Sunday, May 6, 2012

SAMBUTAN SEDUNIA MINGGU PENDIDIKAN UNTUK SEMUA 2012


Malaysia juga menyambut Minggu Pendidikan Untuk Semua. Sambutan kali neh akan diadakan di Lorong Haji Taib 3 pada 6 Mei 2012 (Ahad). Semua pihak dijemput hadir.

Sebagai bahan bacaan tambahan, kita boleh membaca pelbagai artikel di http://www.campaignforeducation.org/


Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat ringkas berkenaan minggu tersebut:

Apakah Education For All (EFA)
Education For All atau Pendidikan untuk semua adalah satu gerakan yang ditubuhkan pada tahun 1990 di Konferens Antarabangsa Pendidikan, di Jomtiem, Thailand. Delegasi daripada 155 buah negara dan wakil 150 organisasi telah berikrar untuk memberi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak dan mengurangkan buta huruf dalam kalangan orang dewasa pada akhir dekad tersebut. Persidangan Dunia Berkaitan Pendidikan pada tahun 2000 di Dakar, Senegal dihadiri oleh 1100 peserta daripada 164 buah negara telah mengangkat Pelan Tindakan Dakar: Memenuhi Komitmen Bersama dan berikrar serta berusaha mencapai pendidikan untuk semua pada tahun 2015 dan sekaligus memperkukuh matlamat Jomtiem.

Matlamat EFA

  •     Memperluas penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak.
  •     Menyediakan pendidikan wajib dan percuma untuk kanak-kanak di sekolah rendah.
  •     Menggalakkan pembelajaran dan penguasaan kemahiran bagi remaja dan golongan dewasa.
  •     Meningkatkan kadar literasi dewasa kepada 50 peratus.
  •     Mencapai kesetaraan peluang pendidikan antara gender pada tahun 2005 dan persamaan hak untuk pendidikan pada tahun 2015.
  •     Meningkatkan kualiti dalam pendidikan.


Minggu EFA
Minggu EFA atau Pendidikan Untuk Semua adalah satu usaha di peringkat global yang disambut oleh negara-negara anggota UNESCO bagi mencapai matlamat EFA menjelang tahun 2015. Ia dilaksanakan setiap tahun bagi menggalakkan kerajaan dan komuniti dunia terus melabur dalam pendidikan untuk semua.

No comments:

Post a Comment