil 04 Thn 2008 - Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia SEGAK


Prosedur Segak

Sunday, March 18, 2012

Kertas Kerja : Buletin Panitia

Neh contoh kertas kerja untuk penerbitan Buletin Panitia. Seperti biasa sila download menerusi scribd untuk mendapatkan bahan dalam bentuk MS Word..


Kertas Kerja - Buletin Matematik Tahun 2012

Pelan Tindakan & Pelan Operasi Panitia

Berikut adalah contoh pelan tindakan dengan pelan operasi panitia matematik. Standard format mungkin berbeza dengan sekolah yang lain. Namun bahan di bawah bolehlah dijadikan rujukan untuk membuat pelan rancangan anda suatu masa nanti..


Matematik - Pelan Tindakan dan Pelan Operasi

Kertas Kerja : Bulan Matematik / Minggu Matematik

Ramai yang perlukan bantuan untuk handle program seperti neh. So admin kongsi bahan kertas kerja yang admin buat. Setakat neh cuma kertas kerja jer yang siap.. pelaksanaan belum lagi (setakat entry neh ditulis). Giliran admin ialah bulan Mei 2012 nanti baru tiba bulan matematik tuh.. jadi ada banyak masa jugak untuk edit dan tambah aktiviti yang menarik nanti.. 

Seperti biasa sila download menerusi scribd untuk mendapatkan file dalam bentuk MS Word supaya mudah anda mengedit kertas kerja neh. Selamat beraktiviti...


Kertas Kerja - Bulan Matematik Tahun 2012

Monday, March 12, 2012

Keputusan Ujian 1 (Matematik) Tahun 4, 5 & 6 (Tahun 2012)

Admin ubah tarikh untuk post neh sebab ada yang tak dapat cari post senarai markah neh. 

Rujuk juga post tentang Analisis Item untuk ujian 1 ini di sini : klik di sini

Sila hadirkan diri anda semasa sesi perbincangan. Semakan markah hanya boleh dibuat semasa sesi perbincangan dilakukan. Ketidak hadiran semasa sesi perbincangan dan berlaku perubahan markah tidak akan dilayan.


matematik - ujian 1 - 6 Bestari


matematik - ujian 1 - 5 Dedikasi


matematik - ujian 1 - 4 Bestari




Analisis Item Ujian 1 Mac 2012

Rujuk juga post tentang keputusan Ujian 1 Mac 2012 : klik di sini


Jika anda mahukan softcopy format analisis item menggunakan MS Excell ini sila layari post neh: klik di sini


ANALISIS ITEM KERTAS 2


Analisis Item - 2012 - Ujian 1 - Kertas 2 - 6b


Analisis Item - 2012 - Ujian 1 - Kertas 2 - 5d


Analisis Item - 2012 - Ujian 1 - Kertas 2 - 4b


ANALISIS ITEM KERTAS 1

Analisis Item - 2012 - Ujian 1 - 6 Bestari - Pedia Soft


Analisis Item - 2012 - Ujian 1 - 5 Dedikasi - Pedia Soft


Analisis Item - 2012 - Ujian 1 - 4 Bestari - Pedia Soft

Friday, March 9, 2012

Analisis Item

Biasanya cikgu paling cikai pon akan buat analisis item secara berjemaah dengan angkat tangan siapa yang salah (biasanya) untuk soalan demi soalan. Jika cikgu rasa nak buat analisis item yang lebih bermaklumat dan teliti bolehlah gunakan format di bawah neh:

Format pertama ialah menggunakan ms excell biasa. Ada formula untuk jumlah dibahagian tepi tuh.. sila berhati-hati lah supaya formulanya tak hilang..

Format kedua plak menggunakan pedia soft.. software yang menggunakan ms excell juga. Fail agak berat dan memerlukan anda menggunakan ms excell versi 2007. Sila explore sistem tersebut. Admin tak pasti ianya berlesen atau tidak...

Jangan lupa untuk download fail dibawah dari scribd dengan format mx excell..


Amaran: Sila download dari scribd
ANALISIS ITEM - Format Kertas 1 & 2 Guna Ms Excell Sahaja



Amaran: Sila download dari scribd
Analisis Item - Format Guna Pedia Soft



Thursday, March 8, 2012

Ancaman ribut matahari

Ribut matahari yang kuat boleh menyebabkan transformer bekalan elektrik terbakar seperti yang berlaku di Quebec, Kanada pada tahun 1989.


AWAL minggu lalu, dunia digemparkan dengan fenomena ledakan di matahari atau disebut ribut matahari. 

Adakah ini ada rentetan ramalan ahli nujum terkenal Nostradamus mengenai kemusnahan Bumi?
Sebelum ini penyelidik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Mac 2006 pernah meramalkan ribut matahari paling dahsyat atau dikenali dengan solar maksimum akan berlaku dalam setiap 50 tahun. 

Kajian yang diketuai oleh Mausumi Dikpati daripada Pusat Nasional bagi Penyelidikan Atmosfera (NCAR) menyatakan, kitaran matahari akan menjadi lebih kuat 30 hingga 50 peratus berbanding terdahulu. 

Jika ramalannya benar, tahun 2012 dan 2013 bakal menyaksikan aktiviti matahari lebih besar daripada tragedi Solar Max 1958. 

Ledakan atau aktiviti matahari terkini dicatatkan sebagai yang paling kuat sejak 2005, demikian menurut pakar astrofizik Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), Doug Biesecker. 

Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia, Mhd Fairos Asillam berkata, matahari merupakan bintang. 

“Kitaran suria atau kitaran aktiviti magnetik matahari adalah perubahan berkala dalam jumlah pancaran atau sinaran dari Matahari yang menyirami Bumi 

“Kitaran suria mengambil masa secara purata 11 tahun dari satu solar maksimum ke solar maksimum berikutnya dan telah diperhatikan bahawa perubahan antara sembilan hingga 14 tahun bagi sebarang kitaran suria yang diberikan,” katanya semasa dihubungi Mingguan Malaysia.
Bagaimana kita menentukan bila fasa aktif matahari? 

Mhd Fairos berkata, ahli astronomi yang memantau keadaan matahari setiap hari akan melihat banyak tompokan hitam di permukaan matahari. 

“Solar maksimum adalah tempoh yang mana aktiviti solar adalah tertinggi di dalam kitaran suria bagi matahari.

Semasa solar maksimum, terdapat bilangan tompok matahari yang banyak di atas permukaannya iaitu melebihi angka 200,” katanya. 

Ini menyebabkan medan magnet matahari berpintal atau menyimpul. Akibatnya akan berlaku suar suria atau julangan bebola api yang bersaiz gergasi dari permukaan matahari dan juga ejeksi jisim korona (corona mass ejection atau CME). 

Di Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa) dan Jabatan Metereologi Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Aktiviti Matahari bagi memantau aktiviti matahari di ONL dengan kerjasama International Space Weather Initiative (ISWI) bagi memantau aktiviti matahari. 

Bagi letupan yang berlaku di matahari 23 Januari lalu, jawatankuasa berkenaan akan memantau selama enam hari sehingga Isnin. 

“Ini kerana hanya letupan yang paling hampir dengan permukaan Bumi akan dikira kerana ia mengambil masa dua hingga enam hari untuk sampai ke Bumi,” katanya.
Apabila berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga dipantau. 

“Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan dinding magnet Bumi ia mengakibatkan ribut geomagnetik. 

“Ribut berkenaan boleh memberikan gangguan pada lapisan ionosfera Bumi di mana terdapatnya komunikasi radio dan satelit,” katanya. 

Bagaimanapun jelas Mhd. Fairos, ribut geomagnetik biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan Khatulistiwa. 

Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan. 

“Malaysia tidak terlibat secara langsung kerana negara tidak mempunyai banyak satelit tetapi kebanyakkan satelit mempunyai panel solar. 

“Ketika itu operator satelit akan memastikan satelit berada pada mod pasif supaya fungsinya tidak terganggu,” katanya. 

Mengambil contoh Kitaran Suria ke 22 yang berlaku pada 1989 menyebabkan transformer di Quebec, Kanada terbakar dan keadaan bergelap selama sembilan jam.

Tragedi

Bagaimanapun selepas apa yang berlaku di Quebec, Kanada, menurut Fairos, saintis semakin memahami aktiviti matahari dan kerugian daripada tragedi berkenaan dapat dikurangkan. 

Bagaimanapun jika ribut berkenaan amat kuat, negara yang berdekatan dengan kutub seperti Eropah, Jepun, Rusia akan mendapat kesannya. 

“Sebab itulah aurora juga hanya kelihatan di negara berhampiran kutub,” katanya.
Negara yang berhampiran dengan Khatulistiwa lebih selamat dengan medan magnet yang melindunginya. 

Ini kerana zarah-zarah matahari datang ke Bumi dan masuk melalui Kutub Utara dan Kutub Selatan. 

“Walaupun negara kita tidak terlibat secara langsung dengan ribut solar tetapi aktiviti yang melibatkan satelit mungkin terganggu. 

“Bayangkan jika telefon bimbit, kereta, trak, kapal terbang, komputer, televisyen, radio atau permainan elektronik semua tidak berfungsi. 

“Tentu ini akan melumpuhkan ekonomi negara,” katanya. 

Malah beberapa syarikat penerbangan di Eropah terpaksa mengubah laluan penerbangan daripada melalui kawasan kutub yang terdedah kepada radiasi. 

Bagaimanapun ribut solar yang diukur adalah pada skala G1 yang paling rendah atau minor kerana biarpun terdapat letupan kuat di matahari tetapi jarak yang jauh memperlahankan impak yang tiba ke Bumi. 

Mhd Fairos menegaskan ribut solar tidak memberikan sebarang kesan kepada manusia serta tidak berkaitan dengan perubahan cuaca. 

Sementara itu, ahli astronomi amatur tempatan, Shahrin Anuar berkata, selain Bumi, planet-planet yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan fenomena daripada ledakan tersebut.
“Jika Bumi menerimanya pada awal minggu lalu, planet Marikh pula merasai kesan tersebut sehari selepas itu,” katanya.

Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke Bumi dalam jangka masa satu hingga dua hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah Bumi dalam masa lapan minit.

CME yang tercetus bergerak dengan halaju 6.4 juta kilometer sejam menuju Bumi. 

Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebut dianggarkan mencapai berjuta-juta kilogram.
Partikel-partikel yang terhasil daripada letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia kerana dihalang oleh medan magnet. 

Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19. 

Ketika itu kesan ketara yang berlaku adalah gangguan sistem telegraf. 

Pada 1859, Bumi menghadapi fenomena ribut solar yang terbesar dan mengejutkan. 

Tindakbalas di atas permukaan matahari teramat marak sehingga menyebabkan sistem wayar telegraf di United Kingdom (UK) dan AS terganggu dan dalam kes tertentu, terbakar secara tiba-tiba. 

Sehingga rencana ini ditulis pada 27 Januari, laman web Angkasa melaporkan :Rantau aktif 1402 yang menyebabkan letusan suar matahari dan ribut geomagnetik pada awal minggu ini kembali aktif dengan penyemburan jisim korona di kutub utara Matahari. 

Bagaimanapun letusan CME ini tidak memberikan ancaman kerana tidak menghala ke Bumi.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai ribut Matahari setiap hari boleh layari http://www.angkasa.gov.my


sumber artikel : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_aa.htm&arc=hive pada 08 Mac 2012 jam 09:00 p.m



 Gambar di atas pula adalah dari laman web Agensi Angkasa Negara
 

Wednesday, March 7, 2012

Keputusan Ujian 1 (Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan) Tahun 5 & 6 (Tahun 2012)

Sila hadirkan diri anda semasa sesi perbincangan. Semakan markah hanya boleh dibuat semasa sesi perbincangan dilakukan. Ketidak hadiran semasa sesi perbincangan dan berlaku perubahan markah tidak akan dilayan.



Markah Tahun 6 Bestari - Pendidikan Sivik



Markah Tahun 5 Dedikasi - Pendidikan Sivik

Saturday, March 3, 2012

The Rare Earth Dilemma: China’s Rare Earth Environmental and Safety Nightmare

Kita perlu mengkaji baik buruk sesuatu pembangunan. Jangan hanya melihat dari sebelah pihak sahaja untuk mengejar kemajuan fizikal. Berkaitan isu Lynas di Kuantan, admin minta semua membaca artikel neh. Secara jujur admin katakan bahawa pembangunan seperti Lynas adalah tidak diperlukan di Malaysia. Mengapa kilang ini tidak dibina di Australia sahaja? Suatu persoalan yang tidak pernah terjawab hingga kini.. baca artikel dibawah dan pertimbangkan...


The Rare Earth Dilemma: China’s Rare Earth Environmental and Safety Nightmare

Formula Untuk Tajuk 2 Dimensi (2D)

Formula untuk 2D agak mengelirukan bagi sesetengah murid. Jadi admin kongsikan ilmu yang admin dapat dari sumber seperti yang dinyatakan dihujung artikel neh:


Formula Untuk 2D

Kaedah Bahagi Berpalang

Tak tahulah kenapa admin memerlukan sedikit masa untuk memahami kaedah neh. Mungkin tak sesuai dengan jiwa admin. Namun bagi admin ia sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama.


Kaedah bahagi berpalang

Kaedah Jejari-Jejari Ajaib

Kaedah neh admin translate ke BM jer dari yang asal. Admin cuma kopi pes jer maklumat neh. Sila layari blog asal seperti yang dinyatakan dalam sumber di hujung artikel neh.


Kaedah 'Miracle Fingers'

Kaedah Menolak Menggunakan Pasangan 10

Masa zaman admin sekolah rendah dulu ada cikgu matematik admin ajar ilmu neh. Sampai sekarang admin gunakan. Tapi dalam kelas untuk tahap 2 (darjah 4,5 dan 6) agak jarang menggunakan kaedah ini sebab murid dah terbiasa menggunakan kaedah "meminjam". Admin akan gunakan atau sekurang-kurangnya memperkenalkan kaedah yang pelbagai untuk anak murid gunakan. 

Penerangan tentang kaedah neh admin copy paste dan edit tukar ke format acrobat jer. Sila layari laman web empunya blog yang dinyatakan sumbernya di dalam artikel tersebut. 


Menolak secara berpasangan

Basikal Lipat

Admin memang suka basikal...walaupun admin takder beskal.. hahaha..macam mane tuh? Tapi apa pun admin memang suka aktiviti berbasikal cuma takder peluang lagi ... suatu hari nanti bila ada rezki lebih admin akan beli beskal... mahal woo harga beskal zaman sekarang...