Monday, May 7, 2012

KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012

PENGENALAN
Penilaian terhadap sistem pendidikan negara yang telah dilaksanakan mulai Ogos 2011 merupakan satu langkah awal untuk menilai secara keseluruhan tahap pencapaian pendidikan di Malaysia.  Kali terakhir kajian semula yang menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara dilaksanakan adalah pada tahun 1956 dan 1960 dengan terhasilnya Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.  Laporan Penilaian Sistem Pendidikan Negara (LPSPN) yang terhasil pada akhir Mac 2012 akan menjadi input penting dalam penyediaan pelan pembangunan menyeluruh bagi sistem pendidikan negara dan pelan strategik KPM.Selain LPSPN sebagai sumber input– proses perundingan meluas akan diadakan mulai April 2012 bagi melibatkan dan mendapatkan input daripada komuniti dan pihak berkepentingan yang berminat melalui siri Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN 2012).

MATLAMAT
Matlamat akhir DNPN 2012 adalah untuk mendapatkan input daripada segenap lapisan masyarakat berkaitan pendidikan, khasnya beberapa aspek penting yang telah dikenal pasti mempunyai hubungan dan kesan terus kepada kemenjadian murid (student outcomes).  DNPD 2012 dapat memastikan bahawa tiada rakyat yang tercicir dalam memberikan idea dan pandangan.  Pendidikan adalah hak rakyat, dan sewajarnya suara mereka diambil kira dalam perancangan dasar pendidikan.  Input daripada DNPN akan diselaraskan dengan input daripada LPSPN dan makmal pendidikan bagi penyediaan blueprint dan pelan strategik KPM.

FORMAT
DNPN 2012 merangkumi empat kaedah bagi mendapatkan idea dan pandangan daripada masyarakat. Empat kaedah tersebut adalah dengan melalui: 
  • Perhimpunan awam merentasi setiap negeri di Malaysia (townhalls) 
  • Forum kumpulan berfokus (stakeholder forums) 
  • Kemukakan idea secara bertulis 
  • Survey kebangsaan komprehensif

Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh dilayari di laman web khas yang dibuat khusus untuk menyampaikan maklumat ini. Capaian laman web ini ialah http://www.myedureview.com/







No comments:

Post a Comment