Tuesday, May 29, 2012

Keputusan Tender Nombor Pendaftaran Siri WWW Dari Nombor WWW 1 Hingga WWW 9999


Nombor pendaftaran siri WWW telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila sebanyak 18,243 permohonan.

Nombor pendaftaran WWW ini sememangnya mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Ia menjadi rekod apabila nombor WWW 1 mendapat bidaan tertinggi iaitu RM520,000 melepasi rekod tertinggi sebelum ini iaitu nombor MCA 1 dengan bidaaan RM300,100.

Berikut adalah senarai pembida berjaya:

Keputusan Tender Nombor Pendaftaran Siri WWW

Thursday, May 24, 2012

Tablet '1Malaysia Pad' kini di pasaran




PUTRAJAYA: MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh. 

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

"Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. - BERNAMA 


Wednesday, May 23, 2012

Keputusan Ujian Pertengahan Tahun 2012 (Mei 2012)

Keputusan Ujian Pertengahan Tahun 2012 (Mei 2012) Mata Pelajaran Matematik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kelas 6 Bestari
Semakan akan dilakukan semasa kelas tambahan cuti sekolah. Sila hadirkan diri. Tiada semakan semula selepas naik cuti sekolah.

MARKAH TAHUN 6 BESTARI - Matematik - Pertengahan Tahun 2012



Kelas 5 Dedikasi

MARKAH TAHUN 5 DEDIKASI - Matematik - Pertengahan Tahun 2012


Kelas 4 Bestari

MARKAH TAHUN 4 BESTARI - Matematik - Pertengahan Tahun 2012


Kelas 6 Bestari
Markah Tahun 6 Bestari - Pertengahan Tahun 2012 - Pendidikan Sivik


Kelas 5 Bestari
Markah Tahun 5 Bestari - Pertengahan Tahun 2012 - Pendidikan Jasmani


Kelas 5 Dedikasi
Markah Tahun 5 Dedikasi - Pertengahan Tahun 2012 - Pendidikan Jasmani


Kelas 5 Dedikasi
Markah Tahun 5 Dedikasi - Pertengahan Tahun 2012 - Pendidikan Sivik


Tuesday, May 22, 2012

Pemulangan Semula Elaun BISP

Neh antara isu hot bagi penerima elaun BISP selepas soft landing dilaksanakan. Cuba baca surat arahan dari Pejabat Pelajaran Kuala Pilah neh:


Baca surat arahan dari JPN Perak neh:


Surat JPN Perak - Bayaran Insentif


Cikgu-cikgu kena juga rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2011: Pelaksanaan Dasar Memertabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) seperti di bawah:


SPI Bil 12 Tahun 2011

Setakat neh admin cuma dapat sumber PPD Kuala Pilah je yang keluarkan arahan macam neh. PPD tempat admin belum ada arahan macam neh. Jika ada sumber dari daerah lain sila maklumkan yer..

Selepas baca info di atas, sila baca entry versi kemaskini dengan klik di sini : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013/01/pemulangan-semula-elaun-bisp-kemaskini.html




Sunday, May 20, 2012

Wiping Out $90,000 in Student Loans in 7 Months

Cepatnyer dia bayar hutang study dia kan..  admin hanya mampu kurangkan tempoh 2 tahun lebih awal je.. banding dia neh boleh bayar 90k dalam tempoh 7 bulan..


Wiping Out $90,000 in Student Loans in 7 Months

Lelaki Pemakan Bangkai


KELAWAR dan tikus merupakan haiwan kegemaran Boyt.


BANGKAI haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. 

Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 74, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.

Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.

“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.

“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.

Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan.
Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.

“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.
Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan.

Boyt yang gemar memakai topi bulat berwarna biru dan kaca mata bersaiz besar memberitahu, daging haiwan tersebut perlu dimasak dalam suhu yang tinggi serta tempoh yang lama.
“Saya meneruskan kehidupan dengan makan bangkai haiwan selain memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di rumah.

“Kelebihannya, saya sudah lama tidak membeli barangan basah seperti daging, ikan dan sayur-sayuran di pasar raya,” katanya.

Boyt akan memastikan keseluruhan bulu haiwan, darah, jantung, buah pinggang dan bahagian kulit dibuang terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kepala haiwan dan isinya tidak dibuang kerana baginya otak haiwan mempunyai rasa yang mengagumkan.

Eksotik
“Saya juga akan melabel setiap stok makanan, menyimpannya di dalam beg plastik bersaiz besar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk,” terang Boyt.

Walaupun terdapat bangkai haiwan yang disimpan Boyt merupakan spesies haiwan yang terancam, ia tidak menjadi satu kesalahan di Britain.

Antara makanan eksotik kegemarannya ialah kelawar dan memerang.

“Secara jujur daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain,” ujarnya yang tidak pernah mengalami sebarang keracunan.

Boyt menggelar dirinya freegan iaitu gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, free dan vegetarian yang bermaksud percuma dan pemakan sayur-sayuran.

Individu freegan akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan terus.

Isteri Boyt, Sue yang telah menjadi pasangan hidupnya selama lebih 20 tahun tidak menggemari tabiat pemakanan suaminya itu.

“Sue sanggup makan seorang diri di dalam bilik tidur berbanding duduk semeja dengan saya,” kata Boyt.

Pasangan suami isteri itu masih tidak mempunyai zuriat dan memelihara dua ekor anak kucing betina yang salah seekor diberi nama Pie.

Boyt turut dilontarkan pertanyaan andai Pie dilanggar kereta adakah ia akan menjadi pengisi perutnya juga?

“Tidak sama sekali. Isteri saya pasti tidak akan menyukainya,” kata Boyt yang mengakui dia sering dimarahi si isteri kerana terlupa mengeluarkan bangkai haiwan dari but kereta hinggakan kereta sering berbau busuk.


sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm pada 20 Mei 2012 jam 12:00 noon.



Saturday, May 19, 2012

Jadual Potongan Gaji Berjadual (PCB) Tahun 2012

Bila gaji naik, maka potongan pon naik juga. Tapi sesuatu yang kontroversi bila potongan PCB kakitangan awam (terutamanya cikgu / kekawan admin) tetiba melonjak naik. Hal neh berlaku kat diri admin sendiri. 

Admin dah cuba cari jadual PCB tahun 2012 tapi tak dapat. Berdasarkan corak jadual PCB yang hanya dikeluarkan pada tahun 2004, 2009 dan 2010, maka admin rasa PCB untuk tahun 2012 akan ikut jadual tahun 2010 punya. 

Rasanya PCB admin kalau ikut jadual 2010 neh tak ler banyak mana. Hampir sama dengan potongan zakat yang admin buat selalu tuh je. Ramai juga kekawan yang hairan sebab PCB yang dipotong mulai gaji bulan April 2012 (ada tunggakan gaji kenaikan 13% tuh) dengan bulan Mei adalah sama. 

Cuba rujuk jadual PCB 2010 neh.





Baca juga nota penerangan untuk jadual PCB neh :



 
Admin memerlukan maklumat dari semua untuk mengetahui jadual PCB yang terkini.



Friday, May 18, 2012

Gerhana Matahari Cincin Pada 20 Mei

Gerhana matahari cincin 20 Mei

KUALA LUMPUR - Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.
Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

GERHANA matahari cincin yang dirakamkan di China pada 15 Januari 2010.

 Artikel lain gerhana matahari cincin:

Apa itu GERHANA MATAHARI CINCIN ?


Secara umurmnya , gerhana matahari cincin terjadi apabila  bulan (saat kemuncak gerhana) hanya menutup sebahagian dari matahari.

Dijangka gerhana matahari cincin pada 20hb Mei 2012 ini persamaan hari Ahad ni .. 

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.
Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.

Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari.

Menurut portal itu, fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada.

Orang ramai yang mahu melihat gerhana matahari itu boleh merujuk
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEgoogle/SEgoogle2001/SE2012May20Agoogle.html- BERNAMA

Pastinya kaki kamera tak sabar nak tunggu gerhana matahari cincin ni ..
http://duniavenus.com/wp-content/uploads/2009/01/ger6.jpg 

Boleh melihat kejadian gerhana dengan cara begini .. Jangan tgk terus , rosak mata woo ..


Kat bawah neh admin sertakan satu video tentang gerhana matahari yang menarik:




Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm pada 18 Mei 2012 jam 03:00 p.m

Sumber : http://www.benashaari.com/2012/05/apa-itu-gerhana-matahari-cincin.html pada 18 Mei 2012 jam 03:00 p.m






Thursday, May 17, 2012

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2012 : Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Pekeliling ini menjelaskan sumber rujukan yang perlu diikuti sebagai panduan dan rujukan dalam pengurusan kerjaya seorang kakitangan awam. Terdapat beberapa pembatalan dan penggunaan kembali pekeliling / arahan yang perlu selepas pembatalan SBPA.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2012 : Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan...



Surat Edaran: JPA.BK(S)134/2/8 Jld.2(7) : Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Berikutan Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Untuk pengetahuan semua kakitangan awam :

Surat Edaran: JPA.BK(S)134/2/8 Jld.2(7) - Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Berikutan Pelaksanaan Jadual Ga...



Cabaran mendidik di pedalaman

RENCANA UTAMA: Cabaran mendidik di pedalaman


SYIMIR tetap menjalankan tugasnya dengan komited walaupun dihantar jauh ke kawasan pedalaman.


BAGI kebanyakan guru baharu, menunggu waktu penempatan untuk sekolah yang bakal diajar merupakan saat yang mendebarkan. Malah, boleh dikatakan masing-masing berharap akan ditempatkan di sekolah yang terletak di lokasi strategik seperti di bandar-bandar terkemuka, daerah atau negeri yang tidak jauh dari tempat kelahiran mereka.

Justeru, apabila dimaklumkan status penempatan sekolah mereka di kawasan pedalaman atau luar bandar, pasti terdetik rasa kecewa kerana apa yang diharapkan tidak kesampaian.
Bagaimanapun, sebagai seorang guru setiap amanah yang diberi akan dilaksanakan sebaik mungkin demi mendidik anak bangsa agar menjadi orang berguna.

Itu antara fasa hidup yang dilalui Siti Herdawati Hamidun, 29, seorang guru yang ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendam yang terletak di daerah Samarahan, Sarawak walaupun beliau menjalani latihan praktikal di ibu kota.

Menurut anak kelahiran Raub, Pahang yang mesra dengan panggilan Wawa itu, sewaktu mengetahui dia bakal ditempatkan di Sarawak, hatinya berbunga riang memandangkan si suami turut bertugas di Bumi Kenyalang.

"Namun, apabila keputusan rasmi dikeluarkan iaitu saya akan mengajar di daerah Samarahan, saya sedikit sedih kerana ia terletak jauh dari lokasi suami bekerja iaitu di Kuching.

"Tetapi, akhirnya saya sedar ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul dan saya terima keputusan itu dengan hati terbuka. Ternyata sikap positif itu menjadikan saya lebih bersemangat untuk mendidik anak-anak di sekolah tersebut," ujar Wawa yang mula bertugas di Samarahan sejak tiga tahun lalu sejurus menamatkan diploma Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

REZEKI yang diperoleh ibu bapa biasanya akan turut dikongsi bersama guru anak-anak mereka.


Tambah Wawa, pada mulanya dia mengalami kesukaran untuk memahami pertuturan murid-murid di sekolah itu kerana loghat mereka dalam bahasa ibunda Sarawak yang pekat.
Hadiah berharga

Justeru, secara perlahan-lahan, ibu kepada dua cahaya mata itu cuba mempelajari bahasa pertuturan mereka untuk mendekatkan diri dengan murid-murid di sekolah tersebut.

"Alhamdulillah, kini masalah tidak faham dialek sudah berjaya diatasi dan saya seronok mengajar anak-anak ini yang sentiasa bersemangat untuk belajar terutama apabila gunakan teknologi komputer.

"Paling terharu apabila pelajar-pelajar menghadiahkan saya barang-barang seperti sabun, beras dan buah-buahan sempena Hari Guru atau ketika dusun milik ibu dan ayah mereka berbuah.

"Bagi saya hadiah sebegitu amat berharga walaupun bukan barangan yang mahal kerana apa yang penting ialah ingatan mereka kepada guru yang telah mendidik mereka," jelas Wawa yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah tersebut.

Sementara itu, anak muda bernama Faris Syimir Rozaini, 24, yang turut ditugaskan mengajar di daerah Kapit, Sarawak memberitahu, cabaran mengajar di pedalaman sangat berbeza berbanding mengajar di kawasan bandar.

Kesusahan hidup di kawasan luar bandar secara tidak langsung menjadikan proses pengajaran itu semakin sukar. Ditambah pula dengan bahasa ibunda yang berlainan, ia juga menyumbang kepada cabaran yang dihadapi pendidik.

Hormat guru
"Guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman boleh dianggap sebagai tentera kerana tugas mereka tidak sekadar mendidik. Di bandar, kita selalu dengar apabila murid sakit, gurulah doktornya dan bila murid hendak bermain bola, gurulah jurulatihnya.


KEKURANGAN infrastruktur seperti jalan yang berlumpur tidak menghalang pelajar untuk ke sekolah.



"Tetapi di pedalaman, jika sekolah tiada air, gurulah yang akan meredah sungai dan mendaki bukit semata-mata untuk menyambung paip air yang tercabut dan membekalkan air kepada semua penghuni sekolah," ujar Syimir dalam aspek cabaran fizikal yang dihadapi guru-guru di pedalaman.

Tambah guru subjek Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Dunia Seni Visual itu, dari satu aspek lain, guru-guru di kawasan luar bandar begitu dihormati oleh masyarakat setempat kerana sanggup meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak demi mengajar anak-anak mereka.

Justeru, ibu bapa biasanya tidak lokek berkongsi rezeki dengan guru di sekolah anak mereka.

"Di sini, kami sering menerima hadiah dalam bentuk hasil hutan. Pernah sekali seorang rakan sejawat saya menerima seekor rusa hasil buruan penduduk tempatan. Ia memang sesuatu yang tidak dijangka dan membuatkan kami rasa amat dihargai," terang Syimir yang melahirkan harapan agar anak didiknya mampu mengamalkan apa yang telah diajar kepada mereka untuk menjadi insan yang berjaya. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm pada 16 Mei 2012 jam 04:00 p.m

Suka duka tugas seorang pendidik

RENCANA UTAMA: Suka duka tugas seorang pendidik






TULISAN yang tertera ayat berbunyi, 'Saya ada rumah. Rumah saya cantik' kelihatan ditulis kemas di atas papan putih. Kemudian, kedengaran pula suara nyaring sekumpulan kanak-kanak mengeja satu persatu huruf yang membentuk ayat tersebut.

"Baiklah, sekarang siapa yang mahu mengeja dan membacanya seorang diri?," tanya Liza Mokhtar, 30, seorang guru yang bertugas di Tadika Ilham Bestari yang terletak di Ampang, Selangor itu.

Sebaik mendengar kata-kata rangsangan daripada Liza, masing-masing bersemangat untuk mencuba sambil mengangkat tangan dan menjerit supaya nama mereka dipanggil untuk melakukan tugas tersebut.

Namun, apabila ada dalam kalangan mereka nama tidak dipanggil cikgu, keluhan kecil terkeluar dari mulut mereka. Ternyata riak muka anak-anak itu menunjukkan kehampaan.
Itulah sebahagian gelagat pelajar tadika berusia enam tahun yang dapat disaksikan ketika mengikuti sesi pengajaran mereka di dalam kelas tersebut.

Menurut Liza, sepanjang empat tahun mengajar di tadika itu, banyak pengalaman manis yang diperoleh terutama dalam mengenali karakter setiap kanak-kanak yang belajar di sana.

"Memang seronok mengajar mereka. Apatah lagi, masing-masing mempunyai keletah tersendiri. Walaupun kadang-kadang mereka cepat bosan apabila belajar, tetapi apabila kita adakan kuiz atau permainan, semuanya berebut-rebut untuk mencuba," ujar Liza sambil memberitahu guru perlu berbuat sesuatu yang kreatif apabila melihat fokus kanak-kanak mula hilang di dalam kelas.

Bagi Siti Zabedah Abu Bakar, 28, pula, sebagai seorang guru tadika, mereka perlu bijak menarik perhatian kanak-kanak. Justeru, praktik pembelajaran menggunakan peralatan tertentu amat penting untuk dilaksanakan.

"Contohnya penggunaan kad huruf, bentuk-bentuk objek dan sebagainya. Selain itu, teknik belajar sambil menyanyi dan menari juga mampu mengembalikan minat kanak-kanak ini pada pembelajaran," kata Zabedah yang mula mengajar di Tadika Ilham Bestari pada tahun 2008.
Mencuit hati


PENDIDIKAN awal kanak-kanak di tadika mampu membentuk sikap dan peribadi mereka ke arah yang lebih positif.
Tambahnya, meskipun ada waktunya kanak-kanak di tadika itu membuatkan dirinya tertekan, namun pada masa yang sama mereka juga yang menjadi penawar hati mereka dengan pelbagai gelagat yang mencuit hati.

Sementara itu, Pengetua Tadika Ilham Bestari, Noor Azah Adnan, 50, memaklumkan bahawa, setiap guru perlu ikhlas dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik.

"Guru ialah satu pekerjaan yang mulia. Bahkan setiap kejayaan pasti bermula daripada didikan seorang guru. Justeru, amat penting untuk menanamkan sifat menghormati guru kepada anak-anak sejak kecil lagi," tutur Azah yang sudah terlibat dalam pengurusan taska dan tadika sejak dua dekad lalu.

Berkongsi pengalaman, ibu kepada lima cahaya mata itu memberitahu, kanak-kanak yang dibesarkan di taska kendaliannya dan kemudian memasuki prasekolah di Tadika Ilham Bestari, mereka tidak segan silu berkongsi masalah dengan guru yang sudah dianggap seperti kawan.
"Bayangkan apabila seorang bekas pelajar tadika ini ketika didatangi haid pertama, dia bukan memberitahu ibunya sendiri, sebaliknya terus menceritakan masalah itu kepada guru yang pernah mengajarnya dahulu.

"Ia mungkin disebabkan rasa hormatnya pada guru tersebut sejak kecil. Kanak-kanak mempunyai hati yang bersih. Mereka tidak pernah berdendam apabila dimarahi, malah cepat lupa tentang apa yang telah dibuat kepada mereka. Lantaran itu, pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam mencorak perilaku mereka yang akan dibawa hingga dewasa," tegas Azah.

Selepas menerima didikan awal di tadika, sekolah rendah pula menjadi medan untuk kanak-kanak meneruskan perjuangan mereka dalam menimba ilmu. Jika mereka cemerlang di tadika, pencapaian itu akan diteruskan di sekolah rendah.

Andai guru yang mengajar mereka cukup komited dan berdedikasi, tidak mustahil minat untuk belajar sentiasa subur dan mekar dalam jiwa masing-masing.

Perkara ini diakui oleh Gopinat Muthy, 30, Ketua Panitia Bahasa Tamil, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anggerik di Taman Len Sen, Cheras, Kuala Lumpur.

Ujar Gopinat, proses pengajaran masa kini lebih cenderung menggunakan peralatan alat bantu mengajar seperti kaedah persembahan daripada perisian power point, kad imbas dan membawa pelajar keluar dari kelas untuk melihat persekitaran.

HUBUNGAN guru dan pelajar yang erat menjadikan suasana pembelajaran di sekolah berjalan dengan harmoni.
"Kalau dahulu, guru hanya statik belajar di dalam kelas dan papan hitam, tetapi sekarang kaedah sedemikian boleh membuatkan pelajar jemu sekali gus menghilangkan minat mereka untuk belajar," ungkap graduan Fakulti Bahasa dan Linguistik dari Universiti Malaya itu.

Dalam pada itu, memegang jawatan sebagai Ketua Guru Disiplin, Gopinat memberitahu, masalah atau kes disiplin yang melibatkan pelajar sekolah rendah tidak terlalu tinggi.

"Kes yang berlaku hanya melibatkan pergaduhan kecil disebabkan ejek-mengejek sesama mereka. Masalah itu biasanya dapat diselesaikan dalam tempoh sehari atau paling cepat satu jam. Kes seperti ponteng sekolah pula, jarang berlaku di sekolah ini," kata Gopinat yang rasa amat dihargai apabila ramai pelajar memberinya hadiah sewaktu sambutan hari guru atau hari lahir.

Sementara itu, Guru Besar SK Seri Anggerik, Sabariah Ali berkata, seiring dengan perkembangan teknologi, pelajar kini semakin bijak dan lebih mengetahui banyak perkara berbanding guru.
"Situasi ini menjadikan cabaran yang dihadapi para guru semakin besar. Justeru, amat penting mereka berada setapak di hadapan pelajar agar tidak dipandang rendah kerana buta teknologi maklumat (IT) contohnya dalam memahami penggunaan gajet-gajet canggih," ungkap Sabariah.


sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm pada 16 Mei 2012 jam 04:00 p.m

Wednesday, May 16, 2012

Saya Fofular ???

Admin berjaya menggondol Anugerah Guru Popular Tahun 2012 sempena undian dari murid semasa sambutan Hari Guru tahun neh.. haha.. macam retis plak.. ape pon terima kasih kepada semua..



Hari Guru 2012; Teks Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia




Teks Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia Sempena Sambutan Hari Guru 2012




Rumah Transparent a.k.a Rumah Tembus Penglihatan ?

Privacy is lacking in this Tokyo glass home

By Rusty Weston, Yahoo! Real Estate
May 12, 2012


A three-story glass home in Tokyo - including split-level balconies without safety rails
- intentionally offers little privacy to its occupants.
Photo: Iwan Baan

In a connected world where privacy is a valued, but diminishing part of daily life, home remains a reliable refuge. But here’s one home that intentionally strips away even that illusion for its inhabitants. In this nearly transparent Tokyo home, known as House NA, outsiders can see everything and everyone inside.

Tucked into a quiet residential neighborhood, this three-story, 914 square-foot home was created by an award winning Tokyo architect named Sou Fujimoto. His unusual design, with high glass walls and varying sized modular tables, contains 21 “floor plates” for residents and guests to sit, work, cook, eat, sleep, or play. Some of the floor plates are heated to provide comfort in the winter.

The home features different size plates - almost like perches on a tree.
Photo: Iwan Baan
Surprisingly, Fujimoto’s multi-level home design wasn’t inspired by stacked phone booths but rather by the concept of a tree with perches on both high and low branches. “The intriguing point of a tree is that these places are not hermetically isolated but are connected to one another … “ said Fujimoto, a lecturer at Kyoto University, in a statement explaining House NA.

Privacy is obtained with the use of a curtain.
Photo: Iwan Baan
Though the home is almost entirely transparent, there are curtains that provide some modicum of privacy for occupants. Still, living in a fishbowl might make residents think twice about climbing down to breakfast without first getting dressed.

Jadual Gaji SSM 2012 Bagi Gred DG41, DG44, DG48 dan DG52

Tangga gaji bagi gred DG iaitu untuk pekerjaan guru atau dalam nama spesifiknya ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) adalah seperti berikut:

Tangga gaji ini bermula Julai 2012.

Sila klik pada gambar berkaitan untuk melihat dengan lebih jelas.














Jadual Gaji SSM 2012 Bagi Gred DGA29, DGA32 dan DGA34

Tangga gaji bagi gred DG iaitu untuk pekerjaan guru atau dalam nama spesifiknya ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) adalah seperti berikut:

Tangga gaji ini bermula Julai 2012.

Sila klik pada gambar berkaitan untuk melihat dengan lebih jelas.













Tuesday, May 15, 2012

Sokongan Mogok Lapar Di Palestin

Jika kita lihat DP kebanyakkan facebook mereka telah mengubah DP kepada gambar berwarna coklat. Apekah maksudnya? Sila baca petikan berikut:




Assalammualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera…

Mari la kita semua support saudara-saudara di Palastin dengan menukar dp Facebook masing-masing yee sebagai tanda sokongan padu terhadap mereka yang akan melancarkan mogok lapar oleh tahanan zionis.

SEBARKAN!

Jom tukar Profile Picture Kita. Pilih mana-mana satu individu dalam gambar untuk di crop.
Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.

Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.

(*Logo di sebelah kanan ertinya “Shabas” dan ia merupakan singkatan bagi “Perkhidmatan Penjara Israel)

Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab – 77 Hari
Thaer Halahleh – 77 Hari
Hassan Safadi – 71 Hari
Omar Abu Shallal – 69 Hari
Mohammedd Al-Taj – 61 Hari
Mahmoud Sarsak – 55 hari
Faris Al-Natur – 48 hari
Jafar Ezz Al-Din – 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi – 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan – 28 Hari.

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread awareness about the biggest hunger strike in history..

Bilal Thiab … 77 Days
Thaer Halahleh … 77 Days
Hassan Safadi … 71 Days
Omar Abu Shallal … 69 Days
Mohammedd Al-Taj … 61 Days
Mahmoud Sarsak … 55 Days
Faris Al-Natur … 48 Days
Ja’far Ezz Al-Din … 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner …. 28 Days

p/s dari admin: Tak perlu keluarkan wang, tenaga dan sebagainya. Hanya tukar DP di facebook sahaja..

Sumber :https://www.facebook.com/photo.php?fbid=454097741272292&set=a.400038203344913.116387.174601445888591&type=1&theater pada 15 Mei 2012 jam 08:00 p.m

Sumber : http://www.szlihin.com/2012/05/simbolik-avatar-solidarity-with.html pada 15 Mei 2012 jam 08:00 p.m

Sumber : http://taotauajer.blogspot.com/2012/05/tautak-disebalik-simbolik-avatar-coklat.html pada 15 Mei 2012 jam 08:10 p.m


SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Monday, May 14, 2012

MAS kuat kuasa peraturan baru bagasi



KUALA LUMPUR - Dalam persediaan untuk menyertai oneworld Alliance, Malaysian Airline System hari ini mengumumkan peraturan baharu bagasi kabin syarikat itu yang akan dilaksanakan untuk semula penerbangan mulai esok (15 Mei 2012).

Menurut kenyataan MAS, penumpang kelas ekonomi hanya boleh membawa satu bagasi tangan dengan berat maksimum 7 kg, manakala untuk penumpang kelas Bisnes dan kelas Pertama, dibenarkan dua bagasi tangan, masing-masing tidak lebih daripada 15 kg dan 10 kg.

Setiap bagasi tangan tidak boleh melebihi 36 sm panjang, 23 sm lebar dan 56 sm tinggi.

Semua bagasi kabin mesti mematuhi undang-undang tempatan serta langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh lapangan terbang. Kadar biasa akan dikenakan ke atas bagasi yang melebihi ketetapan itu.

Selain itu, setiap penumpang dibenarkan membawa beg tangan kecil dan tongkat, dan salah satu daripada barangan berikut: notebook/komputer riba, beg bimbit, beg kamera atau beg binokular, kata MAS.

Mereka yang membawa bayi, boleh membawa satu beg mengandungi makanan bayi dan lampin tidak melebihi 5 kg, kot dan kereta sorong bayi boleh lipat, kata kenyataan itu.

Oneworld Alliance ialah rangkaian syarikat penerbangan yang terbang ke 950 destinasi di 150 negara. Menerusi gabungan lebih 2,600 pesawat yang melakukan 10,000 penerbangan sehari, oneworld mengangkut 358 juta penumpang setahun.

Syarikat penerbangan itu dijadual menyertai oneworld alliance menjelang akhir tahun. - Bernama

sumber : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mas-kuat-kuasa-peraturan-baru-bagasi-esok-1.47945 pada 14 Mei 2012 jam 09:30 p.m

PERUTUSAN HARI GURU 2012

Perutusan Hari Guru 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia:


Perutusan Hari Guru 2012 - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia




Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 12 Tahun 2012: Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah

Sila baca dengan teliti terutama untuk mereka yang terlibat dengan unit bimbingan dan kaunseling.


Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah

Minda: Ibu bapa, guru perlu akrab

Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

SUATU fenomena biasa bagi masyarakat kota pada petang Jumaat ialah kesesakan jalan raya yang luar biasa. Di kota besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Georgetown dan Johor Bahru, kepadatan kenderaan mula dirasai sebaik saja tamat solat Jumaat.

Ada yang bergegas menghantar anak ke sekolah. Ada juga yang memecut untuk kembali ke tempat kerja masing-masing. Sebab itulah penulis berusaha sedaya upaya memilih tempat tinggal yang berdekatan dengan sekolah. Walaupun kadar sewa yang dikenakan agak tinggi namun ia memadai kerana tidak perlu terperangkap dalam kesesakan jalan raya setiap kali menghantar atau mengambil anak-anak di sekolah.

Bagi penulis saat yang terluang untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah adalah amat penting untuk diisi kerana penulis menyedari tidak mampu melakukannya setiap hari. Kesibukan terhadap tugas yang memerlukan penulis sering berjauhan dengan keluarga sudah menjadi perkara biasa buat anak-anak.

Namun ia bukanlah tiket buat penulis untuk memandang remeh keperluan persekolahan anak-anak. Ada kalanya, penulis mengambil tiket kapal terbang kelas perniagaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Pulau Pinang semata-mata tidak mahu terlepas peluang menonton perlawanan bola sepak pasukan sekolah membabitkan anak sulung penulis. Bukan kerana ada duit banyak tetapi sudah tiada lagi tiket murah yang bersesuaian dengan masa diingini.

Terpancar jelas rasa gembira dan bangga si anak apabila menyedari ibu bapanya tiba-tiba muncul di tepi padang. Sorak-sorai dan tepukan tangan ayah dan ibu sebenarnya mampu menjadi tonik penguat semangat setiap anak yang sedang bergelut dengan keringat di tengah padang.

Bagi penulis, kalah atau menang bukan keutamaan tetapi yang lebih penting ialah peluang buat si anak untuk meningkatkan keupayaan diri dalam persaingan melalui acara sukan. Pertemuan di tepi padang ini juga mampu membina hubungan yang sangat baik antara kita sebagai ibu bapa dengan guru yang bertugas sebagai jurulatih atau guru pengiring.

Karakter dan sifat keyakinan murid juga dapat dipertingkatkan kesan latihan intensif. Hasilnya amatlah mengejutkan kerana pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Minden Height Pulau Pinang berjaya menjadi juara peringkat Zon Jelutong baru-baru ini sedangkan sebelum ini tidak pernah sampai ke tahap itu.

Khabarnya sekolah yang baru dianugerah status Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Kementerian Pelajaran ini akan membuat lawatan perlawanan persahabatan di Korea Selatan pada hujung tahun ini sebagai hadiah kemenangan berkenaan. Namun, penulis menyedari bahawa kita tidak akan mampu berada di tepi padang pada setiap masa.

Tuntutan kerja dan aktiviti seharian mengehadkan peluang kita berbuat sedemikian. Saat yang paling penting untuk ibu bapa luangkan ialah memenuhi undangan untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga Hari Terbuka sekolah. Melalui dua acara penting ini, ibu bapa serta guru dapat bertukar-tukar pandangan berkenaan keperluan persekolahan dan prestasi anak-anak.

Namun, sering penulis dengar sambutan yang amat kurang daripada ibu bapa bagi dua acara penting di atas. Sering kali pihak sekolah terpaksa membuat pelbagai gimik termasuk memanggil artis jemputan dan membuat cabutan nombor bertuah semata-mata menarik hati ibu bapa untuk datang ke majlis penting sekolah. Jika tidak, majlis sedemikian menjadi amat hambar serta tiada sambutan.

Menjelang perayaan Hari Ibu dan Hari Guru pada 13 dan 16 Mei, hati dan fikiran penulis diasak-asak dengan persoalan masih kukuhkah hubungan ibu bapa dengan sekolah seperti waktu dulu-dulu? Khususnya di kawasan bandar, kesibukan dan tuntutan kerja sering dijadikan alasan sesetengah ibu bapa tidak dapat menghadiri peristiwa penting sekolah membabitkan anak masing-masing.

Sebenarnya kecemerlangan seseorang pelajar adalah hasil kasih sayang dan perancangan ibu bapa yang disambut oleh kesungguhan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Namun, suasana masa kini kelihatan berubah sama sekali. Kedua-dua pihak iaitu iba bapa dan guru seakan-akan membina tembok pemisah antara satu sama lain.

Terdapat ibu bapa yang berlagak terlebih pandai dan sentiasa mengganggu sesi pembelajaran di sekolah. Kesannya, terdapat guru besar yang membuat keputusan tidak membenarkan ibu bapa berada dalam kawasan sekolah walaupun hanya duduk di kantin sekolah. Terdapat juga guru kelas yang enggan memberi nombor telefon kepada ibu bapa kerana bimbang menjadi mangsa gangguan serta sumpah seranah sesetengah ibu bapa yang berperangai melampau.

Lebih malang lagi, terdapat ibu bapa yang sanggup membawa kes pertikaian berkaitan anak-anak di sekolah hingga ke dalam kamar mahkamah. Jika zaman dulu ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik anak murid kepada guru tanpa prejudis. Jika dulu sewaktu penulis berada di bangku sekolah, hukuman rotan dan berdiri atas bangku adalah amalan hukuman guru yang sudah jadi kebiasaan.

Tidak pernah kedengaran ibu atau bapa mengamuk di sekolah jika anak mereka dirotan guru. Malah jika tidak kena gaya si bapa akan menambah lagi bilangan sebatan di rumah. Namun, kini hal sedemikian pasti akan menjadi kes polis dan seterusnya berakhir di ruang mahkamah.

Fenomena ini menyebabkan kebanyakan guru akan menumpukan kepada tugas mengajar, bukan mendidik. Menurut kajian Bahagian Kaunseling Kementerian Pelajaran mendapati guru membina sentimen di mana mereka hanya boleh mengajar dan berasa amat sukar untuk benar-benar mendidik kerana blok perundangan yang ditimbulkan masyarakat, mahkamah dan pihak berkuasa.

Ibu bapa pula dihambat oleh masa untuk bekerja sepanjang hari. Mahu tidak mahu, kita harus menelan hakikat bahawa anak-anak kita menghabiskan 68 peratus (%) kehidupan hariannya di sekolah sedangkan hanya 32% dihabiskan bersama keluarga. Ini bermakna kita harus mengiktiraf peranan guru dan warga sekolah sebagai penjaga dominan anak-anak kita.

Jika dilihat rekod sekolah yang mencapai tahap cemerlang dan berprestasi tinggi pasti kita akan lihat betapa tingginya hubungan keakraban di antara guru, murid dan ibu bapa. Hubungan yang harmoni ini mampu memacu kejayaan sekolah. Ia membentuk sifat kerjasama yang tinggi berasaskan hubungan menang-menang semua pihak.

Akhirnya sekolah mampu dipandu dan mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Lebih manis lagi terdapat bekas murid atau alumni yang masih sudi datang serta menghulurkan bantuan demi kecemerlangan sekolah.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan hanya tanggungjawab guru tetapi memerlukan kerjasama erat ibu bapa serta masyarakat. Ibu bapa harus menjadikan PIBG selaku platform yang harmoni bagi menemukan dua kumpulan penting dalam dunia persekolahan.

Peranan dan fungsi PIBG akan menjadi sangat berkesan sekiranya ibu bapa memahami peranan masyarakat sebagai rakan setia pihak sekolah.

Setiap orang harus mempunyai fahaman mendalam mengenai peri pentingnya sikap mengambil tahu dan ringan tulang dalam kalangan komuniti. Sekolah harus dipandang sebagai ibu kandung yang amat berjasa melahirkan dan membesarkan seorang anak yang akhirnya menjadi manusia berguna apabila dewasa kelak.

Sempena sambutan Hari Guru ini, adalah amat wajar untuk kita sekurang-kurangnya menitipkan sepotong doa buat semua guru yang sebenarnya banyak berkorban keringat dan air mata untuk mendidik kita.

Pada masa sama, pasti kita tidak akan melupakan jasa dan budi ibu kita yang melahirkan dan menjaga kita hingga dewasa. Gurulah penyuluh hidup dan ibu teman ke syurga. Hargailah mereka.


Penulis Presiden MBM berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) USM

sumber :  http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Ibubapa_guruperluakrab/Article/index_html pada 14 Mei 2012 jam 03:00 p.m.

Tugas sampingan hilang fokus guru

Oleh Ruhaiza Rusmin, Mohd Rifaat Abd Hamid dan Ihsan Noorzali
rencana@hmetro.com.my
NOSTALGIA...tanpa mengira zaman, jasa guru dalam memberi pendidikan tidak pernah terbatas dan hilang.
NOSTALGIA...tanpa mengira zaman, jasa guru dalam memberi pendidikan tidak pernah terbatas dan hilang. 

SAMBUTAN Hari Guru 16 Mei setiap tahun menjadi simbolik pengiktirafan istimewa kepada warga pendidik yang tidak jemu melahirkan insan berjaya dan terbilang.

Sama ada pengetua, pensyarah atau guru semuanya berjasa biarpun zaman sudah menjengah alaf baru dengan pelbagai tanggung jawab yang kian sukar serta mencabar.

Malangnya, di tengah kelelahan golongan terbabit mendidik anak bangsa, masih ramai yang mempertikaikan kredibiliti dan integriti guru hingga mencemarkan imej mereka.

Pelbagai permintaan dan desakan diutarakan dengan alasan, guru perlu bersedia dan mengubah anjakan paradigma sejajar perubahan dunia pendidikan global zaman millennium.

Justeru, persediaan apakah yang perlu ada bagi golongan terbabit mengharungi dunia pendidikan era baru?

Pensyarah Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohmad Noor Mohmad Taib, berkata, guru zaman millennium perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan mental serta fizikal bagi mengemudi masa depan dunia pendidikan.

Beliau berkata, itulah cabaran utama yang perlu diperkukuhkan terlebih dulu sebagai persediaan berdepan pelbagai kerenah tidak terjangka dunia pendidikan global.

“Sebagai guru alaf baru, kerenah bukan saja merang�kumi aspek pematuhan tugas dan dasar malah mengawal selia pelajar selain memastikan standard ditetapkan tercapai.

“Aspek itu bukan mudah kerana penanda arasnya sentiasa berubah selain menguji sejauh mana ketahanan guru.

“Ia bukan saja memerlukan ketahanan fizikal, lebih penting kekuatan emosi bagi mengelak tekanan. Guru zaman ini harus menyediakan perisai untuk menghadapi segala kemungkinan itu lebih awal,” katanya.

Tahun ini, tema ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’ menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab dan peranan guru menjana transformasi pendidikan selari tuntutan semasa.

Bagaimanapun, imej guru yang tinggi di mata masyarakat kini juga terpalit dengan isu luar jangkaan.

Apatah lagi dengan kuasa kian terbatas menyebabkan ada menganggap guru hari ini sekadar menjalankan tugasan semata-mata tanpa sokongan komitmen tinggi.

Beliau berkata, biar apapun tohmahan dilemparkan, guru perlu meletakkan rasa tanggungjawab di tangga tertinggi selain memperlengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran.

“Ini membolehkan mereka berfungsi sebagai pencetus, pembentuk, pengajar dan pendidik kepada anak bangsa. Bukankah mereka antara idola yang baik dan sering menjadi rujukan?

“Guru perlu sentiasa bersikap profesional, berusaha dan sabar menangani keadaan.

“Kebijaksanaan dalam berfikir dan menentukan tindakan perlu kerana masyarakat masa kini sangat peka,” katanya.

Guru, katanya ada pelbagai kategori. Pertama, memang mahu menjadi guru dan mampu memberikan komitmen diri yang baik terhadap tugasan. Mereka puas jika melihat pelajar berjaya dan tidak mengharapkan balasan.

“Kedua, bercita-cita menjadi guru pada peringkat awal namun tidak bertahan kerana gagal mengikut rentak dan ketiga menjadikan profesion ini sebagai pilihan terakhir,” katanya.

Pendapatan guru di negara ini juga, akuinya, tidak setimpal dan kurang mendapat pengiktirafan seperti kerjaya lain berbanding guru di negara maju.

“Ini juga salah satu sebab mengapa ada kurang bermotivasi menjadi guru dan melaksanakannya kerana terpaksa. Berbeza di luar negara, mereka bertindak profesional kerana kerjaya itu memang profesional.

“Bagaimanapun jangan jadikan ia alasan bertugas sambil lewa. Guru pemegang amanah, justeru laksanakan dengan jujur dan ikhlas,” katanya.

Guru juga, akuinya, tidak boleh membandingkan kegemilangan zaman pendidikan dulu dan masa kini.

Menurutnya, setiap ruang masa mempunyai ciri latar dan pengisian peristiwa serta cabaran berbeza.

“ Justeru tidak adil mengatakan zaman pendidikan dulu lebih baik berbanding sekarang. Setiap tempoh ada perbezaannya dan ia dilaksanakan mengikut kesesuaian.

“Cabaran dunia pendidikan sentiasa wujud. Yang berbeza ialah bentuk cabaran perlu dihadapi.

“Setiap cabaran itu pula memerlukan formula dan pendekatan berbeza. Di sinilah guru memerlukan paradigma pemikiran yang sentiasa ber�kembang sekali gus membantu pelajar berjaya,” katanya.

Mantan pengetua SMK Alor Janggus (SMKAJ), Kedah, Datuk Harun Mohd Hashim, bersetuju peranan guru hari ini semakin mencabar dan memerlukan kudrat tinggi untuk melaksanakan setiap tugas.

Menurutnya, guru pada zaman ini terlalu terikat dengan peraturan sebaliknya dulu diberi kuasa penuh melaksanakan peranan tanpa campur tangan masyarakat juga ibu bapa.

“Masyarakat dan ibu bapa dulu sangat padu membantu guru melaksanakan tanggungjawab. Mereka prihatin sekali gus memudahkan proses pendidikan dijalankan.

“Kekurangan kemudahan bukan alasan guru mendidik pelajar menjadi insan baik dan berdisiplin. Mereka berjaya hasil didikan guru manakala hubungan juga mesra.

“Kini sudah berbeza dan menye�dihkan. Guru, pelajar dan masyarakat saling bercakaran hingga menyukarkan usaha melahirkan produk cemerlang, produktif kemahiran serta jadi diri,” katanya.

Manakala mantan pengetua SK Datuk Wan Muhammad Saman (SKDWMS) Alor Star, Kedah, Abdul Aziz Zainol, berkata tanggungjawab guru zaman millennium sangat mencabar kerana turut terpaksa memikul beban sampingan.

“Dulu guru hanya mengajar dan memantau masalah pelajar, tapi hari ini terpaksa berdepan ‘permintaan lain seperti kerja perkeranian, kursus dan sebagainya.

“Justeru tumpuan terhadap tanggungjawab hakiki akan terjejas sekali gus memberi ruang pelajar bertindak sesuka hati. Ini lari dari konsep pendidikan dan tanggungjawab guru.

“Sekali gus semakin menyukarkan usaha menjadi guru yang baik dan berkaliber,” katanya.



sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Tugassampinganhilangfokusguru/Article pada 14 Mei 2012 @ jam 03:00 p.m.

Sunday, May 13, 2012

Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012

Ringkasan:
Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012. Sila bersama komuniti @https://www.facebook.com/IskandarMalaysiaYouth untuk melihat acara-acara yang diadakan.

Misi:
Untuk mendapatkan sokongan 100,000 belia menyertai acara-acara yang diadakan selama program ini berlangsung daripada 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012.

Keterangan:
Kementerian Belia dan Sukan telah menetapkan 15hb Mei setiap tahun sebagai Hari Belia Negara. Tujuan diadakan Perhimpunan Hari Belia Negara ini adalah untuk memberi kesedaran dalam masyarakat bahawa golongan belia merupakan golongan terpenting dalam arus pembangunan dan kestabilan negara. Disamping itu juga, sebagai tanda pengiktirafan dan sokongan serta penghargaan kerajaan kepada peranan dan juga sumbangan yang diberikan oleh golongan belia kepada pembangunan negara dalam semua bidang sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Aktiviti:
Rujuk https://www.facebook.com/IskandarMalaysiaYouth/events

Friday, May 11, 2012

Hari Jururawat Sedunia 2012

Admin malas nak mengarang.. tapi rajin nak copy paste je malam neh:

Salam,
Esok, tanggal 12 Mei 2012 seluruh dunia akan menyambut Hari Jururawat. Memandangkan isteri aku seorang Jururawat, maka aku dedikasikan entry ni untuk dia. Bukan senang sebenarnya bekerja sebagai seorang jururawat, banyak cabaran yang dah ditempoh. Macam2 cerita mengenai kerenah pesakit yang isteri aku dah lalui. Kalo nak diceritakan segalanya, jenuh jari aku nak menaip. Hehehehehe.

Ada yang tanya senang tak berkahwin dengan Jururawat. Dengan kerja syifnyer, kerja tak tentu masa. Pada aku, aku okay jer. Dah lebih 4 tahun aku berkahwin, Alhamdulillah. Yang penting tolak ansur & kerjasama.

Aku tertanya jugak kenapa 12 May dipilih untuk sambutan Hari Jururawat. Dengan bantuan Mr Google, berikut adalah sebab tarikh 12 May dipilih:

Tarikh ini dipilih sebagai mengenang hari kelahiran Florence Nightingale iaitu pada 12 May 1820. Beliau juga dikenali sebagai ‘The lady with the lamp’.

Pada zaman perang Crimean dalam tahun1854, beliau selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar-askar perang yang cedera yang memerlukan bantuan.

Antara sumbangan Florance dalam bidang kejururawatan.
  • Florence telah memperkenalkan jururawat-jururawat wanita dalam perang ketika perang crimean di Turkey.
  • Pada tahun 1860, Florence juga telah menubuhkan sekolah jururawat di St Thomas Hospital di London. Beliau telah menghasilkan ramai nurse-nurse yang membantu dalam proses kejururawatan.
  • Florence juga adalah seorang penulis dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk ” Notes on Nursing” iaitu buku pengenalan tentang kejururawatan yang mengandungi 136 muka surat.
  • Florence juga adalah seorang yang berpengetahuan dan dia juga seorang pakar statistik. Beliau telah menjalankan beberapa kajian dan menerbitkan lebih 200 laporan dan pamplet tentang pelbagai isu kebersihan, pengurusan hospital dan kesihatan.
Florence Nightingale telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1910 di bilik tidurnya di 10 South street, Dauk Lan, London pada usia 90 tahun. Sempena Mengingati Jasa Florence, 12 Mei di jadikan sebagai Hari Jururawat sedunia.

Sebagai akhirnya, saya ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Jururawat’ pada semua Jururawat di Malaysia dan di seluruh dunia. Semoga usaha2 murni kalian akan mendapat keberkatan & dirahmati Allah.

Regards & 73.




p/s : Bole ke orang Islam sambut sesuatu perayaan sempena kelahiran seseorang?