Laman web : http://www.maltechpro.com/
PUTRAJAYA: MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama
buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi
terkini dan skrin sesentuh.
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan
RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan
1Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi
kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma
dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman
suara.
"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.
"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.
Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.
"Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.
Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment