Friday, April 20, 2012

Tatatertib Murid ~ Borang Pemakluman

Sejak admin mula mengajar lebih kurang 8 tahun yang lalu, memang admin telah praktikkan surat pemakluman neh. Cuma pelaksanaannya kadang-kadang tergendala disebabkan proses menggunakan surat neh akan mengambil masa terutama apabila ramai murid yang melakukan kesalahan. 

Pemakluman ini juga dilakukan sekiranya ia merupakan kesalahan berulang seperti selalu tidak membawa buku, selalu tidak menyiapkan tugasan dan sikap negatif yang berlarutan. 

Menggunakan surat pemakluman ini juga tidak berkesan 100% terutama apabila ada ibu bapa yang secara sedar dan nyata menyatakan "saya takde masa lah cikgu sebab kerja sampai larut malam", "saya tak kisah dia nak buat apa dah".. dan sebagainya.

Namun bagi ibu bapa yang prihatin (majoritinya) akan mengambil tindakan susulan di rumah. Disinilah sikap murid akan berubah sebab kadang-kadang murid neh lagi takutkan ibu bapa mereka. Ini kerana di sekolah guru tak boleh nak marah atau sentuh murid lebih-lebih. Terutama sejak tahun 2012 neh guru dah kena mengikuti modul Sekolah Penyayang. Maka tak siap kerja sekolah pon kena nasihat jer tak boleh buat lebih-lebih.

Bagi mereka yang nak muat turun borang / surat neh sila muat turun di bawah :

Sila muat turun menggunakan format MS Word.



Berikut adalah contoh maklum balas yang admin terima..sila klik gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas.

Photobucket


Photobucket


Apa-apa tindakan yang cikgu ambil tidak akan berkesan untuk semua murid. Lain murid lain ragamnya dan mereka akan berkesan mengikut latar belakang mereka juga. Surat pemakluman ini hanyalah salah satu kaedah yang mungkin boleh cikgu-cikgu gunakan supaya anak murid cikgu berubah sikap ke arah sikap yang lebih positif.

Pada masa yang sama ibu bapa bolehlah menyarankan kaedah atau permasalahan yang lain. Contohnya jika cikgu beri kerja rumah terlalu banyak atau terlalu tinggi arasnya. Anggaplah kaedah ini sebagai salah satu cara ibu bapa berkomunikasi dengan guru.



No comments:

Post a Comment