Monday, July 16, 2012

Tanjung Piai mungkin lenyap

Sedihnya bila baca berita neh sebentar tadi :

PONTIAN - Taman Negara Tanjung Piai di sini yang disenaraikan sebagai Tapak Ramsar iaitu Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa mungkin hanya tinggal pada nama sahaja dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.

Ia berikutan kerakusan manusia termasuk faktor alam semula jadi seperti hakisan teruk menjadi sebab untuk taman yang diliputi kira-kira 325 hektar kawasan bakau dan 400 hektar dataran berlumpur itu lenyap dalam peta dunia.

Pengurus Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Khalid Zahrom berkata, Taman Negara Tanjung Piai yang berkeluasan 926 hektar berdepan dengan empat kemelut utama iaitu habuk kayu yang dibawa oleh kapal-kapal yang melalui perairan, tumpahan minyak, sampah sarap dan masalah hakisan yang semakin meruncing.

"Ekoran masalah itu, taman ini mungkin akan ditelan laut pada tahun 2022 sekiranya masalah-masalah tersebut tidak diatasi dengan segera.

"Kesan daripada aktiviti mencuci kapal, habuk kayu yang digunakan sebagai pencuci merebak ke pesisir pantai dan akibatnya, 7,000 batang pokok bakau yang ditanam di kawasan sebelah Selat Melaka mati dan kajian dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia mengesahkan bahawa lima hektar tanah di sini berasid," jelasnya. ~ Kosmo Online pada 16 Julai 2012. 







No comments:

Post a Comment