Monday, April 30, 2012

TAWARAN PERMOHONAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG dan PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2012

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG dan PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2012

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ METRIKULASI DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012

 




Muat turun bahan-bahan berikut:
Iklan Guru Cemerlang 2012
Lampiran A1 Syarat2 Khusus Permohonan Guru Cemerlang PPPLD
Lampiran A2 Syarat2 Khusus Permohonan GC PPPS SR
Lampiran A3 Syarat2 Khusus Permohonan GC PPPS
Lampiran A4 Syarat Khusus GC PPPS ExPPPLD
Lampiran A5 Syarat2 Khusus Permohonan PC IPG
Lampiran B1 Borang Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2012
Lampiran B2 Borang Permohonan Pensyarah Cemerlang IPG Tahun 2012
Lampiran C Kenyataan Ketua Jabatan Tahun 2012
Lampiran D Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Tahun 2012
Lampiran E Senarai Alamat JNJK Tahun 2012
Lampiran T1 Tapisan Keutuhan Tahun 2012


Sila layari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut. 

Pengalaman admin melalui detik-detik kecemasan dicerap oleh Nazir -http://cikgushamsudin.blogspot.com/2011/07/guru-cemerlang-suatu-pengalaman-kisah.html


Sunday, April 29, 2012

Penguatkuasaan Kawalan dan Pengawasan Tatatertib Oleh Penyelia / Ketua Jabatan

Pada 16 April 2012 yang lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan satu surat edaran yang bertajuk Penguatkuasaan Kawalan dan Pengawasan Tatatertib Oleh Penyelia / Ketua Jabatan. Berikut adalah suratnya :

Penguatkuasaan Kawalan dan Pengawasan Tatatertib Oleh Penyelia / Ketua Jabatan


Di dalam surat tersebut dinyatakan 3 buah buku. Hasil tinjauan lanjut admin buku tersebut sangat berguna sebagai rujukan. Link ke buku tersebut adalah seperti berikut:

http://www.jpa.gov.my/docs/flipbook/kerusibersawang

http://www.jpa.gov.my/docs/flipbook/setitiknila

http://www.jpa.gov.my.docs/penerbitan/panduan/2010/panduan_Mengurus_Pegawai_THB.pdf

Di bawah adalah hasil printskrin admin untuk 2 buah buku yang hanya boleh dilayari secara dalam talian. Agak mengecewakan sebab buku tersebut tidak boleh dimuat turun. Atau adakah admin yang tak tahu nak muat turun..


Photobucket


Photobucket


Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas


Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0

Aku mencari sebab~ kenapa & apa yang mereka tuntut sebenarnya dari Bersih ni.. Yelah aku tak faham secara menyeluruh, jadi aku nak tahu lah juga kan. Penting juga sebenarnya bagi kita untuk peka dengan perkara2 macam ni, selagi kita masih ber'ic' kan Malaysia. Tak kira lah apa sekalipun ideologi korang, selagi kita masih berwanegarakan Malaysia, kita kena lah mainkan peranan masing2 dengan sebaiknya, kan?

Kat bawah ni ada beberapa soalan lazim mengenai Bersih yang membantu aku memahami sedikit sebanyak apa yang mereka mahukan. Tinggal kita je menilai dengan pemikiran yang waras dan tenang.

SOALAN LAZIM mengenai BERSIH 3.0
1). Adakah Bersih 3 diperlukan?
Ya, ianya diperlukan memandangkan masih tiada komitmen untuk perubahan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung. Malah, kami masih menemui bukti-bukti penyelewengan yang masih belum ditangani.

2). Mengapakah bertindak terburu-buru untuk diadakan pada 28 April 2012 ?
Semua tanda-tanda menunjukkan parti pemerintah akan mengadakan pilihan raya dalam jangkamasa yang terdekat. Jika kerajaan tulus untuk melaksanakan perubahan, mereka boleh membuatnya kerana mereka masih mempunyai masa sehingga June 2013 untuk mengadakan PRU 13. Kita harus bertindak cepat jika kita mahukan perubahan dilaksanakan sebelum PRU 13.

3). Adakah Bersih dirampas oleh parti pembangkang?
Bersih dianjurkan oleh pertubuhan awam dengan sokongan dari 84 badan bukan kerajaan. Ia adalah perhimpunan badan bukan kerajaan dan tidak boleh dirampas atau diambil alih oleh mana-mana parti politik. Malah, ahli-ahli SEMUA parti politik dijemput menyertainya sebagai rakyat.

4). Adakah anda berpuas hati dengan sebarang kandungan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC)?
Ya. Kami telah mengenal pasti beberapa perkara baik seperti yang disebutkan dalam maklum balas kami yang terperinci terhadap 22 cadangan dalam laporan tersebut . Namun begitu, tiada cadangan yang akan dilaksanakan sebelum berlangsungnya PRU 13. Ini menunjukkan yang tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih dan mengubah baik undian pos belum lagi ditepati seperti yang diharapkan. Tuntutan untuk menghapuskan rasuah dan politik kotor berkaitan dengan kesalahan pilihan raya dan piawaian tatalaku tidak disentuh langsung oleh PSC.

5). Adakah ianya wajar bagi cadangan untuk akses media yang bebas dan adil?
Ya. Walaubagaimanapun, ianya terhad kepada akses media sepanjang tempoh berkempen sahaja. Sekiranya kerajaan tekad untuk membuat perubahan seperti yang dikatakan, mereka tiada halangan untuk memastikan akses media yang bebas dan adil dengan serta-merta.

6). Apakah sebab-sebab munasabah mengapa pengundi di luar negara dinafikan hak pengundi sebagai (absentee voters)?
TIADA. Juga, cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk meneliti lebih lanjut perkara ini tidak boleh diterima. Pertubuhan awam telah mengemukakan cadangan terperinci bagi membantu pengundi di luar negara untuk mengundi. Tanpa undian pengundi di luar negara, dianggarakan 1 hingga 2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan hak mengundi. Cadangan ini PATUT DILAKSANAKAN.

7). Mengapakah BERSIH 3.0 diadakan di seluruh negara ?
Inilah masanya untuk semua rakyat Malaysia, baik di dalam dan luar negara, bersuara bagi hak mereka menjalani pilihan raya yang bebas dan adil serta proses yang berdemokrasi. Malaysia adalah negara kita semua. Kita hanya mahu yang terbaik untuk negara kita.

8). Mengapakah Himpunan Hijau menyertai Bersih 3.0 ?
Bersih 3.0 adalah peluang untuk rakyat Malaysia menuntut pilihanraya yang bebas dan bersih. Himpunan Hijau percaya tanpa pilihanraya yang bersih tidak akan ada alam yang bersih. Kami menerima sokongan mereka.

9). Mengapakah ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut meletak jawatan ?
Selama ini, SPR telah menggugat integriti proses pilihan raya. Mereka telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Malaysia kepada rakyat. Perletakan jawatan ahli-ahli SPR ini adalah langkah pertama ke arah reformasi yang tulus.

10). Mengapakah pemerhati antarabangsa diperlukan semasa pilihan raya umum akan datang ?
Dengan adanya pemerhati antarabangsa, ia akan menggalakkan keyakinan orang ramai di samping mengelakkan penyelewengan dan penipuan. Kehadiran pemerhati antarabangsa adalah amalan yang diterima di seluruh dunia dan memainkan peranan yang penting dalam memberikan penilaian yang tepat dan saksama terhadap integriti proses pilihan raya dalam tatanegara demokratik.

Friday, April 27, 2012

Indeks Jisim Badan Murid / BMI Murid

Satu lagi kerja yang diterima oleh golongan guru disekolah ialah merekod tinggi dan berat murid untuk sistem data BMI. Berikut adalah prosedur yang perlu dilakukan (mengikut carta alir)...

Satu perkara yang admin tak suka ialah sistem neh menggunakan MS Excell dan ianya agak "berat".. untuk komputer yang lama mesti lama untuk membuka fail tersebut.


Carta Aliran Pengurusan Berat Badan Murid / Pelajar

Borang kosong (format MS Excell) yang perlu diisi oleh guru kelas ialah seperti di bawah neh :
Sila download melalui scribd dengan format MS Excell

 Templete Kiraan BMI~Edit13022012 - MS Office 2007 - Borang Kosong



Kat bawah neh pulak adalah contoh data yang dah diisi :
Sila download melalui scribd dengan format MS Excell


Templete Kiraan BMI~Edit13022012 - MS Office 2007 - Contoh Kelas 5 Dedikasi


Berikut adalah contoh cetakan yang dah siap :

Contoh Kelas 5 Dedikasi


Sila rename fail MS Excell tersebut mengikut nama kelas anda..

Format borang di atas boleh juga dimuat turun melalui 4shared di link berikut:

http://www.4shared.com/file/LssXWiG3/Templete_Kiraan_BMIedit1302201.html






Wednesday, April 25, 2012

Kurikulum Aktiviti Kesenian Sekolah

Pihak KPM telah mengeluarkan maklumat berkenaan Kurikulum Aktiviti Kesenian Sekolah. Berikut adalah maklumat berkaitan dengannya. Maklumat ini juga boleh dilayari di  Portal KPM (www.moe.gov.my) > Murid/Pelajar > Kurikulum Aktiviti Kesenian Sekolah

 

Kurikulum Aktiviti Kesenian Sekolah








A
KURIKULUM AKTIVITI KESENIAN SEKOLAH

1 MUZIK
1.1 SEK MENENGAH



1.1.1 Kurikulum



1.1.2 Rancangan Tahunan Nyanyian



1.1.3 Rancangan Tahunan Ensambel



1.1.4 (Nyanyian) Model Pengajaran



1.1.5 (Rekoder) Model Pengajaran Ensambel



1.1.6 (Kompang) Model Pengajaran



1.1.7 (Kombo) Model Pengajaran Ensambel



1.1.8 Model Nyanyian



1.1.8 Modul Rekoder



1.1.9 Modul Kompang



1.1.10 Modul Gitar



1.1.11 Modul Gamelan
1.2 SEK RENDAH
1.2.1 Kurikulum
1.2.2 Rancangan Tahunan Nyanyian
1.2.3 Rancangan Tahunan Ensambel
1.2.4 (Nyanyian) Model Pengajaran
1.2.5 (Rekoder) Model Pengajaran Ensambel
1.2.6 (Kompang) Model Pengajaran
1.2.7 (Kombo) Model Pengajaran Ensambel
1.2.8 Model Nyanyian
1.2.8 Modul Rekoder
1.1.9 Modul Kompang
1.1.10 Modul Gitar
1.1.11 Modul Gamelan
1.3 Cover Belakang.JPG
1.4 Cover Muzik.JPG
2 SENI VISUAL


2.1 SEK MENENGAH



2.1.1 Kurikulum PSV SM



2.1.2 Rancangan Tahunan PSV SM



2.1.3 Model Pengajaran dan Pembelajaran PSV SM



2.1.4 Format Untuk Seni Visual Cetakan Sutera Saring



2.1.5 SENI VISUAL Rantai Kunci SM
2.1.6 SENI VISUAL Rantai Kunci - (video)
2.1.7 SENI VISUAL Rotan SM
2.1.8 SENI VISUAL TIISU SM
2.1.9 DOA PERHIMPUNAN


2.2 SEK. RENDAH



2.2.1 Kurikulum PSV SK
2.2.2 Rancangan Tahunan PSV SK
2.2.3 Model Pengajaran dan Pembelajaran PSV SK
2.2.4 Modul PSV SK
2.2.5 Doa Perhimpunan
2.3 Cover Belakang.JPG
2.4 Cover Seni Visual.JPG






3 TARI
3.1 SEK MENENGAH

3.1.1 Kurikulum

3.1.2 Rancangan Tahunan Tari

3.1.3 Model Pengajaran dan Pembelajaran

3.1.4 Modul Tari
3.1.5 BAHAN SUMBER
3.1.5.1 Lampiran Borang B
3.1.5.2 Kelab Seni Tari - Separator ABC
3.1.5.3 Asli- Gurindam Jiwa
3.1.5.4 Joget Serampang Laut
3.1.5.5 Selendang Mak Inang - (Instrumental Lagu Asli)
3.1.5.6 Wau Bulan
3.1.5.7 Zapan Ya Salam
3.2 SEK RENDAH

3.2.1 Kurikulum

3.2.2 Rancangan Tahunan Tari

3.2.3 Model Pengajaran dan Pembelajaran

3.2.4 Modul Tari
3.2.5 BAHAN SUMBER
3.2.5.1 Lampiran Borang B
3.2.5.2 Kelab Seni Tari - Separator ABC
3.2.5.3 Asli- Gurindam Jiwa
3.2.5.4 Joget Serampang Laut
3.2.5.5 Selendang Mak Inang - (Instrumental Lagu Asli)
3.2.5.6 Wau Bulan
3.3 Cover Belakang.JPG
3.4 Cover Tarian.JPG
4 TEATER
4.1 SEK MENENGAH

4.1.1 Kurikulum

4.1.2 Rancangan Tahunan Aktiviti

4.1.3 Model Pengajaran dan Pembelajaran


4.1.4 Modul Teater SM

4.1.5 BORANG
4.1.5.1 Borang RM
4.1.5.2 Borang RM

4.1.6 NOTA
4.1.6.1 Asas Lakonan Teater
4.1.6.2 Asas Lakonan Teater
4.1.6.3 Maksud Teater
4.2 SEK RENDAH

4.2.1 Kurikulum

4.2.2 Rancangan Tahunan Aktiviti

4.2.3 Model Pengajaran dan Pembelajaran

4.2.4 Modul Teater SR
4.2.5 BAHAN SUMBER
4.2.5.1 Modul 1 - Pengenalan Teater 1
4.2.5.2 Modul 2 - Pengenalan Teater 2
4.2.6.2 Modul 3 - Olah Tubuh 2
4.2.6.3 Modul 4 - Asas teknikal

Tuesday, April 24, 2012

KEGAGALAN PEMBAYARAN KENAIKAN GAJI BG SISTEM SARAAN MALAYSIA

Kecoh jugak lah bila bayaran gaji April 2012 yang sepatutnya dibayar bersama tunggakan tidak diterima dengan sepatutnya. Malah pelbagai "keajaipan" berlaku. Neh surat siaran dari ANM untuk tindakan lanjut:


KEGAGALAN PEMBAYARAN KENAIKAN GAJI BAGI SISTEM SARAAN MALAYSIA

Friday, April 20, 2012

Tatatertib Murid ~ Borang Pemakluman

Sejak admin mula mengajar lebih kurang 8 tahun yang lalu, memang admin telah praktikkan surat pemakluman neh. Cuma pelaksanaannya kadang-kadang tergendala disebabkan proses menggunakan surat neh akan mengambil masa terutama apabila ramai murid yang melakukan kesalahan. 

Pemakluman ini juga dilakukan sekiranya ia merupakan kesalahan berulang seperti selalu tidak membawa buku, selalu tidak menyiapkan tugasan dan sikap negatif yang berlarutan. 

Menggunakan surat pemakluman ini juga tidak berkesan 100% terutama apabila ada ibu bapa yang secara sedar dan nyata menyatakan "saya takde masa lah cikgu sebab kerja sampai larut malam", "saya tak kisah dia nak buat apa dah".. dan sebagainya.

Namun bagi ibu bapa yang prihatin (majoritinya) akan mengambil tindakan susulan di rumah. Disinilah sikap murid akan berubah sebab kadang-kadang murid neh lagi takutkan ibu bapa mereka. Ini kerana di sekolah guru tak boleh nak marah atau sentuh murid lebih-lebih. Terutama sejak tahun 2012 neh guru dah kena mengikuti modul Sekolah Penyayang. Maka tak siap kerja sekolah pon kena nasihat jer tak boleh buat lebih-lebih.

Bagi mereka yang nak muat turun borang / surat neh sila muat turun di bawah :

Sila muat turun menggunakan format MS Word.



Berikut adalah contoh maklum balas yang admin terima..sila klik gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas.

Photobucket


Photobucket


Apa-apa tindakan yang cikgu ambil tidak akan berkesan untuk semua murid. Lain murid lain ragamnya dan mereka akan berkesan mengikut latar belakang mereka juga. Surat pemakluman ini hanyalah salah satu kaedah yang mungkin boleh cikgu-cikgu gunakan supaya anak murid cikgu berubah sikap ke arah sikap yang lebih positif.

Pada masa yang sama ibu bapa bolehlah menyarankan kaedah atau permasalahan yang lain. Contohnya jika cikgu beri kerja rumah terlalu banyak atau terlalu tinggi arasnya. Anggaplah kaedah ini sebagai salah satu cara ibu bapa berkomunikasi dengan guru.



Wednesday, April 18, 2012

Buletin Panitia Matematik (Contoh)

Neh merupakan buletin yang berjaya dihasilkan pada awal April lalu. Aktiviti mendapat penyertaan murid yang agak menggalakkan. Cetak 450 set dan habis dengan cepat dalam tempoh beberapa hari jerk dengan pertolongan rakan sepanitia. TQ kepada semua..


Cara cetakan admin buat 2 in 1 dan depan-belakang. Jimat kertas .. dan untuk kuiz gunakan 1/2 kertas saiz A4.

Jika nak bahan dalam format publisher (MS Office 2003) sila muat turun di sini - klik sini


Buletin Panitia Bil 01 Tahun 2012 - 1 in 1

Tuesday, April 17, 2012

Apakah Permainan Matematik? Mengapa Perlu Permainan Matematik?

Sila baca artikel neh:

Artikel - Apakah Permainan Matematik

HALANGAN GURU TERHADAP PENGGUNAAN PERMAINAN MATEMATIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sila baca artikel di bawah :


Artikel - permainan matematik

ASPEK PERUNDANGAN DI SEKOLAH

Sila baca artikel kat bawah neh :


Artikel - Aspek Perundangan Di Sekolah

Keputusan Ujian Pra UPSR 1 (April 2012)

Markah selepas semakan.Tiada perubahan markah diterima selepas ini.


Ujian Pra UPSR 1 - 6 Bestari (2012)

Monday, April 16, 2012

Modul PROTIM

Ramai juga yang tanya modul protim..  jadi saya sertakan modul protim kat bawah neh. Ia boleh digunakan untuk tahun 4, 5 dan 6. Maklum sajalah protim neh ialah kemahiran asas.

Modul neh keluaran tahun-tahun sebelum neh.. modul lama ... tapi masih sangat berguna..

Modul yang disertakan neh dalam BI. Jadi pandai-pandailah cikgu ubah jadi BM..

sila muat turun di sini : Modul PROTIM

Sunday, April 15, 2012

Guru Sambung Phd di Sekolah?

Masa admin melayari laman web kosmo! ada satu artikel menarik yang perlu dikongsi bersama terutama warga pendidik yang bercadang untuk sambung belajar. Cuba baca petikan kat bawah neh:

Guru sambung Ph.D di sekolah
Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my