Friday, August 10, 2012

Diskaun, rebat tol di 24 lebuh raya sempena Aidilfitri 2012

KUALA LUMPUR: Sempena Aidilfitri, 24 lebuh raya di seluruh negara bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus selama empat hari secara berperingkat mulai 15 hingga 23 Ogos.

Menteri Kerja Raja, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, di sini sebentar tadi berkata, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan sebelum ini.

Mengenai had laju, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos.

Bagi melicinkan lalu lintas, semua kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan lebuh raya dihentikan sementara.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dua lebuh raya menawarkan tol percuma dan 22 lagi memberi diskaun dan rebat antara 10 hingga 30 peratus.



-------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas 1 sempena sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, ini merupakan diskaun dan rebat tol tertinggi pernah diberi pengendali lebuh raya di negara ini.

“Bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya di bawah kendalian PLUS Berhad, mereka boleh menikmati rebat tol sebanyak 30 peratus pada 22 dan 23 Ogos.

“Manakala bagi lebuh raya lain seperti Lebuh Raya Pantai Timur, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 10 peratus hingga 37.5 peratus bermula 18 Ogos hingga 21 Ogos, “ katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149, Kundang, dekat sini hari ini.

Shaziman berkata bagi meraikan sambutan kemerdekaan pula, Lebuh Raya Maju (MEX) dan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) menawarkan tol percuma kepada pengguna bagi semua kenderaan pada hari berkenaan.

Katanya, 22 lebuh raya lain pula bersetuju memberi insentif berbentuk diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 30 peratus. – BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------



SELAYANG: Pengguna lebuh raya yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing berpeluang menikmati diskaun tol sehingga 37.5 peratus bermula 18 sehingga 21 Ogos ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (gambar) berkata, kadar diskaun itu diberikan menerusi kerjasama dengan 24 konsesi lebuh raya yang turut memberikan rebat dari 10 peratus untuk kenderaan kelas pertama.

“Ini diskaun dan rebat tertinggi yang pernah diberikan konsesi lebuh raya. Secara langsung dan tidak langsung, ia memberi kesempatan pada syarikat konsesi lebuh raya menyusun jadual pengguna agar perjalanan lebih lancar balik ke kampung dan pulang semula ke Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuhraya Assam Jawa - Taman Rimba (Latar) ke Jalan B149 Kundang, Selangor di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukur Idrus dan Ketua Pegawai Eksekutif Latar, Amran Amir.

Shaziman berkata, pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya kendalian Plus Berhad boleh menikmati rebat tol 30 peratus bermula 15, 16, 22 dan 23 Ogos ini.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga memberi diskaun 30 peratus bermula 18 sehingga 21 Ogos ini. Diskaun dan rebat diberikan pada pengguna sempena Hari Kemerdekaan hujung bulan ini.

Menurutnya, dalam usaha mengurangkan kemalangan turut mengurangkan kadar had laju di Jalan Persekutuan daripada 90 kilometer sejam kepada 80 kilometer sejam.

“Peraturan itu bermula dari 12 sehingga 26 Ogos ini dan ia dimaklumkan pada Kementerian Pengangkutan. Bagaimanapun, had kelajuan di lebuh raya dikekalkan,” katanya.

Menjangkakan jumlah kenderaan lebih banyak, beliau menasihati pengguna lebuh raya lebih sabar dan berhemah ketika berada di jalan raya agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.

“Majoriti kemalangan pada musim perayaan berlaku di jalan persekutuan bukan lebuh raya. Untuk memastikan keselamatan pengguna lebuh raya, kementerian juga memaklumkan pada 27 syarikat konsesi dan penyelenggaraan agar memberhentikan kerja penyelenggaraan bermula Isnin ini,” katanya.

Shaziman berkata, pihaknya menjangkakan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat daripada 1.2 juta kepada 1.7 juta sempena Aidilfitri ini.













No comments:

Post a Comment